Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Showing posts with label Kemasyarakatan. Show all posts
Showing posts with label Kemasyarakatan. Show all posts

Sunday, June 01, 2014

Harta Pesaka (Bah 2) : Pembahagian Harta (Al-Furudh)

1hb Jun 2014 pukul 1.35 pagi
Oleh : Ustaz Mohd Isa Bin Mat Daud (Isa Daud Al-Maranji)

Pembahagian (Al-Furudh)

  1. Separuh (1/2)
  2. Seperempat (1/4)
  3. Seperlapan (1/8)
  4. Dua Pertiga (2/3)
  5. Sepertiga (1/3)
  6. Seperenam (1/6)

Ahli Waris ½ Harta

  • Suami (isteri meninggal tiada anak /cucu lelaki)
  • Anak Perempuan ( tidak bersama Mu’assib (anak lelaki)  dan hanya bersendirian)
  • Cucu Perempuan Dari Anak Lelaki ( tidak bersama Mu’assib(cucu lelaki)  dan hanya bersendirian dantidak berdampingan dengan anak perempuan kandung si mati)
  • Saudara Perempuan Kandung ( tidak bersama Mu’assib (saudaralelaki)  , hanya bersendirian dan tiadaasal dan furu’ si mati)
  • Saudara Perempuan Sebapa ( tidak bersama Mu’assib (saudaralelaki)  , hanya bersendirian ,  tiada asal (datuk, bapa) dan furu’ (anak,cucu)si mati dan tidak berdampingan dengan saudara perempuan kandung si mati)


Ahli Waris ¼ Harta

  • Suami ( jika isteri ada anak atau cucu kebawah baik dari diaatau suami lain)
  • Isteri  ( jika suamitiada anak, cucu ke bawah) 

     Catatan: agihan sama saja baik isteri seorang atau ramai….


Ahli Waris 1/8 Harta

Isteri (seorang atau ramai)

Catatan;Jika simati ada meninggalkan anak, cucu dari anaknya, baik anaknya itu dari dia ataudari isteri lain.

Ahli waris 2/3 Harta

Empat Waris, semua perempuan; syaratnya tiada mu’assyib…
~Dua anak Perempuan atau lebih
~Dua Cucu Perempuan atau lebih
~Dua saudara perempuan kandung atau lebih (tiada asal &furu’ & xberdampingan dengan cucu prm)
~Dua saudara perempuan sebapa atau lebih (tiada asal & furuk dan tidak berdampingan dengansaudara kandung).


Ahli waris 1/3 Harta
Ibu (tidak ada anak , cucu lelaki dan dua/lebih saudaralelaki atau perempuan kandung atau sebapa) jika ada; ibu dapat 1/6 .
Saudara Lelaki atau Perempuan Seibu (tidak ada bapa atauanak dan bilangan mereka harus dua atau lebih (ayat kalaalah surah an-nisaa’;12). Jika seorang , dapat 1/6 .
              
Isu Masalah Ibu dan Bapa
Bapa dan ibu dapat 1/6 bila si mati meninggalkan bilangan ahli waris
Jika si mati tiada anak, tinggal ibu dan bapa sahaja; ibudapat 1/3 manakala bapa dapat 2/3 (asobah)
Jika bapa dan ibu berdamping dua saudara lelaki atau lebih,maka ibu dapat 1/6 dan bakinya 5/6 untuk bapa manakala saudara l/p terhalangkepada bapa. Mereka mengurangkan bahagian ibu daripada 1/3 kepada 1/6.


Masalah ibu dpt banyak daripada bapa??? Umariyyatain
Isteri mati meninggalkan suami, ibu dan bapa.
Suami                   ½            x             3             =              3
Ibu                        1/3        X             2             =              2
Bapa                                  “a”           Baki           =             1      
pokok masalah :                                                                 6
Bahagianibu lebih besar daripada bapa “a”. Bercanggah nas al-quran.
Penyelesaian: bahagi yang suami ½ daripada harta, bhg suami= 3, ibu dapat 1/3 daripada baki harta dan bapa dapat 2/3.
“a” ialah asobah.


Masalah ibu dpt banyak daripada bapa??? Umariyyatain
Suami mati meninggalkan isteri, ibu dan bapa.
Isteri      ¼
Ibu        1/3
Bapa      “a”
Pokok masalah  = 4
Isteri dapat ¼ daripada harta waris (4:4)= 1 , ibu dapat 1/3daripada baki harta ¾  (4-3) = 1
Dan bapa dapat 2/3 daripada lebihan harta (4-2) = 2.
              
Ahli waris 1/6 Harta
~ Si mati meninggalkan;
Bapa    ( ada anak lelaki atau perempuan)
Datuk  (ada anak atau cucu lelaki)
Ibu      ( ada anak atau cucu dan dua saudara/lbh)
Nenek  (tiada ibu; baiksebelah ibu/bapa)
Cucu Perempuan (ada 1 anak perempuan, tiada anak lelaki)
Saudara Perempuan Sebapa (ada 1 saudara prm kandung, inimenempati cucu perempuan berdampingan anak prm)
Saudara Lelaki Dan Perempuan Seibu

Terhalang (Mahrum)

1~Hijab Bil Wasfi
Hamba Sahaya / Hamba Mamluk ( Riqqah)
Pembunuhan ( Qatlu)
Perbezaan Agama ( Farqu)

Contoh masalah;
Suami meninggal meninggalkan isteri, seorang saudara lelakikandung dan satu anak lelaki pembunuh. Isteri dapat ¼, saudara kandung dapat ¾.Anak lelakinya mahrum.

2~Mahjub ~ Hijab Bis Sakhsi (Terhalang Kerana Adanya WarisYang Akrab)

Contohnya;
Datuk    X   Bapa
Saudara Sebapa  X   Saudara Kandung
Cucu   X   Anak

Contoh Masalah;
Suami meninggal meninggalkan isteri, seorang saudara lelakikandung dan satu anak kandung. Isteri dapat 1/8 , Anak Lelaki dapat 7/8(asobah) , Saudara Lelaki Kandungnya Mahjub.

Mahjub Mempengaruhi Nisbah / Pecahan Yang Diterima AhliWaris
Contohnya; Seorang yang mati meninggalkan bapa , ibu dansaudara-saudara kandung.
                 Maka bapadapat  5/6(asobah),
                 Ibudapat 1/6
                 Saudara-saudaraKandung ; mahjub.

Bandingkan; jika tiada saudara kandung, bapa dapat 2/3 (asobah) , Ibu dapat 1/3.

