Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, February 22, 2015

Satu Dalam Seribu???

Oleh : isma daud

Ajak kepada kebaikan, hanya sedikit yang datang
Ajak kepada keduniaan, ramai pula yang boleh datang
Ajak kepada kemaksiatan, penuh padang, sudut lapangan yang datang.
Kita boleh nilai dimana kita berada;
Di rumah Allah, berapa ramai yang ada?
Di rumah "kenduri" tahlil, berapa ramai yang hadir?
Di rumah buat bekwah atau kenduri kahwin ramai mana mari?
Di rumah-rumah pelacuran dan premis perjudian banyak mana pula manusia?
Di konsert hiburan, stadium, kelab malam, tempat berpeleseran dan pusat maksiat tidak perlu soal; penuh padang, padat ruang, segenap penjuru dan lapisan umur boleh datang.

Padahal ke rumah Allah itu FREE, yang lain tu berbayar tapi sanggup datang!!!

Kata, ummat Muhammad, Umat Terbaik di kalangan manusia,
Ummatan Wasatan, yang menjadi saksi atas umat yang lain.
Apakah ada kelayakan kita nak dapat Satu dalam Seribu?
Apakah kita tersenarai dalam Satu dalam Seribu?
Atau kita dalam senarai 999 daripada Seribu?
Kulluhum Fin Naar Illa Waahidah. "Semua dalam neraka melainkan Satu".

999 masuk neraka dan hanya 1 orang sahaja masuk syurga, maka kita boleh membuat pengiraan seperti ini : 1/1000 = 0.001 atau bersamaan 0.1%. Dimanakah kita? Ngeri bukan?

Dalam surah as-sajdah ayat 12:
Dan alangkah ngerinya, jika sekiranya kamu melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata;
"Robbana absorna wa sami'na farji'na na'mal solihan inna mu qinun"
Ya Allah, kami telah melihat, kami telah mendengar, maka kembalikan kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang yang yakin.

Saat dibangkitkan di padang mahsyar dan saat disaksikan segala amal perbuatan di dunia, lalu ditimbang dosa pahalanya, maka tetaplah bagi seseorang itu samada Syurga atau Neraka.

Tatkala itu tidak guna lagi segala rintihan, tidak bermakna lagi segala penyesalan.

Ada satu kisah zaman Rasulullah SAW, baginda lalu di kawasan perkuburan umat Islam, Baginda terdengar rintihan seorang ahli kubur, memohon pada Allah SWT untuk dikembalikan ke dunia walau hanya sesaat agar ia boleh bertaubat dan menyebut kalimah Allah, Tetapi Allah tidak memakbulkan rintihannya itu.

Sungguh bermakna masa walaupun sesaat itu bagi insan-insan yang telah kembali ke pangkuan Allah dan menyesal segala perbuatan tidak baiknya di dunia dahulu.

Surah as-sajdah lagi ayat 13-14;
"Dan kalau kami mengkehendaki nescaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk baginya, akan tetapi telah tetaplah perkataan ketetapan daripada Ku : Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka Jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama".

"Maka rasailah oleh mu seksa ini disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (hari kiamat) sesungguhnya Kami telah melupakan kamu pula dan rasakanlah seksa yang kekal disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan".

Ingatlah, sewaktu hidup di dunia kita banyak pilihan tapi sewaktu akhirat kita tiada pilihan lagi. Oleh itu haruslah kita ingat bahawa dunia inilah tempat kita berusaha melakukan kebaikan dan amal soleh dengan iman yang sempurna. Di saat kita tiada pilihan, apakah kita mahu menagih untuk kembali ke dunia lagi? Beringatlah kerana peringatan itu amat berguna kepada orang-orang yang beriman.


Saturday, January 31, 2015

Resepi Bahagia Isa Daud Al Maranji

10"S" Positif Untuk Bahagia dan 10"S" Negatif Yang Mesti diHindari Bagi Beroleh Bahagia

Hari ini saya cuba amalkan, 10 "S"; Anggaplah "S" Positif itu sebagai sahabat yang baik yang boleh kita berkawan dengannya sementara "S" Negatif itu sebagai musuh yang patut kita jauhi. Untuk rasa bahagia, kita kena tahu memilih sahabat. Sahabat yang baik tidak akan meninggalkan kita dalam apa jua situasi pun. Dalam senang dan susah.

Untuk rasa bahagia, saya bersahabat dengan 10"S", dialah rakan, dialah teman yang paling setia dalam hayat saya. Secara istiqamah saya menjaganya dan secara halus dia memberi cahaya kebahagiaan dalam hidup saya yang singkat ini. Saya yakin dia akan bersahabat dengan saya di kala saya sudah berada di alam baqa sana. Semoga 10"S" ini dapat saya realisasikan dalam perjalanan seharian saya secara praktikal dan manfaatnya saya dapat kecapi segera dan kekal sifatnya.

10"S" SahabatbPositif itu ialah;

S1: 'Solat' Awal Waktu
S2: Sebarkan 'Salam'
S3: Sentiasa 'Senyum'
S4: 'Sapa-Sapaan' (Sapa Menyapa/Tegur Menegur)
S5: Sambung 'Silaturrahim'
S6: 'Sedekah' Senyap-Senyap
S7: 'Serius' Menjalankan Tugas/Amanah
S8: 'Sensitif' Dengan Masalah Orang Lain
S9: 'Senang'kan Yang Susah
S10: 'Selesai'kan Satu2 Masalah Ikut Keutamaan

Saya Mahu Bahagia!!! Anda Pun Bahagia. Semua Orang Harus Rasa Bahagia. Saya Mulakan Dengan Diri Saya Dahulu.

Ada yang musykil, bagaimana nak bahagia jika duit sentiasa tidak berkecukupan?

Duit bukan syarat kebahagiaan. Duit tidak boleh beli bahagia malah duit tidak ada kuasa untuk membeli masa dan kehidupan kita. 

Mahu bahagia kena balik kepada hati yang tenang, thabat dan tenteram. Tenang dengan kehidupan duniawi, thabat di kala hadapi sakaratul maut dan tenteram ketika bertemu dengan pencipta kita, Allah SWT Rabbul Jalil.

Mahu memiliki hati yang damai kena sentiasa mengingati pencipta hati iaitu Allah SWT. Untuk mengingati Allah SWT kena jaga solat, banyak beristighfar dan bertaubat, sentiasa amalkan zikir, baca alquran dan berdoa. Semua amalan itu terangkum dalam solat yang fardhu dan yang sunat. Bahkan solat itu DOA. Solat yang afdhal ialah solat diawal waktu. Orang yang jaga solat tanda ikatan hatinya dengan Allah SWT sentiasa baik. Solat yang terbaik ialah solat yang khusyuk, jika hati kita tenang akan dapatlah nikmat khusyuk dalam solat. Bukan senang nak hadir hati dalam solat jika kehidupan kita tidak diatur dan disusun dengan baik, semua itu tarbiyah dan tazkiyah yang sukar dan bukan diperoleh dalam masa sehari.

Jika kita tidak ada duit untuk bahagia, kita kena guna konsep "DUIT" untuk bahagia. "D" itu doa, "U" itu usaha, "I" itu iman dan "T" itu tawakkal. Ingatlah untuk mudah berjalan atas jalanraya, kita kena sediakan jalanraya yang baik. Mana yang becak dan rosak, kita kena tampal dan ratakan. Segala halangan dijalanan kita kena bersihkan, pandangan buruk dipersekitaran kita kena indahkan. Bila perjalanan kita selesa elok maka badan pun rasa selesa, akal rasa sihat, minda rasa lapang dan jiwa rasa tenteram.

Jika kita tiada kemampuan kerana meratakan jalan bukan dalam ruang lingkup kemampuan kita, berjalanlah dengan melihat ke depan, pandanglah yang elok-elok dan usah dipengaruhi dengan keburukan persekitaran. Jika kita mahu mengubah maka berdakwah, berjuang dan berjihadlah.

Bahagiakanlah sesuatu disekeliling kita, kita akan dapat balik kesan yang baik kepada diri kita sendiri. Kita berusaha membahagiakan orang lain, kebahagiaan itu akan mengesan dan membahagiakan diri kita juga. 

Bahagiakanlah orang yang paling hampir kepada kita, kesannya juga teramat dekat dengan kita. Siapa yang paling dekat dengan kita? Bahagiakanlah dia!!! 
Ada orang mengeluh kerana kesibukan pencariannya terhadap dunia sehingga dia melupakan kebahagiaan orang yang terhampir dengannya, dia mengejar yang jauh merosakkan yang dekat, bagaimana dia mampu beroleh bahagia? Ibu bapamu bagaimana? Anak-isterimu pun bagaimana? Kaum kerabat dan harta-bendamu bagaimana pula? Sahabat-sahabat, jiran-jiran tetangga dan siapa-siapa lagi yang ada hak ke atas kamu!!! Bagaimana keadaan mereka, agaknya?

Kita lapangkan urusan orang lain, kelapangan itu datang kepada kita juga. Ingat, apa yang kamu beri, itulah apa yang kamu dapat!!!

Yang menyesak dan menyempitkan hidup kita ialah penyakit-penyakit hati yang bersarang rendang dalam jiwa kita. Bersihkanlah!!!

Hindarilah 10"S", sikap yang keji dan negatif;
S1: amalan 'Syirik' dan 'Sihir', seluruh amalan tertolak dan membinasakan.
S2: 'sakit mata' dan 'sempit dada' atas nikmat orang lain khususnya orang terdekat.
S3: 'syok sendiri'; rasa diri sudah cukup baik, tidak mahu berubah dan sukar terima pandangan orang atau teguran.
S4: 'syak wasangka' yang tidak berasas dan bertempat, suka mengumpat dan menyebar fitnah.
S5: perkara-perkara 'syubhat' yang hampir kepada haram, gelap hati, doa tidak dimakbulkan.
S6: 'simpan lemak' dan 'sayangkan penyakit' pada badan padahal tahu ia merosakkan tubuh badan.
S7: 'sia-siakan' masa dan kenikmatan; peluang yang ada berlalu percuma
S8: 'songsang' perjalanan hidup, sedang kehidupan fitrah penuh kenikmatan.
S9: 'sombong', sedang Allah benci orang yang bongkak dan sombong
S10: 'Syaitan'; dialah musuh no1 dan sejahat-jahat makhluk Tuhan. Dialah punca segala keporak-perandaan hidupmu sehingga kamu jauh dan sesat daripada Tuhan. Dialah menjanjikan kemiskinan dan mengajar duit rahsia kejayaan.

Berhentilah!!! Duit bukan segalanya walaupun segalanya perlukan duit.
Musykil lagikah?

Kata kaedah syarak, beramal yang istiqamah walaupun sedikit lebih baik dan disukai Allah SWT daripada banyak tapi tidak konsisten dan tergopoh gapah. Jika tidak mampu melakukan semua, jangan ditinggalkan semuanya. Selamat Beramal!!!

Ada KeBAHAGIAan menanti.... Sabar dalam menyelusurinya. In sha Allah kita akan ketemui dan benar-benar menikmatinya. Kamu pasti dapat asalkan kamu percaya dan yakin. Percayalah!!!

Monday, June 17, 2013

Aku Seorang Guru Agama ; Antara Berintegriti Dan Cara Berkomunikasi


Minggu ini agak kesibukan. Ada beberapa program yang melibatkan diri ini. 

Selain tugas harian sebagai guru agama di sekolah, saya diundang untuk menyampaikan ucapan, syarahan dan tazkirah di beberapa tempat sekitar Sibu, Sarikei dan Selangau. 

Di Selangau saya diundang untuk menyampaikan ceramah Sempena Sambutan Hari Guru. 

Temanya tidak lari daripada tema hari guru tahun ini. Guru Malaysia; 1 Aspirasi 1 Agenda. 

Tapi bila sudah jadi ceramah agama, ia tidak menjurus guru malayisa sahaja. Ia untuk semua insan bergelar guru walau siapa dia dan di mana guru itu berada. Sudah tentu contoh guru terbaik ialah Rasulullah SAW. Dialah yang membawa obor cahaya yang merubah landskap dunia sehingga manusia kembali kepada sifat fitrahnya dan membangunkan dunia ini dengan agama sehingga membawa keselamatan hidup setiap insan baik di dunia dan di akhirat. 

Dalam ucapan satu jam itu saya menekankan integriti seorang guru dan kaedah komunikasi yang betul untuk tampil guru berwibawa dan dihormati. Kewibawaan seorang guru tercorak daripada amanahnya menjalankan tugas dan kata bicaranya yang berhikmah.  Sekurang-kurangnya seorang guru itu ada dua sifat; pertama Qawiy, ke dua, Amiin


"Qawiy" bermaksud berupaya dari segi fizikal dan mental dalam menjalankan tugas sementara "Amiin", bersifat amanah dan boleh dipercayai.



Komunikasi



Saya menekankan ada 6 prinsip dalam komunikasi berkesan seorang guru; 

1. Tersusun (munadzzoman) ~ bicara guru mesti kemas, bukan bahasa rojak baik semasa dia menggunakan apa bahasa dalam komunikasinya.Contohnya guna bahasa melayu yang betul, kalau bahasa arab, bahasa arab fushah. 

2. Bermatlamat (mukhassisan) ~ bahasa ringkas, bermatlamat dan dan mudah difahami oleh murid. Penyataan dan soalan perlu jelas. JIka wujud perkara yang tidak diselesaikan oleh guru itu perkara biasa, kita manusia biasa tidak mengetahui segalanya.

3. Act Your Age ~ berwataklah sebagai orang dewasa walaupun guru itu untuk kanak-kanak. Kita boleh turunkan cara komunikasi sesuai dengan mereka tetapi masih mengekalkan kedewasaan kita dan berfikir. "Khatibun Naas 'ala qadri 'uqulihim"; bercakaplah dengan manusia menepati kadar akal mereka. Dalam perkara berselisihan pendapat tidak perlu bertekak dan bergaduh dikhalayak. Ini akan menjatuhkan maruah dan air muka guru itu sendiri.

4. Bahasa Waras; jauh daripada emosi yang tidak terkawal, menghukum, mengherdik dan menjatuhkan maruah pelajar. Guru mesti bersikap profesianal dalam menjalankan tugas, dalam komunikasi dan berdepan dengan pelajar yang berbagai kerenah kekadang mencabar kesabaran. Namun guru perlu mengawal diri dan emosi. Guru perlu untuk sentiasa sihat untuk menjalankan tugas seharian.


5. Bahasa Badan ~ guru perlu jadi dirinya sendiri, tidak perlu berlakon. Kalau senyum, senyumlah dengan ikhlas dan kalau marah, marahlah dengan ikhlas. Bahasa badan dan memek muka yang betul menjadikan pelajar kita tidak salah sangka dan dia senang dengan amarah seorang guru. Dia dapat membezakan marah yang ikhlas dengan ledakan emosi yang tidak terkawal. Kata-kata nasihat walaupun lembut dan rasa tidak memuaskan emosi; itu yang mengesan dalam diri muridnya. Murid dapat menerimanya dengan baik dan tidak berdendam dengan guru.

6. Bahasa Hati. Hati guru mesti bersih. Hubungan hati lebih beerti dan lebih kuat. Bukan sahaja murid dapat merasai getaran suara gurunya tapi jauh daripada itu murid dapat merasakan keikhlasan gurunya dalam menyampaikan ilmu dan tunjuk ajar. 

Integriti


Apa pun kesibukan seorang guru, guru itu mesti berpegang kepada tugas utama seorang guru. Mutakhir ini guru berhadapan dengan tugas-tugas di luar peranan guru sebenar yang lebih menekankan kerja perkeranian sehingga guru dilihat mengejar perkara lain daripada tugas seorang guru untuk hadir terhormat di tengah murid atau pelajarnya. Guru telah dibeban dengan pelbagai tugas yang menghilangkan fokus kepada membangunkan ilmu dan insan itu sendiri. Guru lebih menjurus kepada cantiknya fail, laporan, rekod dan ber"internet", masa banyak dihabiskan untuk mengisi data sehingga isu-isu besar kepada tugas seorang guru sedikit demi sedikit terhakis.  Jadi fokos seorang guru itu apa?


Guru Sekolah Pondok


Saya tertarik kepada guru-guru di sekolah pondok, mereka dapat fokus kepada pembangunan murid. Mereka jarang mewar-warkan pencapaian mereka tetapi kita kagum dengan munculnya para daie ditengah masyarakat dengan bekalan ilmu yang baik dan mantap. Apakah persoalan keberkatan itu tidak menjadi agenda utama dalam sistem pembelajaran dan pendidikan di sekolah-sekolah kita di Malaysia ini?

Jadi apakah dua faktor ini; dari segi integriti seorang guru boleh dipersoalkan dan kemahiran berbicara dan berkomunikasi juga boleh dipertikaikan? Bila murid bercakap dengan bahasa buruk dan guru juga lemah dalam penguasaan bahasa, apakah nawaitu kita untuk mencapai guru bertaraf dunia akan tercapai?


Guru perlu rajin mencari ilmu untuk menambah nilai profesionalisme keguruan. Setiap hari perlu mendapatkan  ilmu agar para guru dapat menjalankan tugasnya dengan lebih baik dan berkesan.

Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru. Rasanya Belum Terlambat....

Sunday, March 24, 2013

Kalau Boleh Tak Mahu Susahkan Sesiapa


Lama Saya berehat daripada menulis di laman blog saya ini. Kekangan masa disamping "mood menulis" agak berkurangan. Kalau ada idea, tulis je di FB. Ringkas dan padat. Tapi pagi ni rasa nak berceloteh sedikit tantang isi hati. 

Rasa hidup ini banyak buat salah, semoga saya masih berpeluang untuk membetulkan keadaan. Alhamdulillah, Allah SWT masih membuka jalan dan menunjuk jalan itu kepada saya.

Saya diingatkan oleh seorang "hamba Allah" betapa saya ada sifat buruk, ego dan tidak berterima kasih kepada orang yang menolong; begini mesejnya kepada saya; "kadang2 apa yg kita buat ikhlas tapi salah pada pandangan org..teringat saya pada seorang hamba allah yg cuba membantu seorang hamba yg terkena sengat kala jengking hamba allah yg membantu ni hanya berpakaian selekeh dan yg di bantu pula berjubah dan berserban setelah selesai hamba yg membantu tdi duduk di tmptnya dan yg dibantu cuma tngk tanpa mengucap apa2 dan hamba yg membantu tdi diam sanbil berfikir adakh perbuatanya satu dosa..."

Membaca mesej ini, saya beristighfar panjang. saya menangis dan sedih. Menangis atas peristiwa sekitar 7 atau 8 tahun yang lalu, saya sudah lupa tahunnya dengan tepat. Saya sedih kerana orang ingat kesilapan saya dan semacam berdendam dengan saya. Lama dia menyimpan perasaan itu kepada saya. Tidak tahulah dia sendiri yang membantu saya suatu ketika dulu atau dia sekadar memberitakan perasaan orang lain kepada saya. Saya tahu dan faham apa yang ditulis "hamba Allah" ini mengenai seorang yg dibantu satu ketika dahulu...;

"kadang2 apa yg kita buat ikhlas tapi salah pada pandangan org..teringat saya pada seorang hamba allah yg cuba membantu seorang hamba yg terkena sengat kala jengking hamba allah yg membantu ni hanya berpakaian selekeh dan yg di bantu pula berjubah dan berserban setelah selesai hamba yg membantu tdi duduk di tmptnya dan yg dibantu cuma tngk tanpa mengucap apa2 dan hamba yg membantu tdi diam sanbil berfikir adakh perbuatanya satu dosa..."
Bermacam-macam gangguan fikiran dibenak saya; Inilah bisikan hati saya ketika mula-mula membaca mesej itu,
"Kalau betul hamba Allah itu ikhlas mengapa dia rasa melakukan dosa? Dosa-pahala itukan milik Allah, Allah SWT akan membalasnya dengan lebih baik lagi atau sebaliknya. Bahkan orang yang jd mangsa itu pasti ingat dan sentiasa berdoa agar orang yg baik itu mendapat ganjaran yg lebih baik lagi. ~sangat besar kebencian orang yg menolong kepada orang yg ditolong, sehingga mengungkit pertolongannya tidak dibalas dengan terima kasih. sehingga merasa pertolongannya satu dosa.Apa kaitannya pakai baju selekeh dengan pakai jubah/kopiah? Apakah sekadar mahu beri gambaran buruk kepada orang itu. Syukurlah Allah tunjuk kebenaran akan hal ini setelah bertahun2 peristiwa ini berlaku. Kalau perbuatan org kena gigit kala itu salah, maaflah. Kalau rasa tidak berterima kasih, terima kasih. Tp Allah SWT tu Maha Mengetahui atas segalanya. Usahlah rasa terkilan. Allah SWT tidak mengsia2kan amalan baik hambaNYa. ~ kalau orang yg dalam kemalangan atau ditimpa keburukan, haruskan orang yang memberi pertolongan itu berfikir pertolongannya sia-sia, kerana tidak diucap terima kasih serta merta saat itu."
Saya membalasnya; tapi tiada pula respon dia kepada saya;
"saya masih ingat saat saya digigit kala jengking dan dibantu oleh hamba Allah yang saya tidak kenali pada beberapa tahun yg lalu. Sampai hari ini pun saya terfikir siapa org yg bantu saya malam tersebut. Boleh jadi saya terkejut dengan peristiwa tersebut, saya terlupa mengucapkan terima kasih kepadanya. Kalaulah tuan yg membantu saya, saya ucapkan terima kasih atas bantuan yg saya tidak minta. Hanya Allah SWT yg layak membalas kebaikan tuan. Allah mentaqdirkan pertolongan Allah itu daripada tuan. Syukur kepadaNya.Saya ada bertanya dan bercerita kepada org Teku, tp mereka tidak tahu peristiwanya. Kalau tuan kenal atau tuan sendiri yg membantu saya , saya sekali lg ingin ucapkan terima kasih. Kalau tuan rasa terkilan dengan sikap saya, saya bukan manusia maksum. Boleh buat silap kepada sesiapa saja. Sekali lg saya mohon maaf. sifat ego dan sombong itu bukan saya, dan bukan sikap orang2 beriman. Terima kasih juga atas peringatan."
Mengapa perlu rasa berdosa kerana membantu orang lain? Kalau boleh tidak mahu menyusahkan orang lain, tapi keperluan hidup ini terpaksa menyusahkan orang lain juga. Sampai mati pun terpaksa orang hidup bersusah-payah kepadanya. Kepada mereka yang saya sudah susahkan, berniatlah itu sebagai amal soleh dan sedekah jariah untuk diri sendiri semasa kita masih hidup. Usah merasa bersalah dan berdosa. Rasanya setiap inci langkah kehidupan kita akan saling susah dan menyusahkan kerana keperluan kita untuk saling memerlukan. Ya, Allah, ampunkanlah segala kesilapan dan kekhilafanku, ampunkan juga "hamba Allah" yang aku tidak kenalinya, balaslah kebaikannya dengan sebaik-baik ganjaran kebaikan. Ya Allah, tidak ada sedikitpun dalam hatiku perasaan ego dan sombong sesama manusia. Jika ada yang engkau ketahui dan aku tidak ketahui, janganlah engkau hisab ke atasku ya Allah. Ampunkan dosaku, sesungguhnya Engkau tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun...Amiin, ya rabbal 'aalamiin.