Tidak Terhijab Hirman
“Dua orang anak, Orang Tua, Suami Isteri”

Huraian;
Anak Lelaki Kandung
Anak Perempuan Kandung
Bapa
Ibu
Suami
Isteri


Asobah
Setiap ahli waris yang mengambil seluruh bahagian hartapusaka ketika dia tunggal, tanpa ahli waris lain, di mana dia mengambil daribaki dari pusaka waris setelah ashhab ul Furudh mengambil bahagianmasing-masing.
               “Berikanlah Harta Pusaka Itu Kepada Orang Yang Berhak, Sesudah Itu Bakinya Untuk Orang Lelaki Yang Lebih Utama” ~ Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.


Al-Muqasomah
Permasalahan Datuk menerima Ashobah apabila berdampingan Dengan Saudara Lelaki DanPerempuan  Kandung Atau sebapa Tanpa AhliWaris lain
               a.  Al-Muqasamah ~ lapis kedudukan datuk samadengan saudara kandung, lelaki dpt 2 bahagian daripada perempuan.
               b. 1/3 daripada seluruh harta
* Lihat mana lebih afdhal bagi datuk…. Haknya lebih untung,tidak rugi.

Al-Muqasomah (ii)
Datuk Bersama Saudara Lelaki dan perempuan dan ada ahliwaris lain yang mendapat al-fardu; maka datuk bolih memilih di antara tiga;
Al-Muqasomah
1/3 harta
1/6 daripada semua harta.
Contohnya; isteri meninggal, ada suami. Datuk dan saudaralelaki kandung. Suami dapat ½ fard. Bakinya datuk dapat ¼, saudara kandung ¼ .


“Aul” Dan “Radd”
Lebih pokok masalah setelah pembahagian pokok masalah asal.
Contoh (6) jadi (7),(8), (9), (10). Shj.
Contoh (12)  jadi(13), (15), (17). (ganjil/ shj)
Contoh (24) jadi (27)(shj)

Contoh masalah; isteri mati, meninggalkan suami dan 2 orangsaudara perempuan kandung. Suami dapat  ½fard, 2 prm kandung dapat 2/3 . Pokok masalah 6. suami dapat 3. 2 prm kandungdpt 4. jadi (3+4 = 7)

Takrif Radd (’audu/ rujuu’)
Kembali
Lawan kpd “aul”.
Kurangnya bahagian warisan dan lebihnya kadar-kadar  bahagian yang harus diperolehi.
Syaratnya;
                              ~ADANYA pemilik fardh
                              ~TIDAK ADA penerima ashobah
                              ~ADA baki daripada tarikah
Contoh simati meninggalkan 3 orang anak perempuansahaja.  Mereka dpt 2/3.  Dan baki itu dibahagikan lagi kepada mereka.

Rumusan
Perbincangan hari ini adalah asas dan pengenalan kepada ilmufaraid/tarikah/ mirath.
Ilmu ini sungguh luas daripada apa yang semua jangkakan.
Pelajarilah ilmu ini kerana ia antara ilmu yang awal akan hilangdi dada manusia.

Saturday, May 31, 2014

Harta Pesaka; Berbicara Dengan Harimau Menunggu Mangsa

Harta menjadi fitnah kepada yang hidup dan yang mati. Harta dan anak-anak merupakan ujian kepada setiap insan. Demi anak-anak manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyediakan kelengkapan mereka berupa harta benda yang melimpah ruah. Rumah, kenderaan, kebun, ladang, sawah, emas, perak, kilang, saham dan pelbagai lagi asset kemewahan dan kesenangan kebendaan.

Harta yang menjadi hak milik si mati akan berpindah hak milik kepada mereka yang masih hidup sama ada anak-anak, suami atau isteri, bapa dan ibu, adik beradik kandung, sebapa dan seibu, bapa dan ibu saudara dan ahli-ahli keluarga terdekat yang lain dengan simati. Mereka terdiri daripada usul keluarga atau daripada furu’ (cabang) keluarga. Namun kejahilan dan tidak mengambil berat persoalan agihan harta mengikut hukum syarak menjadikan para waris berebut harta pesaka.

Membicarakan persoalan harta bagai mengejutkan seekor harimau dengan kehadiran mangsanya. Harimau mula menikus , mengeraskan diri dan mula matanya tajam dan tanpa belas kasihan menerkam mangsanya. Begitulah perumpamaan harta dan para waris yang memakai hukum rimba.

Islam telah menyusun dengan baik persoalan harta pesaka tanpa membiarkan manusia mencari-cari natijah sendiri dalam menentukan hak dan bahagian masing-masing apabila ada harta peningggalan si mati daripada ahli keluarga. Manusia tidak mampu untuk menentukan keadilan bagi diri sendiri. Sebab itu, Allah SWT menurunkan ayat-ayat muhkamat yang terang jelas bagi mengatur urusan harta pusaka ini.

Harta benda ini biasanya menjadi rebutan anak-anak dan para waris apabila seseorang telah meninggal dunia. Harta yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia dinamakan harta tarekah, warisan dan pesaka. Ilmu yang menbicara isu pembahagian harta pesaka ini dinamakan ilmu faraid atau ilmu mawaris.

Ilmu Faraidh atau Ilmu Al-Mawaris (Waris) adalah ilmu yang pertama kali dicabut Allah SWT dari diri manusia. Akibatnya akan timbul banyak perselisihan dalam kalangan umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman sehingga ada orang yang meragui keadilan Allah SWT… “Mengapa Tuhan memberikan hak lelaki dua kali ganda daripada hak wanita ?”

Sabda Rasulullah SAW; ““Pelajarilah ilmu faraidh dan ajarkanlah kepada orang ramai, kerana saya adalah seseorang yang akan mati, dan ilmu ini bakal diangkat dan akan timbul bermacam fitnah hingga berlaku dua orang yang bertengkar tentang pembahagian pusaka/waris maka mereka berdua tidak menemukan seseorang pun yang sanggup memfatwakan / menyelesaikan kepada mereka berdua”. (HR Ahmad, Nasai, Dan Al-Daaru Al-Qutni).

Ramai ahli masyarakat tidak tahu hak-hak harta si mati sebelum ianya diagihkan kepada para waris yang berhak menerimanya. Ada setengah ahli masyarakat yang menggunakan harta si mati mengikut sesuka hati seperti mengadakan tahlil, kenduri arwah dan mengagihkannya tanpa melihat tuntutan syarak terlebih dahulu. Sedangkan ketetapan harta yang ditinggalkan itu telah ada disisi Allah SWT. Bahkan Allah SWT menjanjikan ganjaran istimewa kepada yang mentaatiNya dan ancaman azab yang pedih kepada yang mengingkariNya.

Firman Allah SWT; مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (13) وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ.(14)

Maksudnya; “sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.” ~ Surah An-Nisaa’; ayat 12-14.