Tuesday, November 06, 2012

Sifat Nifaq Dalam Hati Dan Perbuatan Seseorang

Nota Kuliah Subuh
4 November 2012

Dalam pencarian saya terhadap kata pokok "NAFAQA" terdapat 111 kali sebutan dalam al-Quran pada 86 ayat Al-Quran.. Ia merangkumi maksud bagi nafaqah, infaq, nifaq dan munafiq. Dalam pencarian saya di internet saya singgal di laman blog MENCARI KEBENARAN dan menukilkan perkataan Imam al-Qurthubi dalam menerangkan maksud “Yunfiqun”. Beliau mengatakan bahawa perkataan “nafaqa” ini digunakan dalam berbagai bentuk dan penggunaan antaranya:
 i) – Ű§Ù„Ű„Ù†ÙŰ§Ù‚ yang bermaksud mengeluarkan harta
 ii) – Ű§Ù„Ù†Ű§ÙÙ‚Ű§ŰĄ nama kepada lubang arnab atau biawak pasir(dhab) yang digunakan untuk menyelamatkan dirinya ketika lubang utamanya tidak selamat untuk keluar melaluinya.
iii) – Ű§Ù„Ù…Ù†Ű§ÙÙ‚ dinamakan seseorang dengan nama munafik kerana dia keluar dari keimanan atau iman keluar dari hatinya.
iv) – Ű§Ù„ŰłŰ±Ű§ÙˆÙŠÙ„ نيفق lubang kaki seluar
 v) – نفق Ű§Ù„ŰČۧۯ habis atau binasa bekalannya

Melalui pembacaan, pendengaran dan pemerhatian, tidak kurang daripada 30 sifat yang menjadikan seseorang itu ada sifat nifaq. Pemerhatian ini baik melalui pengalaman hidup apatah lagi penjelasan-penjelasan Allah SWT di dalam Al-Quran mahupun hadis Nabi SAW.

Ayat-ayat ini menjelaskan sifat golongan Minafiqiin atau Munafiqaat. Ada dua jenis sifat munafiq ini;
1) Munafiq Hati (Aqidah/i'tiqadi)
2) Munafiq Perbuatan / Amalan (samada Syariat atau Akhlak)

Munafiq Aqidah

Ada munafiq aqidah yang menyembunyikan kekufuran dalam hati mereka dengan menzahirkan keislaman mereka. Mereka inilah yang menjadi musuh paling berbahaya di zaman Rasulullah SAW yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Merekalah yang disifatkan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud; "Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." (An-Nisa ; 143)

Allah SWT menyifatkan mereka sebagai penghuni neraka paling bawah; Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِينَ فِي Ű§Ù„ŰŻَّ۱ْكِ Ű§Ù„ْŰŁَŰłْفَلِ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۱ِ وَلَن ŰȘَŰŹِŰŻَ لَهُمْ نَŰ”ِÙŠŰ±ًۧ "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (An-Nisa ; 145)

Nifaq penyakit umum masyarakat 

Nifaq ini adalah nifaq ciri-ciri yang ada dalam tingkah laku dan perbuatan seseorang. Boleh jadi ada pada saya dan sesiapa saja. Munafiq ini dinamakan Munafiq Perbuatan.

Semoga mengenali sifat ini kita berusaha menghapuskannya dan ia tidak menjadi parasit dalam batang tubuh kita yang merosakkan diri dan pergaulan kita sesama muslim dan orang ramai yang berada di sekeliling kita.

Saya melewati firman Allah SWT dalam ayat 204 - 206, surah Al-Baqarah maksudnya; Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu)(204). Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.(205) Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah Engkau kepada Allah" timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan Demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.(206).

Setelah membaca ayat-ayat ini,dapat saya menyenaraikan beberapa ciri Nifaq;

30 Sifat

Pada hemat dan perincian saya terdapat 30 Sifat yang apabila ada pada diri seseorang menjadikannya ada sifat Nifaq;

1. Orang yang hebat pada tuturkatanya sehingga orang terpedaya dengan tipudaya dan janji dunianya.

2. Suka bersumpah dengan nama Allah walau dalam perkara kecil dan bertujuan menyembunyikan pendustaan.  menjadikan sumpah sebagai perisainya.

3. Keras permusuhannya terhadap Nabi dan Islam. Pada zaman sekarang sikap keras ini ditujukan kepada mereka yang berlitima' kepada para daie, jamaah dan harakah Islam.

4. Melemahkan semangat juang orang Islam dan melumpuhkan perancangan mereka dengan mecuri maklumat mereka dan menyerahkan rahsia orang Islam kepada musuhnya

5. Melakukan kerosakkan atas muka bumi atas nama pembangunan padahal mereka sangat berkehendakkan kepada habuan dunia. Slogan mereka pembangunan untuk semua walaupun merosakkan alam sekitar dan membahayakan kehidupan manusia itu sendiri.

 6. Bencikan kerja Taqwa dan Iman. Bahkan mengenggap menghalang mereka daripada memperolehi kehidupan dunia yang mereka dambakan.

7. Bersikap Sombong dan keras hati, bertindak menentang kebenaran

 8. Terus menerus melakukan dosa walaupun diajak untuk bertaubat. Mereka berpaling dan tidak mengendahkan ajakan keampuanan dan taubat.

 9. Bersikap "muzabzabin" dan bermuka-muka dan hipokrik. Bersama orang Islam mereka mengatakan keislaman mereka dan bila bersama golongan kufur; mereka berkata bahawa perkataan mereka besama orang Islam itu hanya permainan lidah sahaja. Dalam surah An-Nisa bermula 143- 145 Allah mendedahkan lagi sifat-sifat mereka ini;

10. Suka berdusta bila berkata-kata. Dalam surah Al-Munafiquun adalah menjelaskan lagi ciri-ciri mereka ini; Firman Allah SWT. Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِينَ لَكَۧ۰ِŰšُون "Sesungguhnya orang-orang Munafiq itu adalah pendusta (Al-Munafiun ;1)

11. Khianat terhadap amanah. 

12. Melampau batas bila bertengkar dan bergaduh 

13. Memungkiri janji apabila berjanji 

Sifat-sifat ini sangat masyur disebut dalam hadis tanda sifat nifaq.

14. Bermalas-malasan ketika mendirikan solat. Firman Allah SWT;
   وَلَۧ يَŰŁْŰȘُونَ Ű§Ù„Ű”َّلَۧ۩َ Ű„ِلَّۧ وَهُمْ كُŰłَŰ§Ù„َىٰ
 Maksudnya; "Dan tidaklah mereka itu mendirikan solat melainkan dalam keadaan malas". (At-Taubah; 54)

15. Bersedekah dengan hati yang berat dan kikir . Firman allah SWT; وَلَۧ يُنفِقُونَ Ű„ِلَّۧ وَهُمْ كَۧ۱ِهُونَ maksudnya; "tidak pula mereka menginfaqkan harta melainkan dalam keadaan penuh kikir dan kebencian" (At-Taubah; 54)

16. Melakukan Kemungkaran dan Mencegah Kebaikan Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقُونَ وَŰ§Ù„ْمُنَŰ§ÙِقَۧŰȘُ ŰšَŰčْ۶ُهُم مِّن ŰšَŰčْ۶ٍ يَŰŁْمُ۱ُونَ ŰšِŰ§Ù„ْمُنكَ۱ِ وَيَنْهَوْنَ Űčَنِ Ű§Ù„ْمَŰčْ۱ُوفِ وَيَقْŰšِ۶ُونَ ŰŁَيْŰŻِيَهُمْ نَŰłُÙˆŰ§ Ű§Ù„Ù„َّهَ فَنَŰłِيَهُمْ Ű„ِنَّ Ű§Ù„ْمُنَŰ§Ùِقِينَ هُمُ Ű§Ù„ْفَۧ۳ِقُونَ Maksudnya; "Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang Yang fasik.". ( At-Taubah ; 67)

17. Riak dan menunjukkan kebaikannya. Orang munafiq itu kalau berbuat kebaikan dia riak dan mahu orang nampak dan memuji mereka.

18. Tidak memperdulikan kaum muslimin. Perangai ini ditunjukkan oleh orang Madinah yang hadir majlis Rasulullah, mereka datang awal dan berada dihadapan Rasulullah. Apabila ruang penuh sesak datang para sahabat yang berhijrah bersama Rasulullah untuk sama mengikuti pengajaran Rasulullah, mereka tidak mahu memberi ruang. Maka Allah SWT menurunkan ayat dalam surah Al-Mujadilah; ayat 11 menegur perbuatan mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud; "Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.

19. Berbangga dengan keturunan dan puak sendiri. Firman Allah SWT yang maksudnya; "Harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya. (setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadanya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya merekalah golongan pendusta. (Al-Mujadilah; 17-18)

Dalam surah Al-Munafiquun ayat 7 dan 8 Allah SWT menceritakan perkataan orang Munafiq; "Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah Yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang Yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun Yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan Dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang Yang munafik itu tidak memahami (hakikat Yang sebenarnya).. Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

20. Sedikit berzikir dan gelisah berada dalam majlis zikrullah

21. Mencela orang yang alim dan soleh. Memuji orang yang berharta, berkedudukan. Biasanya dalam usaha mendapat manfaat duniawi.

22. Suka berbisik-bisik dan sebar berita dusta. Firman allah SWT yang bermaksud; "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan Dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman berserah diri." ( Al-Mujadilah; 10)

23. Tidak Redha Dengan Takdir Allah SWT dan bersangka buruk terhadap Allah SWT. Firman Allah SWT; "Dan supaya ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, Yang menyangka terhadap Allah Dengan sangkaan Yang buruk (bahawa ia akan mengecewakan RasulNya). atas merekalah tertimpanya bala bencana Yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Al-Fath ; 6)

24. Mengasing diri daripada jamaah orang Islam dan meninggalkan solat berjamaah. 25. Gembira dengan musibah dan malapetaka yang menimpa orang lain. "Padan Muka", katanya.

26. Melaga-lagakan orang lain supaya mereka selalu hidup bermusuhan. Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya “Madaarij as-Salikin” mengatakan: “Sesungguhnya Islam telah banyak menderita oleh sebab kejahatan mereka(orang-orang munafik). Mereka menamakan diri mereka Islam, mereka pula berlagak seakan-akan mengangkat martabat Islam dan membela Islam dan memberikan sokongan dan kesetiaan yang padu kepada Islam. Padahal, hakikatnya mereka memusuhi dan berusaha menghancurkan Islam dari dalam. Orang-orang jahil dari ummat Islam menyangka orang-orang munafik ini adalah orang yang cedik lagi pandai dan amat baik perangainya, tetapi hakikat sebenarnya disisi Allah ialah orang-orang munafik ini adalah jahil(bahkan amat-amat jahil) dan ingin merosakkan Islam.

 27. Menyangka semua perkataan ditujukan kepadanya. Orang Munafiq merupakan orang yang sakit hatinya. Mereka selalu mengangkap perkataan orang lain selalunya ingin ditujukan kepadanya. Ini kerana jiwa mereka sarat dengan perkara-perkara yang ingin disembunyikan.Firman Allah dalam surah al-Munafiquun, ayat 4; "dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka.

28. Meragukan orang lain kepada kebenaran. Mereka sering bertanya, "Awak percayakah kepada kata-katanya? Boleh jadi orang-orang yang beriman itu ingin menipu kamu".

29. Selalunya suka beralasan. Suka berdalih padahal semuanya bertujuan menyelamatkan diri dan menipu orang lain. Seingkali dikaitkan dengan sumpah seperti dijelaskan sebelum ini.

30. Lari daripada medan jihad dan saat-saat kaum muslimin memerlikan tenaga mereka. Bahkan mereka lebih suka menjadi alat kepada musuh Islam.

Rumusan dan Penutup
Semoga sedikit catatan ini dapat membantu kita memperbaiki diri dan diselamatkan oleh Allah SWT daripada golongan Munafiqiin yang sangat berbahaya kepada kehidupan seorang Muslim bahkan menyebabkan kemurkaan Allah SWT seta azabNya yang sangat pedih di hari akhirat nanti.

Thursday, October 18, 2012

AMANAH ITU KETAATAN KEPADA ALLAH SWT

KULIAH SUBUH;
Oleh Ustaz MOHD ISA BIN MAT DAUD


Firman Allah SWT:

Ű„ِنَّۧ Űčَ۱َ۶ْنَۧ Ű§Ù„ْŰŁَمَŰ§Ù†َŰ©َ Űčَلَى Ű§Ù„ŰłَّمَŰ§ÙˆَۧŰȘِ وَŰ§Ù„ْŰŁَ۱ْ۶ِ وَŰ§Ù„ْŰŹِŰšَŰ§Ù„ِ فَŰŁَŰšَيْنَ ŰŁَن يَŰ­ْمِلْنَهَۧ وَŰŁَŰŽْفَقْنَ مِنْهَۧ وَŰ­َمَلَهَۧ Ű§Ù„ْŰ„ِÙ†ŰłَŰ§Ù†ُ Ű„ِنَّهُ كَŰ§Ù†َ Űžَلُومًۧ ŰŹَهُولًۧ

Maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab ( amanah ) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan”.
( Surah Al-Ahzaab; Ayat 72)

Tuan-tuan sekalian;

Saya memetik di dalam tafsir Ibnu Kathir; Al-‘Ufi berkata bahawa Ibnu Abbas meriwayatkan dengan katanya: Amanah itu ialah ketaatan. Dan Ali bin Abi Talhah pula berkata bahawa Ibnu Abbas berkata: “ Amanah itu ialah Kefarduan atau Kewajipan’’ Sesiapa yang melaksanakannya akan memperolehi (Al-Fadhl) yakni kemuliaan , (As-Thawaab) yakni ganjaran pahala dan (Al-Jannah) yakni Syurga dan sesiapa yang ingkar derhaka akan beroleh seksa ( I’qaab) dan di masukkan ke dalam neraka (An-Nar).

Apabila Allah SWT mencipta segala maklukNya lalu menghimpunkan mereka lantas membentangkan amanah ini kepada mereka; kesemuanya enggan menerima amanah tersebut sehinggalah Allah SWT memanggil Nabi Adam lalu Allah bertanya kepada Adam. “Sanggupkah kamu menerima amanah daripadaku iaitu apabila kamu berbuat baik aku ampunkan kamu dan jika engkau berbuat kejahatan aku jatuhkan siksaan ke atas kamu“. Lalu Adam menerimanya.

Berkata langit “Aku enggan menerimanya kerana aku dan penghuniku tidak berhajat kepada dosa dan pahala dan tidak pula menerima kefarduan. Sedangkan kami dijadikan dalam keadaan tunduk kepadaMu sepenuhnya” Begitulah juga jawapan yang diberikan oleh bumi, bukit-bukau dan juga gunung ganang.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT;

Jelas di sini keistimewaan manusia dan jin yang dianugerahkan kepada mereka dengan akal fikiran menyebabkan mereka diistimewakan ke atas makhluk lain. Orang yang hebat pasti tanggungjawab ke atasnya pun hebat bersesuaian dengan kebolehannya. Allah memfardukan sesuatu perintah mengikut kemampuan hambaNya itu sendiri sebagaimana yang Allah jelaskan di dalam ayat terakhir dari surah Al-Baqarah: ” Tidak Kami bebankan seseorang itu melainkan menurut kemampuannya”. Keupayaan akal inilah yang menyebabkan manusia memiliki kelayakan untuk menerima amanah. Kemampuan untuk memilih di antara yang baik dan yang buruk. Kebolehan mengenal yang hak (benar) dan yang bathil (salah). Kemampuan untuk bersyukur ataupun kufur. Semuanya terletak dalam kehendak hamba itu sendiri.

Tuan-tuan sekalian;

Kita saban hari salah guna nikmat Allah SWT. Mata suka tengok yang haram. Telinga suka dengar yang haram. Nafsu cenderung melakukan yang haram. Hati suka merasakan yang haram. Akal suka memikirkan yang haram. Macam-macam lagi keseronokan yang tuhan larang kita suka. Allah Maha Mengetahui kecenderungan manusia. Kerana Allah SWT sendiri menegaskan bahawa nafsu itu suka kepada yang haram. Sebab itu Allah SWT menyifat manusia itu zalim lagi jahil.

Biarpun sifat manusia yang suka melakukan kerja-kerja yang menjatuhkan mereka dalam lembah kejahilan dan kezaliman kepada diri sendiri; manusia itu tidak suka kepada kesusahan dan kesengsaraan. Mereka mahukan kenikmatan dan kebahagiaan. Jiwa yang kotor tidak mungkin berasa bahagia. Sehinggalah kesengsaraan demi kesengsaraan bersarang dan berlapis-lapis dalam jiwa mereka.

Pada masa itu tiada jalan lagi bagi manusia melainkan kembali kepada mengingati tentang amanah yang telah mereka itu berjanji di atasnya. Iaitu untuk kembali taat dan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Hanya air mata keinsafan yang dapat menyuci jiwa mereka.

Benarlah tuan-tuan sekalian akan firman Allah SWT;

Maksudnya:
"Demi Jiwa dan penciptaannya. (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)". ( Surah As-Syams; ayat 7-10)
Allah SWT Maha Mengetahui bahawa manusia itu sanyat suka berlaku zalim dan bertindak atas kejahilan. Jadi Allah SWT tidak membebankan manusia dengan kebolehan akal semata-mata tetapi diberi hidayah dan bimbingan wahyu. Allah utuskan kepada mereka Nabi dan Rasul serta para ulamak sebagai pewaris kepada nabi dan rasul. Manusia dibimbing dan diasuh dengan ilmu pengetahuan. Menjadikan setiap langkah perjalanan hidupnya sebagai pengalaman hidup dan pengajaran yang berguna supaya manusia itu dapat memilih jalan-jalan kebaikan yang menyampaikannya kepada Syurga dan keampunan dan Rahmat Allah SWT. Jika ada yang tersilap langkah diberiNya peluang untuk kembali dan bertaubat lalu diampunkan dosa-dosanya.

Allah SWT menciptakan kita bukan untuk diazab atau untuk disia-siakan. Matlamat penciptaan Jin dan manusia itu ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Az-Zariyat; Ayat 56. Maka jika kita melakukan maksiat kepada Allah, kita sudah berlaku zalim kepada diri kita sendiri. Selayaknya Allah memurkai kita dan mengazabkan kita jika Dia mengkehendaki.

Oleh itu; janganlah kita tersalah memilih haluan hidup. Sebab kita semua akan ditanya setiap amanah yang Allah bagikan kepada kita. Kita semua tidak akan terlepas daripada soal jawab ini. Beringat-ingatlah sebelum terlambat.

Buat akhirnya suka saya menbacakan firman Allah SWT: Maksudnya;
"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat. Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (Dalam pada itu), Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang". ( Surah Al-Insaan; Ayat 2-4 )

Sekian. Wabillahit Taufiq. Wassalam.


Friday, August 24, 2012

Amalan Berziarah Ajak Anak-Anak Bersama

Syawal sudah masuk hari ke 6. Amalan berziarah sempena hari raya masih diteruskan. Boleh dikatakan sepanjang 6 hari ini jadual ziarah kami ke rumah sahabat-handai penuh daripada pagi hingga ke malam. Tujuannya satu adalah memupuk rasa persaudaraan dan merapatkan ukhuwwah yang jarang dapat dilakukan pada hari biasa.

Pada hari-hari biasa; saya, isteri dan anak-anak sibuk dengan aktiviti dan kegiatan sendiri. Rakan-rakan pun sama, mereka ada kesibukan sendiri.

Keluangan masa cuti hari raya ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan amalan berziarah. Jangan biarkan anak-anak terperap di dalam rumah dengan rancangan televisyen dan melayari internet sedangkan hanya ibubapa sahaja yang berziarah. Tidak cukup dengan hanya mengucapkan "Selamat Hari Raya" di muka buku sahaja. Amalan ini mesti dipupuk dengan penuh sedar agar anak-anak faham tentang kepentingan saling berziarah dan saling kunjung-mengunjung. Selain dapat kenal-mengenal saudara kita dengan lebih mendalam , berjamu juadah dan bertukar-tukar fikiran, kekadang perbualan santai dan bersahaja dapat melupakan segala tekanan malah memupuk perasaan kasih-sayang di antara satu dengan yang lain.

Amalan berziarah di Aidilfitri ini adalah amalan mulia yang dituntut oleh syarak. Ia adalah satu cara melakukan ibadah kepada Allah SWT. Satu sunnah yang dipelihara oleh Rasulullah SAW.

Kesedaran ini penting agar anak-anak tidak dibiasakan dengan sikap keakuan sehingga tidak mengenali persekitaran , saudara-mara dan rakan taulan ibubapa mereka atau rakan-rakan mereka sendiri yang lain. Mereka perlu diasuh dengan adab bergaul secara baik dan positif. Mereka dididik agar tahu cara bertamu dan melayan tetamu.

Malah beberapa tuntutan lain dapat diterapkan dalam diri anak dengan disiplin dan peraturan semasa melakukan amalan ziarah ini.

Jika masa berziarah itu lama dan berlanjutan sampai malam, maka anak-anak diajar untuk bersedia dengan kelengkapan solat yang lengkap kerana mereka akan bersolat di rumah-rumah rakan yang mengizinkan atau singgah di mana-mana masjid atau surau. Jika melibatkan permusafiran, mereka akan dapat melaksanakan solat musafir secara praktikal. Dan ini akan mengukuhkan lagi jati diri mereka sebagai muslim bahawa solat mesti dilaksanakan dalam apa situasi sekali pun.