Berapa ramai umat Islam mengetahui tentang pengagihan dan pembahagian harta pesaka?

Berdasarkan ayat di atas dapatlah kita fahami bahawa setiap harta peniggalan si mati buka bermaksud boleh diagihkan terus kepada para waris. Ada beberapa hak harta yang mesti ditunaikan oleh para waris seperti pengurusan jenazah, membayar hutang-piutang si mati dan wasiat yang ditetapkan oleh simati. Jika semua ini telah ditunaikan mengikut hak yang sepatutnya barulah boleh diagihkan harta si mati kepada para waris yang berhak.

Hutang mesti dilangsaikan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan wasiat. Ini sangat bersesuaian dengan saranan Rasulullah SAW; “Jiwa seorang mukmin akan tergantung pada hutangnya sampai dia membayarnya” Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Begitu juga wasiat, dilaksanakan sebelum diagihkan sebarang harta. Kerana wasiat adalah hak si mati yang terakhir yang diberikan Allah SWT untuk melakukan kebajikan bagi bekalannya di hari akhirat walaupun di saat hampir kepada sakaratul maut. Walaubagaimana pun wasiat hanya boleh dilaksanakan selagi tidak memudharatkan hak si waris seperti diwasiatkan melebihi atau kesemua harta. Wasiat juga tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta peninggalan si mati setelah ditunaikan hutang. Dan jika ada wasiat yang rosak atau fasad ianya tidak boleh dilaksanakan. Sabda Rasulullah SAW; “tiada wasiat kepada si waris” . Ini bermakna orang yang telah berhak menerima harta pusaka, tidak berhak menerima harta wasiat sekali lagi. Namun apa yang berlaku pengagihan harta berlaku diluar batas dan jauh daripada ketetapan syarak. Bahkan ada pihak yang melampaui batas dengan mengambil semua harta tanpa membuat agihan sewajarnya.

Hikmah didahulukan hutang atas wasiat;
  • Hutang merupakan beban ke atas si mati baik masa dia hidup atau telah meninggal dunia 
  • Hutang adalah hak pemberi hutang ; dia berhak meminta dan menuntutnya kepada si mati dan warisnya sehingga selesai segala hutang.
  • Wasiat (dalam ayat didahulukan sebutnya) adalah bertujuan pemberatan dari segi tuntutan tabarruk (amal soleh) dan tidak ada orang yang menuntutnya berbanding hutang. Apabila semua hak si mati telah ditunaikan oleh para waris, barulah boleh diagihkan kepada waris-waris yang berhak.

Diantara mereka yang berhak ialah;

  • Waris Dengan Fard (suami, isteri, ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan, adik beradik seibu sebapa, adik beradik sebapa dan adik beradik seibu )
  • Waris Dengan Ashabah (bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki ketika ketiadaan anak lelaki)
  • Waris Dengan Radd (suami isteri tanpa waris fard, ashabah dan zawil arham)
  • Waris Dengan Zawil Rahim (bapa dan ibu saudara sebelah bapa, bapa saudara dan ibu saudara sebelah ibu)

Urutan Pewaris ialah;
  1. Ashabul Fard
  2. Ashabul Nasab
  3. Zawil Furud
  4. Zawil Arham/Rahim
  5. Zawil Radd
  6. Al-Wala’ (Tuan Hamba Yang Membebaskannya)
  7. Baitul Mal

Berdasarkan pecahan ini dapatlah kita rumuskan ada 15 waris lelaki berhak menerima pusaka dengan ketetapan tertentu dan 10 waris perempuan berhak menerima pusaka dengan ketetapan tertentu pula.

15 Waris lelaki ialah; 
  1. Anak
  2. Cucu
  3. Bapa
  4. Datuk
  5. Saudara Kandung
  6. Saudara Sebapa
  7. Saudara Seibu
  8. Anak Saudara Daripada Saudara Kandung
  9. Anak Saudara Daripada Saudara Sebapa
  10. Bapa Saudara Kandung
  11. Bapa Saudara Sebapa
  12. Anak Bapa Saudara Kandung
  13. Anak Bapa Saudara Sebapa
  14. Suami
  15. Hamba Yang dimerdekakan

10 Waris perempuan ialah;
  1. Anak
  2. Ibu
  3. Cucu
  4. Nenek Dari sebelah Bapa
  5. Nenek Dari sebelah Ibu
  6. Saudara Perempuan Kandung
  7. Saudara Perempuan Sebapa
  8. Saudara Perempuan Sibu
  9. Isteri
  10. Hamba Sahaya DiMerdekakan.


Hal ini bertepatan dengan keterangan Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim, Firman Allah SWT yang bermaksud; “Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan [1]; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua[2], maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." - Surah An-Nisaa'; ayat 11.

Keterangan;
[1]. Bagian laki-laki dua kali bagian perempuan adalah karena kewajiban laki-laki lebih berat dari perempuan, seperti kewajiban membayar maskawin dan memberi nafkah. (Lihat surat An Nisaa ayat 34).
[2]. Lebih dari dua maksudnya : dua atau lebih sesuai dengan yang diamalkan Nabi.



Firman Allah SWT lagi yang bermaksud; “Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris)[3]. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun." - Surah An-Nisaa'; ayat 12.

Keterangan:
[3]. Memberi mudharat kepada waris itu ialah tindakan-tindakan seperti:
a.   Mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka.
b. Berwasiat dengan maksud mengurangi harta warisan.Sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi hak waris, juga tidak diperbolehkan.
c.   Berbohong pada hutang seperti satu pihak kata si mati ada hutang dengannya.


Bersambung....in shaa Allah...

Sunday, March 24, 2013

Kalau Boleh Tak Mahu Susahkan Sesiapa


Lama Saya berehat daripada menulis di laman blog saya ini. Kekangan masa disamping "mood menulis" agak berkurangan. Kalau ada idea, tulis je di FB. Ringkas dan padat. Tapi pagi ni rasa nak berceloteh sedikit tantang isi hati. 

Rasa hidup ini banyak buat salah, semoga saya masih berpeluang untuk membetulkan keadaan. Alhamdulillah, Allah SWT masih membuka jalan dan menunjuk jalan itu kepada saya.

Saya diingatkan oleh seorang "hamba Allah" betapa saya ada sifat buruk, ego dan tidak berterima kasih kepada orang yang menolong; begini mesejnya kepada saya; "kadang2 apa yg kita buat ikhlas tapi salah pada pandangan org..teringat saya pada seorang hamba allah yg cuba membantu seorang hamba yg terkena sengat kala jengking hamba allah yg membantu ni hanya berpakaian selekeh dan yg di bantu pula berjubah dan berserban setelah selesai hamba yg membantu tdi duduk di tmptnya dan yg dibantu cuma tngk tanpa mengucap apa2 dan hamba yg membantu tdi diam sanbil berfikir adakh perbuatanya satu dosa..."