Saya sangat bertegas dengan anak-anak di hari raya. Mereka perlu bersama mengekori saya walaupun sudah ada yang masuk awal remaja. Setakat ini anak-anak boleh bertoleransi dengan disiplin yang saya tentukan bahawa hari raya bukan hari menonton tv, video atau melayari internet bahkan ia hari untuk membina semangat bersama dan ukhuwwah. Hari melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Hari berkongsi kebahagiaan dan kenikmatan dengan melebarkan senyuman dan sedekah sesama muslim.

Peranan ibubapa sangat penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik dan positif. Kita tidak mahu anak-anak kita suatu hari nanti bagaikan lupa akan asal usulnya dan tidak kenal siapa saudaranya. Hilang jati diri dan tidak tahu menghormati orang lain. Ingat ; orang yang tidak merahmati, tidak akan dirahmati...

Semoga semangat berziarah ini akan terus subur bukan saja dalam bulan Syawal ini bahkan diteruskan dari masa ke semasa diluar bulan perayaan ini.



Monday, August 20, 2012

1Syawal Mengembalikan Insan Kepada Fitrah [Jiwa Bertaqwa]

Ramadhan telah berlalu. Bulan Rahmat dan Berkat itu telah pergi meninggalkan seluruh umat Islam baik mereka suka atau sebaliknya. Yang tinggal adalah himpunan doa agar dapat bersua kembali dengannya pada tahun mendatang.

Syawal telah datang bertandang. Kehadirannya disambut oleh umat Islam dengan kegembiraan tanda kemenangan dan kejayaan melaksanakan perintah Allah SWT. Seharusnya umat Islam tidak lupa kepada matlamat puasa itu untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Sifat taqwa inilah yang akan membentuk jiwa yang tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT dan menzahirkan rasa penentangan dan permusuhan terhadap Syaitan dan sekutu-sekutunya. Ini kerana Syaitan itu sangat nyata permusuhannya terhadap Allah SWT dan rasulNYa dengan cara menyesatkan manusia daripada jalanNya, menjadikan manusia memusuhi syariat dan pendokongnya serta menimbulkan rasa permusuhan sesama-manusia sehingga mereka hidup bercerai-berai, berlaku pergaduhan dan rosak perhubungan sesama mereka.

Sifat taqwa ini akan membentuk insan yang merdeka dari segi aqidah dan ruhnya dengan mengisytiharkan bahawa "Hurriyatul Insaan Fi 'Ubudiyyatillahi" yakni kemerdekaan manusia itu hanya dalam perkara ubudiyyah kepada Allah SWT semata-mata. Inilah matlamat daripada ibadat puasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Kita menentang musuh Allah; Syaitan dan mendidik nafsu kita untuk mentaati Allah SWT. Melepaskan diri daripada cengkaman kezaliman penjajahan Syaitan dan Nafsu jahat yang ada dalam diri kita. Laungan kemerdekaan tidak akan memberi apa-apa makna jika kita gagal keluar daripada penjajahan musuh Allah ini, selagi jiwa kita, hati nurani serta akal kita masih dirantai pada akar syirik dan kufur kepada Allah SWT.

Hebatnya orang bertaqwa ialah setiap sesuatu yang dilakukannya ada nilai di sisi Allah SWT. Buah taqwa itu akan membentuk dirinya dan menjadi asbab ia mendapat syafaat dan pertolongan Allah SWT di dunia dan akhirat. Diriwayatkan satu kisah bagaimana kebajikan seorang lelaki ahli maksiat yang memberi minum seteguk air kepada seorang lelaki yang soleh menjadikan dirinya mendapat syafaat daripada Allah SWT di akhirat. Lelaki yang dihisab sebagai ahli maksiat ini dibawa Malaikat sebagai ahli neraka. Dalam perjalanan, tetiba dia ternampak seorang lelaki yang soleh, dia berkata;"Adakah kamu tidak mengenali aku?". Dia berkata lagi; "Akulah orang yang memberi minum kepada engkau yang sangat dahaga dengan seteguk air di dunia dahulu, maka berilah syafaat kepada aku melalui tuhanmu". Lalu Lelaki yang soleh itu berdoa; "Wahai tuhanku, hamba engkau ini telah memberi minum seteguk air di kala aku kehausan yang teramat di dunia dahulu, maka berilah syafaat kepadanya melalu amalannya itu". Lalu Allah SWT berfirman kepada malaikatNya, "Bawalah lelaki ahli maksiat itu ke dalam syurga, Aku telah memberi syafaat kepadanya melalui amalan yang soleh itu". Seteguk air... ia adalah amalan taqwa maka ia diterima oleh Allah SWT. maka dapat kita lihat betapa peri pentingnya sifat taqwa sehingga ia menjadi matlamat segala ibadat yang diperintah oleh Allah SWT. Rugilah kita jika gagal meletakkan diri kita sebagai insan bertqwa kepada Allah SWT.

Syawal menjadikan kita kembali kepada FITRAH. Ia terangkum dalam maksud Eid Fitri. Ia bermaksud kembali kepada fitrah. Fitrah yang Allah SWT jadikan ke dalam diri manusia sejak awal lagi. Fitrah yang menjadi mereka bersih daripada syirik dan kufur. Fitrah yang mengembalikan mereka kepada Islam dan Iman. Kembali kepada bersih daripada dosa dan noda. Jiwa mereka mesra dengan kebaikan dan sedia bermaaf-maafan. Lunak kepada kebajikan dan ringan dalam memberi pertolongan serta bantuan. Mudah simpati terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain. Seharusnya sifat-sifat mulia ini dikekalkan untuk menjadi insan bertaqwa sepanjang masa. Bukan sahaja dosa kepada Allah SWT, dosa sesama manusia turut dapat dijernih dan diputihkan. Inilah yang dimaksudkan Allah SWT;"Fitratallaahu allati fathoran naasu 'alaiha".

Sungguh satu syawal itu mesti disambut dengan sifat taqwa kepada Allah SWT. Dalam meraikan hari mulia ini janganlah dihiasi dengan perkara-perkara maksiat sehingga mengotori semula fitrah yang telah mula kita kecapi. Seharusnya kita ingat akan nasib malang yang menimpa saudara-saudara seagama di negara-negara lain yang sedang dilanda pergolakan yang tidak tahu bila keamanan yang datang. Nasib mereka di Rohinya , di Syria dan beberapa negara lagi sungguh meruntun hati kita umat Islam. Dalam suasana syawal ini kita tidak seharusnya lupa kepada mereka semua. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada mereka. Dan kita tidak lupa menghulurkan bantuan atau doa agar Allah SWT cepat menamatkan penderitaan yang sedang mereka hadapi saat ini.

Kepada semua umat Islam; selamat Menyambut Syawal. Semoga Allah SWT telah menerima semua amalan soleh yang kita lakukan pada sepanjang bulan Ramadhan dan 1Syawal semalam. amiin, ya Rabbal 'Aalamiin.


Friday, August 17, 2012

Berat Hati Berpisah DenganMu Oh Ramadhan

Apa saja... baik yang kita sayang atau sebaliknya akan meninggalkan kita. Mana yang kita rasa hampir itu yang akan mengesan pada hati. Kekadang air mata mengalir kerana gembira dan acapkali kita menangis kerana sedih dan kecewa. Tapi hari ini aku memilih untuk menangis dalam perkara yang terlepas, tidak sempat aku lakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Sekuatmana hatiku ingin Ramadhan ini bertahan, ia  tetap akan meninggalkan aku biarpun berat hati ini untuk melepaskan kau pergi. Aku tahu aku tidak akan bertemu dengannya lagi.. Ramadhan mendatang apakah akan masih lagi menjadi milikku? Wallahu A'lam!!! Semoga akan kembali bersua dengan Ramadhan yang baru.

Bulan Ramadhan ini istimewa kerana ia bulan Rahmat, Maghfirah dan Pembebasan daripada Api Neraka. Bukan itu saja, syaitan dibelenggu, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Bulan dilipat-gandakan semua pahala atas amal ibadat yang dilakukan. Inilah hadiah Allah SWT yang tiada dalam bulan yang lain. Disamping itu di dalamnya ada anugerah yang hebat kepada para tetamunya. Inilah bulan Puasa, bulan Solat, bulan Sedekah, bulan Qiamullail, bulan Quran, bulan Doa dan bulan yang memiliki satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan yakni Lailatul Qodar.

Bulan Puasa : Puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa tapi istimewanya Ramadhan, Allah SWT  fardhukan kita berpuasa sebulan dan pahalanya tidak sama kita berpuasa kita berpuasa dalam bulan-bulan yang lain.

Bulan Solat : Solat fardu adalah perintah yang wajib yang sudah tertentu waktunya. Dalam bulan Ramadhan diistimewakan dengan solat sunat Terawih yang tiada bulan yang lain.

Bulan Sedekah : Bulan ini orang Islam menjadi lebih pemurah mencontohi kemurahan Nabi Muhammad SAW. Baginda menjadi lebih pemurah di dalam bulan Ramadhan berbanding dalam bulan-bulan yang lain. Bulan ini banyak pihak lebih prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik dan kurang upaya. Orang miskin diambil peduli, anak-anak yatim dicakna.

Bulan Qiamullail : Bulan yang dihidupkan malamnya dengan ibadat-ibadat sunat seperti sunat tahajjud, taubat, hajat, tasbih dan sebagainya. Orang yang berpuasa juga bangun bersahur walaupun dengan seteguk air untuk mendapat berkat sahur dan membezakan puasanya dengan puasa orang yahudi.

Bulan Quran : Usaha bertadarrus Al-Quran dipergiatkan lagi dalam bulan ini sebagaimana Rasulullah SAW sendiri bertadarus Al-Quran bersama malaikat Jibril dalam bulan yang mulia ini. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran. Bulan yang dinamakan "Shahrul Furqan". Allah SWT menjelaskan bahawa bulan Ramadhan diturunkan padanya Al-Quran yang memberi petunjuk kepada manusia, yang menjelaskan lagi kepada petunjuk itu dan menjadi pembeza di antara yang hak dan bathil.

Bulan Doa : Inilah bulan yang setiap detik padanya akan diperkenankan doa. Diantara orang tiada hijab dengan Allah SWT yang akan diperkenankan doanya ialah orang yang berpuasa.

Lailatur Qodar : Inilah anugerah terbesar Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW. Rugilah sesiapa yang mengalpakan dalam tuntutan mencari dan mendapatkannya. Para ulama sepakat mengatakan bahawa ianya akan berlaku dalam setiap Ramadhan sekali pada malamnya. Maka janganlah dalam kesibukan kita membuat persiapan hari raya, kita alpa kepada tuntutan mendapatkannya. Satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah SAW sendiri menegaskan bahawa carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan khususnya pada malam yang ganjil. Namun janganlah hanya memilih malam itu hanya pada malam tertentu saja tanpa beribadat pada malam yang lain kerana ianya menjadi rahsia Allah SWT yang boleh berlaku pada mana-mana malam daripada bulan Ramadhan.

Sungguh aku bersedih kerana kekasihku ini akan meninggalkan aku. Banyak sungguh kebaikannya kepadaku yang Allah kirimkan melaluinya untuk aku kutip sebanyaknya dalam bulan yang mulia ini.. Namun aku rasa belum cukup dan belum puas bermesra dengannya.