Membaca mesej ini, saya beristighfar panjang. saya menangis dan sedih. Menangis atas peristiwa sekitar 7 atau 8 tahun yang lalu, saya sudah lupa tahunnya dengan tepat. Saya sedih kerana orang ingat kesilapan saya dan semacam berdendam dengan saya. Lama dia menyimpan perasaan itu kepada saya. Tidak tahulah dia sendiri yang membantu saya suatu ketika dulu atau dia sekadar memberitakan perasaan orang lain kepada saya. Saya tahu dan faham apa yang ditulis "hamba Allah" ini mengenai seorang yg dibantu satu ketika dahulu...;

"kadang2 apa yg kita buat ikhlas tapi salah pada pandangan org..teringat saya pada seorang hamba allah yg cuba membantu seorang hamba yg terkena sengat kala jengking hamba allah yg membantu ni hanya berpakaian selekeh dan yg di bantu pula berjubah dan berserban setelah selesai hamba yg membantu tdi duduk di tmptnya dan yg dibantu cuma tngk tanpa mengucap apa2 dan hamba yg membantu tdi diam sanbil berfikir adakh perbuatanya satu dosa..."
Bermacam-macam gangguan fikiran dibenak saya; Inilah bisikan hati saya ketika mula-mula membaca mesej itu,
"Kalau betul hamba Allah itu ikhlas mengapa dia rasa melakukan dosa? Dosa-pahala itukan milik Allah, Allah SWT akan membalasnya dengan lebih baik lagi atau sebaliknya. Bahkan orang yang jd mangsa itu pasti ingat dan sentiasa berdoa agar orang yg baik itu mendapat ganjaran yg lebih baik lagi. ~sangat besar kebencian orang yg menolong kepada orang yg ditolong, sehingga mengungkit pertolongannya tidak dibalas dengan terima kasih. sehingga merasa pertolongannya satu dosa.Apa kaitannya pakai baju selekeh dengan pakai jubah/kopiah? Apakah sekadar mahu beri gambaran buruk kepada orang itu. Syukurlah Allah tunjuk kebenaran akan hal ini setelah bertahun2 peristiwa ini berlaku. Kalau perbuatan org kena gigit kala itu salah, maaflah. Kalau rasa tidak berterima kasih, terima kasih. Tp Allah SWT tu Maha Mengetahui atas segalanya. Usahlah rasa terkilan. Allah SWT tidak mengsia2kan amalan baik hambaNYa. ~ kalau orang yg dalam kemalangan atau ditimpa keburukan, haruskan orang yang memberi pertolongan itu berfikir pertolongannya sia-sia, kerana tidak diucap terima kasih serta merta saat itu."
Saya membalasnya; tapi tiada pula respon dia kepada saya;
"saya masih ingat saat saya digigit kala jengking dan dibantu oleh hamba Allah yang saya tidak kenali pada beberapa tahun yg lalu. Sampai hari ini pun saya terfikir siapa org yg bantu saya malam tersebut. Boleh jadi saya terkejut dengan peristiwa tersebut, saya terlupa mengucapkan terima kasih kepadanya. Kalaulah tuan yg membantu saya, saya ucapkan terima kasih atas bantuan yg saya tidak minta. Hanya Allah SWT yg layak membalas kebaikan tuan. Allah mentaqdirkan pertolongan Allah itu daripada tuan. Syukur kepadaNya.Saya ada bertanya dan bercerita kepada org Teku, tp mereka tidak tahu peristiwanya. Kalau tuan kenal atau tuan sendiri yg membantu saya , saya sekali lg ingin ucapkan terima kasih. Kalau tuan rasa terkilan dengan sikap saya, saya bukan manusia maksum. Boleh buat silap kepada sesiapa saja. Sekali lg saya mohon maaf. sifat ego dan sombong itu bukan saya, dan bukan sikap orang2 beriman. Terima kasih juga atas peringatan."
Mengapa perlu rasa berdosa kerana membantu orang lain? Kalau boleh tidak mahu menyusahkan orang lain, tapi keperluan hidup ini terpaksa menyusahkan orang lain juga. Sampai mati pun terpaksa orang hidup bersusah-payah kepadanya. Kepada mereka yang saya sudah susahkan, berniatlah itu sebagai amal soleh dan sedekah jariah untuk diri sendiri semasa kita masih hidup. Usah merasa bersalah dan berdosa. Rasanya setiap inci langkah kehidupan kita akan saling susah dan menyusahkan kerana keperluan kita untuk saling memerlukan. Ya, Allah, ampunkanlah segala kesilapan dan kekhilafanku, ampunkan juga "hamba Allah" yang aku tidak kenalinya, balaslah kebaikannya dengan sebaik-baik ganjaran kebaikan. Ya Allah, tidak ada sedikitpun dalam hatiku perasaan ego dan sombong sesama manusia. Jika ada yang engkau ketahui dan aku tidak ketahui, janganlah engkau hisab ke atasku ya Allah. Ampunkan dosaku, sesungguhnya Engkau tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun...Amiin, ya rabbal 'aalamiin.

Tuesday, November 06, 2012

Sifat Nifaq Dalam Hati Dan Perbuatan Seseorang

Nota Kuliah Subuh
4 November 2012

Dalam pencarian saya terhadap kata pokok "NAFAQA" terdapat 111 kali sebutan dalam al-Quran pada 86 ayat Al-Quran.. Ia merangkumi maksud bagi nafaqah, infaq, nifaq dan munafiq. Dalam pencarian saya di internet saya singgal di laman blog MENCARI KEBENARAN dan menukilkan perkataan Imam al-Qurthubi dalam menerangkan maksud “Yunfiqun”. Beliau mengatakan bahawa perkataan “nafaqa” ini digunakan dalam berbagai bentuk dan penggunaan antaranya:
 i) – الإنفاق yang bermaksud mengeluarkan harta
 ii) – النافقاء nama kepada lubang arnab atau biawak pasir(dhab) yang digunakan untuk menyelamatkan dirinya ketika lubang utamanya tidak selamat untuk keluar melaluinya.
iii) – المنافق dinamakan seseorang dengan nama munafik kerana dia keluar dari keimanan atau iman keluar dari hatinya.
iv) – السراويل نيفق lubang kaki seluar
 v) – نفق الزاد habis atau binasa bekalannya

Melalui pembacaan, pendengaran dan pemerhatian, tidak kurang daripada 30 sifat yang menjadikan seseorang itu ada sifat nifaq. Pemerhatian ini baik melalui pengalaman hidup apatah lagi penjelasan-penjelasan Allah SWT di dalam Al-Quran mahupun hadis Nabi SAW.