Ya Allah, semoga Engkau Maha Tahu bahawa aku lebih mencintaiMu. Ramadhan yang hadir ini hanya menjadi asbab untuk aku dekat denganMu. Terima kasih dan syukur kerana Engkaulah sebenar kekakihku. Engkaulah kekasihku yang tidak luput dan kekal selamanya yang tidak akan pernah meninggalkan aku. Ya Allah, aku berkasih dengan bulan yang Engkau kasih untuk mendapat Kasih dan CintaMu. Terimalah daripadaku... amiin ya rabbal 'aalamiin.

Monday, July 30, 2012

Ramadhan Kareem 1433H

Sudah masuk hari ke 10 berada dalam bulan Ramadhan tahun ini. Setelah melalui beberapa ujian kehidupan, kehadiran Ramadhan tahun ini disambut dengan rasa syukur. Ini kerana menjelangnya hari penuh ibadat bagi umat Islam ini , saya menerima surat pengesahan bahawa perpindahan saya dari Sarawak ke Johor dibatalkan. Isu yang menjerut perasaan ini berakhir dua hari sebelum bulan Ramadhan datang bertamu. Jadi saya dapat menumpukan kepada meningkatkan amal ibadah dalam bulan ini dengan tenang, alhamdulillah.

Dalam bulan Ramadhan tahun ini saya turut diundang untuk menjadi imam solat sunat Terawih di beberapa surau sekitar kediaman. Selebihnya saya banyak mengfokuskan masa bersama keluarga dan aktiviti Masjid An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby. Rasa syukur yang tidak terhingga sehingga hari ke 10 ini aktiviti Tadarrus Al-Quran masih mendapat sambutan pelajar. Sebelah malamnya solat Terawih diadakan bergabung dengan pelajar SM Vokasional Sibu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Ramadhan mengajar erti sabar, prihatin, syukur dan ikhlas. Itulah nilai yang ingin sekali saya terapkan dalam diri ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti agar menjadi insan yang lebih taat kepada Allah dan sentiasa gigih berbakti kepada sesiapa saja. Niat saya ingin dekat dengan ibu sendiri belum kesampaian apabila isu perpindahan ke kampung halaman sebelum ini dibatalkan. Kini saya menunggu lagi agar hari itu akan hadir jua suatu hari nanti. Saya akan selalu berdoa agar Allah sentiasa mendengar suara hati saya dan mempermudahkannya, Insya Allah. Andai inilah Ramadhan terakhir saya, mudah-mudahan semua amal ibadah saya diterima oleh Allah SWT.

Ya Allah, Kami bermohon kepadaMu akan Redha dan SyurgaMu, Kami jua memohon agar kami semua dilindungi daripada Murka dan NerakaMu. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Yang amat Mencintai Kemaafan, Maafkanlah segala kesalahan dan dosa kami. amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.


Sunday, June 24, 2012

"Ikut Orang Ramailah!!!" ; Berbaloikah???

Sekadar tazkirah pagi Ahad ni; (tiada kena mengena dengan sesuatu peristiwa khusus dan tertentu).

Sebahagian orang berfikiran dan berpendapat; "Kita kena ikut orang ramailah, baru senang hidup. Orang lain buat guana, kita buat gitulah. Ustaz duduk buat kerja tidak selari dengan orang ramai, tidak serupa orang ramai, payahlah sikit, ke guana???"

Pandanganku;

Betulkah pegangan hidup begitu? Adak...ah salah kalau kita mencari kebenaran mengikut orang ramai? Adakah semua yang orang ramai buat, sesuatu itu jadi betul. kalau semua orang ramai sokong ia jadi benar?

Munasabahlah sebahagian orang sekarang hidup jauh daripada Allah SWT. Mereka berpakat ikut orang ramai rupanya. Ramai orang tidak solat, ramai orang memenuhi kehendak nafsu; sibuk cari dunia sehingga lupa akhirat, tiada masa nak dengar kuliah agama di masjid , berjamaah di surau dan mereka sangat taasub dengan hiburan....semua kerana ikut orang ramai, ikut majoriti. Oh, yang berasa sedap duduk tu kerana pakat ikut majoriti.

Ada juga sebahagian orang berfikiran dan berpendapat;; "Kami ikut yg datuk-nenek kami buat dulu2".

Pandanganku;

Ho lagu tu. Kalau pakat ramai2 buat maka semua itu jadi benar dan molek belaka.

Ada tempat yang majoriti ni baik tapi dalam bab menentukan benar atau salah kita tidak boleh jadikan ramai jadi neraca ukuran. Kena tengok quran, hadis dan pandangan ulama yang muktabar. Jangan pakai otak atau ikut rasa.

Sebab itu -sebagai contoh- dalam "dua kalimah syahadah" itu "ada nafi dan ada ithbat". Dinafikan semua sembahan yang manusia sembah barulah didatangkan ithbat bahawa tuhan sebenar itu Allah SWT. Semua yang manusia fikir dan berpendapat tentang tuhan dan sembahan2 mereka dinafikan oleh Allah SWT. Barulah jadi benar pegangan manusia . Baru dikatakan beriman.

Perhatikanlah firman Allah ini;

"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)  - mafhum daripada surah Al-An'aam; ayat 70.



Monday, January 23, 2012

Usah Jadi Kambing Yang Terpencil Daripada Kumpulannya

Apa sudah jadi kepada sahabat2ku khususnya para ustaz/ah yang memencil diri daripada usrah dan dakwah, yg dulunya antara yang memberi "isi" dan mengajak insan lain untuk sama-sama mengisi kerja-kerja amal islami dalam harakah islamiah, kini memberi amaran kepada rakan2 lain jangan terlalu aktif, jangan menampakkan diri... sedangkan Allah SWT mengkehendaki kita merasa mulia dengan kerja mulia kerana kita melaksanakan kerja Allah SWT; "Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kamu kepada Aku , nescaya Aku akan sempurnakan bagi kamu nikmatKu dan memberi hidayah kepada  kamu"(al-Baqarah/150).

Bukan sahaja tidak melibatkan diri dengan jamaah islam, bahkan kelibat di surau kawasan kediaman pun sukar sekali untuk kelihatan atas nawaitu berjamaah solat fardhu dengan ahli qaryah yang lain. Bagi sahabat2ku sekelian, sahabat2 yang memencilkan diri; ingatlah serigala itu menerkam kambing yang terpencil daripada kumpulannya... jika kita secara bersendiri dan jauh daripada rakan-rakan lain, janganlah kalian mematahkan semangat insan lain yang ingin terus melebarkan sayap suci ini. Berilah nasihat merangsang orang kepada kebaikan bukannya meletakkan halangan dan mengajak mereka untuk mundur ke belakang. Di saat orang merangsang ke depan ada yang terperangkap dengan strategi musuh agar mundur dan menyembunyikan diri.

Janganlah kerana sedikit habuan dunia dan kenikmatan yang sekejap, yang juga amanah dan ujian Allah SWT kepada kita, menjadikan kita berpaling. Ingatlah semula saat kita menyelusuri jalan tarbiyyah, di situ kita mengenal erti ukhuwwah dan jamaah, di situ kita mengenal erti tabah dan lelah. Tidak teringin lagikah kita seiringan berada di jalan itu? Atau kerana habuan dan kenikmatan yang sedikit menyebabkan kita padamkan segala kenangan dan keindahan semalam?

Sahabatku, usahlah terlena, marilah semula kita bersama biarpun dipisah oleh tempat dan masa, kita letakkan hadaf dan matlamat yang sama mengingati ikrar kita untuk menjadikan Islam ini mulia di singgahsananya. Ya sahabatku, usah jadi kambing yang terpencil daripada kumpulannya....




Sunday, November 13, 2011

Jangan Jadi Sekadar Orang Tua Sahaja Tetapi Tertipu Dengan Kejahilan Dan Kesilapan

Aku cukup kecewa dengan "orang lama a.k.a orang tua" yang tidak belajar apa-apa. Sudah lama hidup tapi tidak boleh tumpang apa-apa. Hidup lama tapi ulang kesilapan yang sama tidak mahu belajar apa-apa.

Sebagai manusia biasa, boleh saja dan bila-bila saja akan berbuat kesilapan. Tapi sebolehnya kesilapan itu janganlah disengajakan. Dan kalau boleh kesilapan itu bukannya ulangan. Orang Islam tidak harus dipatut ular dari lubang yang sama dua kali. Itu bodoh namanya kerana kita tidak mahu belajar apa-apa. Mengulangi kesilapan seolah-olah mengundang kecelakaan yang tidak berkesudahan. Memang kita boleh saja berbuat silap. Silap perahu boleh diundur, silap kata buruk padanya.

Tua Umur Sahaja

Aku kekadang kasihan kepada sesetengah orang, walaupun umurnya sudah panjang, sudah beruban, sudah beranak cucu, sudah lama makan garam, sudah lama hidup, ada yang sudah buat haji berulang kali... dan sudah banyak pengalaman hidupnya tapi boleh saja bersikap keanak-anakan, masih bersikap budak-budakan dan tidak sedar kesilapan diri pun. Memang kasihan.

Hidup Lama Hukum Allah Tidak Setuju

Kalau dulu sebelum insaf, masa jahil mulut selalu kata hukum Allah SWT tidak sesuai, maka sampai tua pun mulut yang sama masih ada hati kering yang sama... tetap kata hukum Allah SWT tidak sesuai. Sudah melaksanakan solat mulut tetap kata hukum Allah SWT tidak sesuai, setelas tamat sebulan puasa Ramadhan pun kata hukum Allah SWT tidak sesuai, sudah bayar zakat pun mulut kata hukum Allah SWT tidak sesuai, sudah khatam quran pun masih juga kata yang sama...sesudah balik haji pun masih dengan prinsip dan pegangan yang sama... hukum Allah SWT tidak sesuai.

Banyak Berjuang Tapi Tidak Mahu Perjuangan Islam

Memang pelik sungguh manusia seperti ini. Bila kita menerangkan tentang perjuangan Islam walaupun solat tidak tinggal, puasa lengkap , haji umrah sudah pergi; mata dibulatkan , tubuh merasa geli dan jiwa rasa menjengkelkan. Itulah saya rasa pelik sangat. Tidak ada minat langsung nak tahu lebih apatah lagi nak berjuang bersama-sama. Perjuangan kebendaan, kekhurafatan dan asabiyyah masih kuat di hati. Takut kepada perjuangan Islam lebih takut daripada fahaman komunis. Sampai mati berpegang dengan perjuangan sekular dan asabiyyah. Tidak berganjak dengan asobiyyah. Bukan tidak ada ruang berfikir tetapi dibutakan mata hati sebab sayang kepada kebendaan dan keduniaan. Atas kepentingan diri yang sedikit, perjuangan Islam diketepikan. Itulah kebodohan namanya. Mengejar yang sedikit melupakan yang membawa kesejahteraan buat selamanya.

Mereka tidak ubah macam kanak-kanak dengan ibunya kerana mahukan mainan sedangkan siibu sibuk memujuk supaya dia belikan makanan yang lebih bermanfaat dan mengenyangkan. Maka mengamuklah kanak-kanak itu mahukan mainan sedangkan dia sepatutnya mahukan yang lebih penting daripada itu. Maka belilah siibu itu mainan dan apabila sampai dirumah anak itu tadi merasa lapar dan dia sebenarnya perlukan makanan.