Ayat-ayat ini menjelaskan sifat golongan Minafiqiin atau Munafiqaat. Ada dua jenis sifat munafiq ini;
1) Munafiq Hati (Aqidah/i'tiqadi)
2) Munafiq Perbuatan / Amalan (samada Syariat atau Akhlak)

Munafiq Aqidah

Ada munafiq aqidah yang menyembunyikan kekufuran dalam hati mereka dengan menzahirkan keislaman mereka. Mereka inilah yang menjadi musuh paling berbahaya di zaman Rasulullah SAW yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Merekalah yang disifatkan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud; "Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." (An-Nisa ; 143)

Allah SWT menyifatkan mereka sebagai penghuni neraka paling bawah; إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (An-Nisa ; 145)

Nifaq penyakit umum masyarakat 

Nifaq ini adalah nifaq ciri-ciri yang ada dalam tingkah laku dan perbuatan seseorang. Boleh jadi ada pada saya dan sesiapa saja. Munafiq ini dinamakan Munafiq Perbuatan.

Semoga mengenali sifat ini kita berusaha menghapuskannya dan ia tidak menjadi parasit dalam batang tubuh kita yang merosakkan diri dan pergaulan kita sesama muslim dan orang ramai yang berada di sekeliling kita.

Saya melewati firman Allah SWT dalam ayat 204 - 206, surah Al-Baqarah maksudnya; Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu)(204). Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.(205) Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah Engkau kepada Allah" timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan Demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.(206).

Setelah membaca ayat-ayat ini,dapat saya menyenaraikan beberapa ciri Nifaq;

30 Sifat

Pada hemat dan perincian saya terdapat 30 Sifat yang apabila ada pada diri seseorang menjadikannya ada sifat Nifaq;

1. Orang yang hebat pada tuturkatanya sehingga orang terpedaya dengan tipudaya dan janji dunianya.

2. Suka bersumpah dengan nama Allah walau dalam perkara kecil dan bertujuan menyembunyikan pendustaan.  menjadikan sumpah sebagai perisainya.

3. Keras permusuhannya terhadap Nabi dan Islam. Pada zaman sekarang sikap keras ini ditujukan kepada mereka yang berlitima' kepada para daie, jamaah dan harakah Islam.

4. Melemahkan semangat juang orang Islam dan melumpuhkan perancangan mereka dengan mecuri maklumat mereka dan menyerahkan rahsia orang Islam kepada musuhnya

5. Melakukan kerosakkan atas muka bumi atas nama pembangunan padahal mereka sangat berkehendakkan kepada habuan dunia. Slogan mereka pembangunan untuk semua walaupun merosakkan alam sekitar dan membahayakan kehidupan manusia itu sendiri.

 6. Bencikan kerja Taqwa dan Iman. Bahkan mengenggap menghalang mereka daripada memperolehi kehidupan dunia yang mereka dambakan.

7. Bersikap Sombong dan keras hati, bertindak menentang kebenaran

 8. Terus menerus melakukan dosa walaupun diajak untuk bertaubat. Mereka berpaling dan tidak mengendahkan ajakan keampuanan dan taubat.

 9. Bersikap "muzabzabin" dan bermuka-muka dan hipokrik. Bersama orang Islam mereka mengatakan keislaman mereka dan bila bersama golongan kufur; mereka berkata bahawa perkataan mereka besama orang Islam itu hanya permainan lidah sahaja. Dalam surah An-Nisa bermula 143- 145 Allah mendedahkan lagi sifat-sifat mereka ini;

10. Suka berdusta bila berkata-kata. Dalam surah Al-Munafiquun adalah menjelaskan lagi ciri-ciri mereka ini; Firman Allah SWT. إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُون "Sesungguhnya orang-orang Munafiq itu adalah pendusta (Al-Munafiun ;1)

11. Khianat terhadap amanah. 

12. Melampau batas bila bertengkar dan bergaduh 

13. Memungkiri janji apabila berjanji 

Sifat-sifat ini sangat masyur disebut dalam hadis tanda sifat nifaq.

14. Bermalas-malasan ketika mendirikan solat. Firman Allah SWT;
   وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَىٰ
 Maksudnya; "Dan tidaklah mereka itu mendirikan solat melainkan dalam keadaan malas". (At-Taubah; 54)

15. Bersedekah dengan hati yang berat dan kikir . Firman allah SWT; وَلَا يُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كَارِهُونَ maksudnya; "tidak pula mereka menginfaqkan harta melainkan dalam keadaan penuh kikir dan kebencian" (At-Taubah; 54)

16. Melakukan Kemungkaran dan Mencegah Kebaikan الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Maksudnya; "Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang Yang fasik.". ( At-Taubah ; 67)

17. Riak dan menunjukkan kebaikannya. Orang munafiq itu kalau berbuat kebaikan dia riak dan mahu orang nampak dan memuji mereka.

18. Tidak memperdulikan kaum muslimin. Perangai ini ditunjukkan oleh orang Madinah yang hadir majlis Rasulullah, mereka datang awal dan berada dihadapan Rasulullah. Apabila ruang penuh sesak datang para sahabat yang berhijrah bersama Rasulullah untuk sama mengikuti pengajaran Rasulullah, mereka tidak mahu memberi ruang. Maka Allah SWT menurunkan ayat dalam surah Al-Mujadilah; ayat 11 menegur perbuatan mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud; "Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.

19. Berbangga dengan keturunan dan puak sendiri. Firman Allah SWT yang maksudnya; "Harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya. (setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadanya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya merekalah golongan pendusta. (Al-Mujadilah; 17-18)

Dalam surah Al-Munafiquun ayat 7 dan 8 Allah SWT menceritakan perkataan orang Munafiq; "Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah Yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang Yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun Yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan Dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang Yang munafik itu tidak memahami (hakikat Yang sebenarnya).. Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

20. Sedikit berzikir dan gelisah berada dalam majlis zikrullah

21. Mencela orang yang alim dan soleh. Memuji orang yang berharta, berkedudukan. Biasanya dalam usaha mendapat manfaat duniawi.

22. Suka berbisik-bisik dan sebar berita dusta. Firman allah SWT yang bermaksud; "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan Dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman berserah diri." ( Al-Mujadilah; 10)

23. Tidak Redha Dengan Takdir Allah SWT dan bersangka buruk terhadap Allah SWT. Firman Allah SWT; "Dan supaya ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, Yang menyangka terhadap Allah Dengan sangkaan Yang buruk (bahawa ia akan mengecewakan RasulNya). atas merekalah tertimpanya bala bencana Yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Al-Fath ; 6)

24. Mengasing diri daripada jamaah orang Islam dan meninggalkan solat berjamaah. 25. Gembira dengan musibah dan malapetaka yang menimpa orang lain. "Padan Muka", katanya.

26. Melaga-lagakan orang lain supaya mereka selalu hidup bermusuhan. Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya “Madaarij as-Salikin” mengatakan: “Sesungguhnya Islam telah banyak menderita oleh sebab kejahatan mereka(orang-orang munafik). Mereka menamakan diri mereka Islam, mereka pula berlagak seakan-akan mengangkat martabat Islam dan membela Islam dan memberikan sokongan dan kesetiaan yang padu kepada Islam. Padahal, hakikatnya mereka memusuhi dan berusaha menghancurkan Islam dari dalam. Orang-orang jahil dari ummat Islam menyangka orang-orang munafik ini adalah orang yang cedik lagi pandai dan amat baik perangainya, tetapi hakikat sebenarnya disisi Allah ialah orang-orang munafik ini adalah jahil(bahkan amat-amat jahil) dan ingin merosakkan Islam.

 27. Menyangka semua perkataan ditujukan kepadanya. Orang Munafiq merupakan orang yang sakit hatinya. Mereka selalu mengangkap perkataan orang lain selalunya ingin ditujukan kepadanya. Ini kerana jiwa mereka sarat dengan perkara-perkara yang ingin disembunyikan.Firman Allah dalam surah al-Munafiquun, ayat 4; "dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka.

28. Meragukan orang lain kepada kebenaran. Mereka sering bertanya, "Awak percayakah kepada kata-katanya? Boleh jadi orang-orang yang beriman itu ingin menipu kamu".

29. Selalunya suka beralasan. Suka berdalih padahal semuanya bertujuan menyelamatkan diri dan menipu orang lain. Seingkali dikaitkan dengan sumpah seperti dijelaskan sebelum ini.

30. Lari daripada medan jihad dan saat-saat kaum muslimin memerlikan tenaga mereka. Bahkan mereka lebih suka menjadi alat kepada musuh Islam.

Rumusan dan Penutup
Semoga sedikit catatan ini dapat membantu kita memperbaiki diri dan diselamatkan oleh Allah SWT daripada golongan Munafiqiin yang sangat berbahaya kepada kehidupan seorang Muslim bahkan menyebabkan kemurkaan Allah SWT seta azabNya yang sangat pedih di hari akhirat nanti.

Saturday, November 03, 2012

Oktober : Sebulan Yang Penuh Pengalaman...

Sebulan mutakhir ini rasa sibuk sangat, tidak menang tangan rasanya menyiapkan kerja-kerja dan tugasan di sekolah dan luar sekolah.  

Bantu PPD dan Mengawas PMR 2012 

Bermula dengan Kem Pemantapan Sahsiah dan Kem Kemanisan Iman bagi pelajar-pelajarr Tingkatan 4 dan 5 seluruh Sekolah Bahagian Sibu, bersambung dengan pengawasan PMR, seterusnya Kursus Penataran PBS untuk pelajar Tingkatan 2 tahun depan.  

Kembali ke Sekolah 

Apabila balik ke sekolah perlu menyiapkan banyak kerja-kerja tertangguh, menyiapkan markah pelajar, Sijil-sijil Ko-kurukulum dan membuat persiapan penyampaian sijil dan anugerah kecemerlangan sekolah pada tahun ini.  

Bantu Masyuarakat Setempat 

Kehadiran Eid Korban, Saya berkesempatan membantu ahli masyarakat melaksanakan tuntutan agama menyembelih binatang korban. Membantu mereka agar mendapat ibadah korban yang sempurna. Banyak juga binatang korban dan aqiqah yang saya tolong sembelihkan. Pada masa yang sama sempat saya mendidik dan melatih beberapa orang rakan ustaz yang kali pertama melakukan sembelihan binatang korban seperti lembu ini.  

Pengalaman Yang Tidak Dapat Kulupakan

Pada hari Raya Korban yang ke dua, saya juga membantu sekumpulan orang yang masuk korban. Masalahnya yang hadir ramai perempuan dan yang lelaki sekitar 5 atau 6 orang pula masing-masing tidak ada pengalaman merebahkan binatang lembu. Salah seorangnya awal-awal lagi bercerita gerun melihat orang sembelihkan binatang. "Kasihan sangat"; katanya. Orang yang berpengalaman langsung tidak diajak. Mereka buat korban untuk aktiviti berkumpulan mereka sahaja. Nak jadi ceritanya, orang kampung ada bertanya apakah mereka perlukan bantuan, namun mereka merasakan boleh laksanakan sendiri. Sudah ada orang yang boleh diharap untuk merebahkan lembu nanti. Jadi orang kampung pun tidaklah membantu mereka pada hari itu. Pada hari sebelum ramai orang datang membantu.

Sementara itu lembu yang mahu dibuat korban itu agak garang, hidung pun tidak dicucuk hanya seutas tali kasar di leher sahaja. Ada dua orang lelaki yang ditugaskan untuk merebah lembu itu. Setelah berusaha tidak dapat ditumbangkan juga binatang tersebut.

Saya yang pagi itu telah melaksanakan beberapa sembelihan di tempat lain, datang untuk membantu sembelihan tersebut namun setelah lama menunggu binatang korban itu masih liar dan tidak dapat dijinakkan lagi. Kehadiran saya pula kerana ingin membantu seorang ustaz yang tidak pernah sekali menyembelih lembu. Ini pengalaman pertamanya. Pada asalnya saya membiarkan saja mereka berusaha. Setelah agak lama menunggu kawan saya meminta untuk saya membantu. Saya pun menghampiri dua orang yang cuba memerangkap lembu tadi ala cowboy. Mereka pasang jerat, membuat gelungan tali untuk menjerut binatang tersebut tapi semuanya gagal.

Terpelanting Hampir Dibelasah Lembu Korban

Setelah saya hampiri mereka, saya dapati hanya satu masalah saja iaitu tali leher lembu itu dibiarkan panjang. Saya memaklumkan supaya tali di leher binatang itu kena tarik supaya hidung binatang itu tersendung ke batang besi yang diikat lembu itu tapi tiada siapa yang berani mendekatinya. Lembu itu garang sekali. Dia sudah mengawal sekelilingnya. Saya cuba memberanikan diri akhirnya lembu itu merengus dan berlari ke arah saya. Kaki saya tetiba berundur ke belakang dan tertanam ke dalam selut lembik. Saya tidak mampu bergerak lagi dan rebah ke belakang. Tetiba lembu itu berhenti. Saya terselamat daripada disondol oleh lembu itu. Habis basah dan comot baju dan seluar saya. Nasib baik juga tiada pisau sembelihan saya di tubuh. Lantas saya mendapat ilham untuk menghalau lembu itu dengan tali dan lembu itu menjauhkan diri kebelakang sehingga saya dapat menarik tali yang mengikat leher lembu tersebut. Lantas saya tarik dan meminta ahli korban itu menarik lembu tersebut sehingga hidungnya rapat dengan tiang besi. Bila lembu itu tersendung begitu saya minta dua orang tolong jerut kaki belakang lembu tersebut barulah ia tumbang. Seberapa segera saya ikat kaki lembu itu depan dan belakangnya.