Kebodohan kanak-kanak itu kerana dia kanak-kanak tetapi kebodohan orang yang penuh akal dan hidup lama sungguh mengecewakan.

Ahli Ibadat Tapi Taik Maksiat

Sesetengah tu memang ahli masjid, surau tapi amalan khurafat dan sihir tidak dapat ditinggalkan. Tikam nombor ekor dibilang sebagai hobi, mengintai bini orang dikata hiburan.. memang pelik sungguh manusia.

Ada yang bersengketa. Berturun temurun bersengketa. Yang berkait dan yang tidak berkait, yang tahu sebab musabab dan tidak tahu sebab musabab kerana sejarah bersengketa sudah ada, dari datuk-nenek sampai cucu-cicik, berketurunan dan bergenerasi; api sengketa tidak padam-padam.

Kena Kencing Dek Orang Sampai Ke Tua

Ramai juga yang kena tipu, kena tipu oleh orang yang sama berkali-kali. Walaupun sudah kena tipu sudah serik katanya, bila dipujuk rayu, diumpankan sedikit dengan mata benda lupa diri yang dia pernah ditipu dan sanggup ditipu lagi asalkan dapat benda. Kena kencing lagi... begitulah rupanya... berkali-kali tidak belajar apa-apa.

Ada juga yang pegang JK Masjid, sekadar pegang. Masjid sekadar jadi tempat sembahyang orang tua-tua. Kalau datang bebudak bising sikit dia lagi bising. Akhirnya bebudak lari tidak suka masjid atau surau. Orang mahu buat program agama dihalang-halang. Takut masuk agama dan ajaran Islam dan roboh tembok jahiliyyah. Takut bawa politik masuk dalam masjid. Politik tidak boleh masuk masjid katanya. Pelik sungguh kepercayaan orang tua-tua.

Banyak lagi sebenarnya, kesilapan yang dibuat disengajakan dan tidak ada niat untuk belajar apa-apa. Itulah kebodohan namanya.

Robohkanlah Jahiliyyah

Semua angkara di atas adalah jahiliyyah baik zaman mana sekali pun. Api jahiliyyah itu telah dipadamkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat ajmain. Mengapa kita masih hidupkannya. Dimanakah letaknya mata hati kita sehingga kita terpedaya dengan virus jahiliyyah ini.

Marilah kita kembali kepada Islam. Kembali kepada kehidupan sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kembali kepada landasan hidup sebenar.

Sekular Di Jiwa

Sudah lama pemikiran sekular yang mencabut ruh Islam daripada jiwa penganutnya. Bila ruh Islam mati, tinggallah jasad yang tidak bernyawa. Sebab itu hari ini ruh Islam itu tidak dapat dirasai. Walaupun jasad kelihatannya bersolat, berpuasa, berzakat dan berhaji tetapi ruh ibadat itu telah mati maka kita dapat lihatlah ansir-anasir buruk di atas.

Zahirnya nampak Islam tetapi jiwanya penuh kefasikan dan kekufuran. Jiwanya kotor dan menjijikan. Sebab itulah biarpun sudah dewasa dan tua umurnya kesilapan demi kesilapan tidak dirasai jiwanya apa-apa. Terus seronok dengan jahiliyyah. Terus alpa dengan kehurafatan dan kesyirikan.

Tidak Salah Orang Tua Belajar Walaupun Dengan Kanak-kanak

Cukuplah tu. Berhentilah dari menjadi orang yang hanya mendabik dada, aku makan garam lebih dahulu daripada kamu. Ia tidak berfaedah apa-apa kalau tidak pernah mahu belajar apa-apa. Kekadang kanak-kanak kecil lebih matang daripada orang tua yang lupa diri.... Ada kanak-kanak kecil fasih membaca doa makan, doa tidur, tahu bertakbir, melaungkan takbir Allahu Akbar!!! Malulah kepada mereka. Jangan hanya jadi orang tua sahaja.

Monday, August 01, 2011

Ramadhan Karem 1432H ~ Mendidik Nafsu Taatkan Allah SWT

Oleh isma daud

"Walaupun berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama larangan Allah SWT diteruskan juga, contohnya; ramai yang berpuasa tetapi tidak mendirikan solat fardu, masih tidak menutup aurat, tidak berhenti daripada kerja-kerja jahat dan membuat fitnah, masih kedekut dan bakhil membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sebaliknya suka membazirkan wang pada jalan sia-sia dan tidak berfaedah..... maksudnya puasa itu tiada mengesan pada hati dan dirinya sedikitpun. Malah puasanya tidak mampu mendidik dirinya untuk taatkan Allah SWT sebaliknya nafsunya itu terus bermaharajalela menguasai dan mencengkam dirinya. Biarpun Syaitan sudah terbelenggu dalam bulan Ramadhan, namun asuhan syaitan dan cengkaman syaitan pada hati dan nafsunya amat berjaya sekali."


Bulan Ramadhan yang mulia datang lagi. Ia datang dengan membawa hidangan rahmat dan keampunan Allah SWT. Kandungan Ramadhan yang utama ialah puasa selama satu bulan. Matlamatnya melahirkan insan bertaqwa kepada Allah SWT.

Tarbiyah utama dalam bulan Ramadhan adalah untuk mendidik nafsu kita agar taat akan Allah SWT. Penanda aras kejayaan kita samada berjaya atau tidak dalam melepasi ujian Allah SWT tiada lain kecuali kita mampu mendidik nafsu kita menjadi jinak kepada segala yang disuruh oleh Allah SWT. Dalam masa yang sama kita mampu meninggalkan segala larangan Allah SWT. Jika gagal mencapai penanda aras ini bermaksud kita gagal mencapai matlamat bertaqwa kepada Allah SWT dan meneruskan kegagalan buat sekian kalinya dalam bulan Ramadhan ini kerana terus tunduk kepada kehendak dan kemahuan nafsu kita yang tiada batas itu walaupun dijelaskan kepada kita bahawa Allah SWT telah membelenggukan Syaitan yang menjadi nakhodanya.

Sesiapa yang masuk bulan Ramadhan dan gagal memperolehi rahmat dan keampunan Allah SWT, bermaksud dia orang yang tertipu dan terpedaya. Kenapa??? Sebabnya orang yang beriman akan berusaha memperolehi seberapa banyak kurniaan Allah SWT dalam bulan yang mulia ini sedangkan orang yang hanya berharap mendapatkan rahmatnya tetapi tidak pula beramal di dalamnya dan berangan-angan dengan rahmat dan ampunan tuhan, itulah tipuan namanya.

Hal ini terjadi kerana nafsu tidak dijaga dan dikawal dengan rapi. Walaupun berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama larangan Allah SWT diteruskan juga. Contohnya; ramai yang berpuasa tetapi tidak mendirikan solat fardu, masih tidak menutup aurat, tidak berhenti daripada kerja-kerja jahat dan membuat fitnah, masih kedekut dan bakhil membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sebaliknya suka membazirkan wang pada jalan sia-sia dan tidak berfaedah..... maksudnya puasa itu tiada mengesan pada hati dan dirinya sedikitpun. Malah puasanya tidak mampu mendidik dirinya untuk taatkan Allah SWT sebaliknya nafsunya itu terus bermaharajalela menguasai dan mencengkam dirinya. Biarpun Syaitan sudah terbelenggu dalam bulan Ramadhan, namun asuhan syaitan dan cengkaman syaitan pada hati dan nafsunya amat berjaya sekali. Masakan tidak 11 bulan menurut kata nafsu dan komandernya, syaitan manakan mampu mencabut tujahan dan terjahan syaitan serta merta.

Namun kita jangan berputus asa. Semoga sebulan berpuasa ini akan memberi kejayaan baru kepada kita apabila kita mampu memacukan nafsu kita mengikut acuan Allah SWT. Insya Allah ia akan cenderung untuk melakukan kebaikan mengatasi kejahatan.

Sesungguhnya nafsu itu adalah amanah Allah SWT kepada pemiliknya agar ia diasuh dan didik supaya taatkan Allah SWT sepanjang masa. Barulah apabila ia dipicitkan dengan rasa lapar dan dahaga ia menjadi lembut dan mudah dilentur. Oleh sebab itu marilah kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita bermujahadah diri agar ia terbina sebagai hamba yang kenal penciptanya dan selalu taat akan Dia.

Semoga kita semua umat Islam berjaga memperolehi rahmat dan berkat daripada Ramadhan tahun ini dan ibadat puasa yang terkandung di dalamnya. Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERTANDANG KE LAMAN BLOG INI. AHLAN WA SAHLAN, YA RAMADHAN!!!

Sunday, July 24, 2011

Kagum !!! Sultan Kelantan V Tunjuk Contoh Terbaik

Gambar ni terjumpa dalam blog Karat E-jau . Kagum saya kepada Sutltan Kelantan V yang telah menunjuk satu contoh dan akhlak terpuji kepada rakyat jelata dalam usahanya memupuk semangat menjaga kebersihan dan mementingkan keceriaan alam sekitar.



Baginda turut menitahkan; "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman".

Semoga contoh yang baik menjadi budaya semua rakyat jelata.

Monday, December 27, 2010

Kehadiran 1432H : Aku Ingin Memiliki Hati Yang Ada "Siraj"

Hadirnya tahun 1432H sangat bermakna bagiku. Entah mengapa aku merasakan kehadiran tahun ini penuh berpengertian sekali. Setiap hari  dapat kurasakan betapa aku cukup bersemangat menghadapi siangnya dan mengharap lagi akan datang lagi hari-hari yang penuh ceria dan beerti.. Bagaikan lorong gelap yang kutempuh buat beberapa tahun mutakhir ini seakan-akan cerah disimbahi cahaya. Banyak kedukaan di dalam hati bagaikan terubat. Segalanya berlaku kerana aku ingin sekali memiliki hati yang ada "Siraj". Hati yang bersinar terang bercahaya, bukan sahaja ada cahaya bahkan mampu menerangi sekitarnya.

Firman Allah SWT;


[ÙŰŁÙ…Ű§ Ű§Ù„Ű°ÙŠÙ† ŰĄŰ§Ù…Ù†ÙˆŰ§ فŰČۧۯŰȘهم Ű„ÙŠÙ…Ù†Ű§ وهم ÙŠŰłŰȘŰšŰŽŰ±ÙˆÙ† ÙˆŰŁÙ…Ű§ Ű§Ù„Ű°ÙŠÙ† فى Ù‚Ù„ÙˆŰšÙ‡Ù… Ù…Ű±Ű¶ فŰČۧۯŰȘهم ۱ۏ۳ۧ Ű„Ù„Ù‰ Ű±ŰŹŰłÙ‡Ù…]


(Adapun orang-orang yang beriman, telah meningkatkan iman mereka, dan mereka bersukacita. Akan tetapi , mereka yang hatinya ada penyakit, akan menambahkan lagi kotoran dan lagi kotoran dalam jiwa mereka.) (9:124-125)


Sesungguhnya semua hari yang datang itu sama, cuma hati kita yang mencoraknya menjadi ceria atau sebaliknya. Namun hati itu banyak rupa dan coraknya, sentiasa berbolak-balik dalam jiwa manusia.