Inilah pengalaman pertama saya merebahkan lembu. Biasanya saya melaksanakan sembelihan sahaja. Bagi saya ia amat bermakna walaupun saya sedikit cemas pada waktu itu. Akhirnya lembu itu dapat dikorbankan dengan sempurna dengan izin Allah SWT.. Sahabat saya pun dapat melaksanakan tugasan pertamanya menyembelih korban tersebut. Alhamdulillah.

Sunday, November 13, 2011

Jangan Jadi Sekadar Orang Tua Sahaja Tetapi Tertipu Dengan Kejahilan Dan Kesilapan

Aku cukup kecewa dengan "orang lama a.k.a orang tua" yang tidak belajar apa-apa. Sudah lama hidup tapi tidak boleh tumpang apa-apa. Hidup lama tapi ulang kesilapan yang sama tidak mahu belajar apa-apa.

Sebagai manusia biasa, boleh saja dan bila-bila saja akan berbuat kesilapan. Tapi sebolehnya kesilapan itu janganlah disengajakan. Dan kalau boleh kesilapan itu bukannya ulangan. Orang Islam tidak harus dipatut ular dari lubang yang sama dua kali. Itu bodoh namanya kerana kita tidak mahu belajar apa-apa. Mengulangi kesilapan seolah-olah mengundang kecelakaan yang tidak berkesudahan. Memang kita boleh saja berbuat silap. Silap perahu boleh diundur, silap kata buruk padanya.

Tua Umur Sahaja

Aku kekadang kasihan kepada sesetengah orang, walaupun umurnya sudah panjang, sudah beruban, sudah beranak cucu, sudah lama makan garam, sudah lama hidup, ada yang sudah buat haji berulang kali... dan sudah banyak pengalaman hidupnya tapi boleh saja bersikap keanak-anakan, masih bersikap budak-budakan dan tidak sedar kesilapan diri pun. Memang kasihan.

Hidup Lama Hukum Allah Tidak Setuju

Kalau dulu sebelum insaf, masa jahil mulut selalu kata hukum Allah SWT tidak sesuai, maka sampai tua pun mulut yang sama masih ada hati kering yang sama... tetap kata hukum Allah SWT tidak sesuai. Sudah melaksanakan solat mulut tetap kata hukum Allah SWT tidak sesuai, setelas tamat sebulan puasa Ramadhan pun kata hukum Allah SWT tidak sesuai, sudah bayar zakat pun mulut kata hukum Allah SWT tidak sesuai, sudah khatam quran pun masih juga kata yang sama...sesudah balik haji pun masih dengan prinsip dan pegangan yang sama... hukum Allah SWT tidak sesuai.

Banyak Berjuang Tapi Tidak Mahu Perjuangan Islam

Memang pelik sungguh manusia seperti ini. Bila kita menerangkan tentang perjuangan Islam walaupun solat tidak tinggal, puasa lengkap , haji umrah sudah pergi; mata dibulatkan , tubuh merasa geli dan jiwa rasa menjengkelkan. Itulah saya rasa pelik sangat. Tidak ada minat langsung nak tahu lebih apatah lagi nak berjuang bersama-sama. Perjuangan kebendaan, kekhurafatan dan asabiyyah masih kuat di hati. Takut kepada perjuangan Islam lebih takut daripada fahaman komunis. Sampai mati berpegang dengan perjuangan sekular dan asabiyyah. Tidak berganjak dengan asobiyyah. Bukan tidak ada ruang berfikir tetapi dibutakan mata hati sebab sayang kepada kebendaan dan keduniaan. Atas kepentingan diri yang sedikit, perjuangan Islam diketepikan. Itulah kebodohan namanya. Mengejar yang sedikit melupakan yang membawa kesejahteraan buat selamanya.

Mereka tidak ubah macam kanak-kanak dengan ibunya kerana mahukan mainan sedangkan siibu sibuk memujuk supaya dia belikan makanan yang lebih bermanfaat dan mengenyangkan. Maka mengamuklah kanak-kanak itu mahukan mainan sedangkan dia sepatutnya mahukan yang lebih penting daripada itu. Maka belilah siibu itu mainan dan apabila sampai dirumah anak itu tadi merasa lapar dan dia sebenarnya perlukan makanan.

Kebodohan kanak-kanak itu kerana dia kanak-kanak tetapi kebodohan orang yang penuh akal dan hidup lama sungguh mengecewakan.

Ahli Ibadat Tapi Taik Maksiat

Sesetengah tu memang ahli masjid, surau tapi amalan khurafat dan sihir tidak dapat ditinggalkan. Tikam nombor ekor dibilang sebagai hobi, mengintai bini orang dikata hiburan.. memang pelik sungguh manusia.

Ada yang bersengketa. Berturun temurun bersengketa. Yang berkait dan yang tidak berkait, yang tahu sebab musabab dan tidak tahu sebab musabab kerana sejarah bersengketa sudah ada, dari datuk-nenek sampai cucu-cicik, berketurunan dan bergenerasi; api sengketa tidak padam-padam.

Kena Kencing Dek Orang Sampai Ke Tua

Ramai juga yang kena tipu, kena tipu oleh orang yang sama berkali-kali. Walaupun sudah kena tipu sudah serik katanya, bila dipujuk rayu, diumpankan sedikit dengan mata benda lupa diri yang dia pernah ditipu dan sanggup ditipu lagi asalkan dapat benda. Kena kencing lagi... begitulah rupanya... berkali-kali tidak belajar apa-apa.

Ada juga yang pegang JK Masjid, sekadar pegang. Masjid sekadar jadi tempat sembahyang orang tua-tua. Kalau datang bebudak bising sikit dia lagi bising. Akhirnya bebudak lari tidak suka masjid atau surau. Orang mahu buat program agama dihalang-halang. Takut masuk agama dan ajaran Islam dan roboh tembok jahiliyyah. Takut bawa politik masuk dalam masjid. Politik tidak boleh masuk masjid katanya. Pelik sungguh kepercayaan orang tua-tua.

Banyak lagi sebenarnya, kesilapan yang dibuat disengajakan dan tidak ada niat untuk belajar apa-apa. Itulah kebodohan namanya.

Robohkanlah Jahiliyyah

Semua angkara di atas adalah jahiliyyah baik zaman mana sekali pun. Api jahiliyyah itu telah dipadamkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat ajmain. Mengapa kita masih hidupkannya. Dimanakah letaknya mata hati kita sehingga kita terpedaya dengan virus jahiliyyah ini.

Marilah kita kembali kepada Islam. Kembali kepada kehidupan sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kembali kepada landasan hidup sebenar.

Sekular Di Jiwa

Sudah lama pemikiran sekular yang mencabut ruh Islam daripada jiwa penganutnya. Bila ruh Islam mati, tinggallah jasad yang tidak bernyawa. Sebab itu hari ini ruh Islam itu tidak dapat dirasai. Walaupun jasad kelihatannya bersolat, berpuasa, berzakat dan berhaji tetapi ruh ibadat itu telah mati maka kita dapat lihatlah ansir-anasir buruk di atas.

Zahirnya nampak Islam tetapi jiwanya penuh kefasikan dan kekufuran. Jiwanya kotor dan menjijikan. Sebab itulah biarpun sudah dewasa dan tua umurnya kesilapan demi kesilapan tidak dirasai jiwanya apa-apa. Terus seronok dengan jahiliyyah. Terus alpa dengan kehurafatan dan kesyirikan.

Tidak Salah Orang Tua Belajar Walaupun Dengan Kanak-kanak

Cukuplah tu. Berhentilah dari menjadi orang yang hanya mendabik dada, aku makan garam lebih dahulu daripada kamu. Ia tidak berfaedah apa-apa kalau tidak pernah mahu belajar apa-apa. Kekadang kanak-kanak kecil lebih matang daripada orang tua yang lupa diri.... Ada kanak-kanak kecil fasih membaca doa makan, doa tidur, tahu bertakbir, melaungkan takbir Allahu Akbar!!! Malulah kepada mereka. Jangan hanya jadi orang tua sahaja.

Friday, November 11, 2011

Hancur Luluhnya Hati Ibu.... Oh Anak!!!

Hari ini banyak peristiwa menyentuh hati. Aku terima mesej penghinaan orang terhadapku, aku terima berita konspirasi yang menyekat perpindahan sahabatku ke kampung halamannya.... dan aku menerima tugasan di hari2 persekolah menjelang cuti... kesemua itu tidak menjadikan aku menitis air mata tetapi panggilan berikutnya yang melibatkan aku dengan tragedi ini. Akhirnya airmata kelelakianku menitis. Aku tidak tertahan pilu...

Dalam menyelusuri hari terakhir persekolahan bagi tahun ini dan esok mula bercuti, aku masih sibuk dengan aktiviti Pejabat Pelajaran daerah Sibu (PPD), KEM Juara Quran dan bermula 16-18 November nanti Kursus Perdana Guru Pendidikan Islam (GPI). Sekali lagi aku akan berada di bahagian Urusetia dan akan membantu perjalanan kursus selama tiga hari ini.

Dalam kesibukan itu, aku menerima satu panggilan telefon meminta aku membantu satu khilaf yang berlaku di antara seorang anak remaja lelaki dan ibunya. Anak ini sudah melarikan diri daripada ibunya sejak dua bulan yang lalu dan sekarang menumpang dirumah keluarganya yang lain.

Aku mengambil tanggungjawab menemukan seorang ibu dengan anak remaja lelakinya ini. Setelah aku menemukan mereka, sedih dan sebak hatiku. tidak tertahan lagi bila si anak terus menafikan bahawa itu ibunya. Paling meruntun hatiku , anak itu tidak mahu menyebut nama ibunya jauh daripada memperakui itu ibunya. Ya Allah!!! Ujian apakah ini yang sedang berlaku dihadapan mataku hari ini.

Banyak aku berbicara dengan anak itu dan sehingga akhirnya dia dengan keras hati dan tangannya tergenggam memeluk tubuhnya tidak mahu bersalamanpun dengan ibunya. Untuk tidak menghampakan ibu itu, saya tarik juga tangan anak itu dan membawanya kepada ibunya, hanya si ibu yang memeluk anak itu yang membatukan dirinya. Jauh sekali anak itu daripada memandang wajah ibunya. Benci sungguh dia kepada ibunya. Atas kesalahan apakah sehingga begini sudahnya???

Aku tidak dapat melentur hati anak, tapi aku cuba bagi semangat kepada si ibu. Bagi nasihat supaya sabar dan cekal dalam menempuh saat duka ini. Sungguh ini ujian Allah SWT buatnya. Minta dia tidak lupa berdoa dan berdoa kepada Allah SWT dan bersolat hajat. Mudah-mudahan hati anaknya dilembutkan Allah SWT pada suatu hari dan kembali kepada pangkuan ibunya.

Anak itu berlalu dan berkata; "dia tidak sesal dan dia sudah dewasa dan mampu berdikari..."

Aku memandang sayu dan pilu dan luluh di hati. Dapat kubayangkan bagaimana hancur hati ibu...

Tuesday, May 31, 2011

Rehlah Ke Pantai Belawai, Sarawak

Walaupun tanpa perancangan yang teliti, akhirnya rehlah ke Pantai Belawai yang terletak 116km dari bandar Sibu berjaya juga dilakukan. Oleh kerana perjalanan secara konvoi, kami mengambil masa 1jam 30 minit untuk sampai ke pantai ini. Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Tanjung Manis.


Rehlah kali ini melibatkan 8 keluarga ustaz dan ustazah yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang masing-masing sudah lama menetap di Sarawak demi mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Sempena cuti sekolah dan Hari GAWAI, kami merancang perkelahan keluarga bagi menghilangkan segala penat-lelah bekerja dan merapatkan rasa ukhwah Islamiah di antara satu sama lain.

Bergambar kenangan di hadapan Masjid Rajang

Alhamdulillah , rehlah kali ini disertai oleh 8 keluarga;
  • Keluarga Ustaz Nazri Ismail
  • Keluarga Ustaz Zamzuri
  • Keluarga Ustaz Mohammad Abdullah
  • Keluarga Ustaz Adenan Rosdi
  • Keluarga Ustaz Abdul Fattah
  • Keluarga Ustaz Dasuki Abdul Rahman
  • Keluarga Ustaz Mohd Isa Daud
  • Keluarga Ustaz Syukri Ali

Pada asalnya hanya 3 keluarga namun atas inisiatif masing-masing akhirnya 8 keluarga bersepakat untuk rehlah bersama dalam konvoi kali ini. Sesampai saja di sana kami menemui Ustaz Suhaimi Noh sekeluarga dan Cikgu Haslim sekeluarga (Ustazah Khairul Bariah) turut melakukan