Kekadang ia bersalut kufur bagai ada tutupan melingkarinya, biarpun ia bercahaya namun cahaya itu tidak mampu merembas keluar dan memberi terang kepada sekelilingnya. Di dalam al-Quran disebut sebagai "Ghalfun" atau "Ghilaafun" beerti tutupan. Ini kerana cahaya yang ada bukan cahaya iman sebaliknya cahaya kekufuran. Kekufuran menyebabkan jiwanya yang bersih tidak mampu menyelamatkan diri dan kehidupannya. Segala kebaikan dan amalan baiknya tidak mampu menampung kekufuran walaupun dia berbelanja dengan segala isi dunia untuk menebus kekufurannya itu. Sebab itu kekufuran merupakan kezaliman yang besar kerana ia benar-benar satu pengkhianatan kepada diri sendiri. Biarpun tuannya berusaha mencari kebaikan, kebaikannya akan terhapus dek kekufurannya. Jelasnya hati yang kufur tidak diterima Allah dan seluruh amalan kebaikannya akan tertolak. Maka aku berdoa agar diriku, keluargaku dan saudaraku kaum muslimin dan muslimat bebas dari hati kufur dan syirik ini kerana ia menjadi punca kezaliman dalam hidup kita.

Ada juga hati yang sakit dan mati, yang merosakkan tuannya. Hati yang disebutkan sebagai "AlMankuus" yakni hati yang terbalik . Ia menjadikan tuannya seorang yang hipokrik dan memperdaya. Hati yang penuh Nifaq dan Pura-pura. Memilikinya menjadi seseorang itu lupa kepada hakikat dan hanyut serta alpa dengan dunia yang sementara ini. Bersarang sikap ego kerana ia tahu kebenaran tapi ia menolaknya. Hati ini sangat bahaya kerana banyak sangka buruknya dan prasangka. Lebih dahsyat hati jenis ini tidak mengenal tuhannya, sahabat dan orang sekelilingnya kerana yang dia kenal adalah kepentingan dirinya sendiri. Maka aku memohon kepada Allah SWT menjauhkan aku dan orang beriman daripada terkena penyakit hati ini.

Dan tidak kurang juga jenis hati itu bak air yang berkeladak yang bercampur-baur diantara jernih dan keruh. Jika tersaring jernihlah dia dan jika terbiar lama, berkeladaklah dia. ini hati orang biasa-biasa. Di dalam hadis hati ini dipanggil "Al-Mushfah". Dibaca dengan Shad. Jika imannya meningkat dia berbuat kebaikan maka jernihlah hatinya dan jika imannya berkurangan, ia akan berbuat maksiat maka bersalut noda dan kotorlah jiwanya. Jika dia ingat, dia bertaubat kembali jernihlah ia. Moga kita semua selamat dari bala bencana yang di datangkan Allah SWT akibat dosa-dosa dari kaki dan tangan kita, kesan daripada angkara kebejatan dan maksiat yang kita lakukan yang akhirnya menjadikan hati kita kotor dan mengundang kemurkaan daripada Allah SWT. Hidup kita penuh dengan kegelisahan dan penderitaan. Biarpun kita berbuat amal kebajikan, ia tidak mampu menghilangkan segala kesakitan dan penderitaan hati sehingga ia benar-benar dirawat dengan kebersihan dan keikhlasan iman kepada Allah SWT.


Itulah rupa hati. Begitulah bayangan hatiku sejak sekian lama. Hati seorang yang lemah dan mudah terpaut kepada dosa. Namun kehadiran tahun 1432H ini aku berazam ingin memiliki hati bersinar lagi suci yang memiliki "siraj", hati yang bukan saja bercahaya bahkan mampu memberi cahaya dan menerangi kehidupan dan persekitaran.

Thursday, December 16, 2010

Berhati-hati Dengan Golongan Yang Bijak Pandai Tapi Jahat

Mohd Isa menulis;

"jahat dan pandai (bijak) ni kekadang datang sekali gus, jahat ini selalu dilihat pandai. Kita kena tahu bahawa orang jahat selalu dilihat pandai apabila dia pandai untuk mengolah perkara salah sehingga orang anggap benda itu betul. berhati2lah dengan golongan ini."




Pada hari Isnin yang lalu saya ada meletakkan penyataan ini di status fb saya kerana kesempitan masa untuk menulis perihal ini. Dan Alhamdulillah saya nampak status saya itu dicopy &paste oleh beberapa orang rakan fb dan mendapat komen yang baik difb mereka itu, maknanya orang bersetuju dengan pandangan ini. Saya memang ingin sekali membuat komentar perihal ini tapi tugasan rasmi masih berjalan dari pagi sampai petang dan sebelah malam pula ada kuliah fiqh di masjid dan surau. Sebelah malam memang tidur awal kepenatan.

Dengan sedikit ruang yang ada ini saya ingin memanjangkan sedikit memperihalkan persoalan ini.


Kita Sering Tertipu

Saya menulis sedemikian kerana kerapkali berdepan dengan manusia sebegini. Suka bersedekah, selalu mendepani isu-isu masyarakat dan seringkali muncul di khalayak ramai sebagai pembawa watak yang cukup memikat sebagai pemimpin berwibawa atau "hero" dan cepat ambil tahu perihal orang bawahannya dan orang ramai umumnya. Yang lebih hebat lagi selalu muncul sebagai orang kuat beragama malangnya agama itu diperkudakan untuk dirinya bukan untuk menegakkan agama Allah SWT itu sendiri.

Pada hal kita tahu disebalik segala kebaikan itu tersimpan banyak kezaliman dan penindasan yang dilakukannya demi menjaga status dan kedudukannya. Mana-mana orang yang dirasakan mengancamnya akan ditindasnya termasuk rakan-rakannya dan mereka yang hampir kepadanya sekalipun. Bahkan kerakusannya itu melewati orang-orang jujur dan ikhlas, yang tidak berkepentingan apa-apa. Mereka juga dimangsakan. Sebagai contohnya dalam usahanya membangunkan kampung, masjid surau tetapi dalam masa yang sama dia mengkhianati para imam , para ustaz yang ingin menyampaikan ilmu dan peringatan kepada masyarakat dihalangnya. Dengan kedudukannya dia menghalang orang lain agar tidak terus memberi ilmu kepada masyarakatnya.

Kenapa dia sangat terkesan dengan mereka ini? Mereka yang jujur ini? Kerana dia bimbang berkembangnya ilmu dan kesedaran dalam masyarakat, maka berkembanglah kesedaran ahli masyarakat dan dibimbangnya segala serakah dan kejahatannya disedari oleh orang ramai dan kebathilannya terbongkar. Maka dengan jiwa yang busuk, dia sedari awal lagi semampu boleh cuba mengekang segala bentuk kesedaran agar dia terus berkuasa dan mampu menipu maanusia lagi... Semuanya dilakukan untuk meneruskan cita-cita besarnya dan terus berada dipersada singgah sana. Apatah lagi dengan berada di tampuk yang mampu menguasai kedudukan dan kekayaan hasil mahsul di bumi ini maka bermaharajalelalah dia dengan kekuasaannya itu.

Kebaikan yang ditabur hanya semata-mata untuk terus mendapat sokongan dan seterusnya mengekalkan kedudukan diri dalam hati manusia yang lemah.

Untuk mengenal orang yang ikhlas memang susah kerana keikhlasan itu milik hati yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Cuma kita selaku manusia dapat meneka hati orang melalu pengalaman percakapan dan pergaulan sahaja. Kita hanya menghukum apa yang zahir (nyata), sementara Allah SWT mengurus dan mengetahui apa yang tersembunyi dan bersifat batin.

Namun dunia ini adalah tempat yang penuh "GHARUR", penuh dengan lakonan dan tipudaya. Sesiapa yang dapat memanfaatkan kebijaksanaannya dengan sifat buruk ini akan menjadikannya orang yang sentiasa dipandang elok dan nampak baik di mata orang lain. Dengan cara ini keburukkan seseorang itu menjadi kecil dan kadang-kadang orang langsung tidak percaya akan adanya kejahatan yang dilakukan itu. Kebijaksanaanya menipu dan memperdaya tadi menjadikannya menjadi insan baik sepanjang masa dan sukar orang mempercayai akan keburukkannya.

Apatah lagi kita selalu disuruh supaya menutup keaiban orang lain dan tidak mendedahkannya. Jadi sesetengah orang yang bijak mereka memanfaatkan perihal ini sebaik mungkin. Sebab itulah ramai orang buat amal kebajikan untuk menutup kejahatan yang dilakukan. Orang tahu kejahatannya tapi orang kabur dengan kebaikan yang telah dilakukan... akhirnya orang tutup mata, telinga dan mulut. selamatlah dia di dunia...

Beginilah caranya syaitan dan kejahatan nafsu dalam diri menipu dan memperdayakan kita semua. Sebab itu saya berpesan agar kita semua sentiasa peka dengan golongan berkepentingan seperti ini. Mereka ini sangat licik dan biasanya menggunakan kekayaan, kekuasaan untuk menutup segala kebobrokkannya. Mereka cuba untuk membeli jiwa orang lain dengan wang-ringgitnya.

Oleh sebab itu kita umat Islam mesti ada keberanian menentang kemunafiqkan golongan ini kerana mereka sebenarnya musuh Allah SWT dan selalu mempergunakan orang lain untuk kepentingannya semata-mana. Mereka adalah musuh kita juga yang mesti kita menentangnya. Mereka adalah golongan menaja kemungkaran dan ahli maksiat kepada Allah SWT. Kita nampak kemungkarannya tapi ramai orang berpura-pura tidak nampak kerana terpedaya dengan kekayaan dan kekuasaannya.

Kenapa kita tidak berani memperbetul dan lebih tinggi tahap daripada itu dengan menentangnya? Ini semua kerana kita berada dalam keadaan lemah aqidah dan kejahilan, lemah ekonomi dan tidak ada kedudukan dari segi politiknya.

Tiga faktor ini orang yang bijak dan jahat selalu mempergunakannya untuk berkuasa dan menindas yang lain. Jadi oleh itu kita mesti keluar daripada kejahilan dengan belajar, gigih menuntut ilmu, jika kita tidak berkemampuan ke tempat berbayar dan institusi yang tinggi, kita keluar ke masjid dan surau atau mana-mana tempat dan medan yang diizinkan kita untuk mendapatkan ilmu dan penjelasan; kita keluar. Kita berjihad sedikit untuk memperolehi ilmu kerana itu saja yang mampu kita ubah golongan ini agar mereka yang bijak dengan kejahatan tadi sedar diri dan memperbetulkan keadaan. Kita gunakan kuasa diri kita untuk menunjukkan sikap penentangan kita terhadap golongan berkepentingan seperti ini. Jika tidak kita selamanya diperkotak-katikkan oleh mereka buat selamanya.

Fikir-fikirkan dan sudak sampai masanya kita menetukan sikap terhadap mereka ini. Perhatikanlah kepada apa yang digambarkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman yang maksudnya;

" Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)? "- ayat 4 ; Surah al-Munaafiquun.

Allah SWT sifatkan mereka sebagai kayu sandar sahaja kerana sifat mereka yang buruk meskipun tubuh mereka bagus-bagus dan mereka pandai berbicara, akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tak dapat memahami kebenaran.

Wallahu A'lamu Bis Sowaab.
 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |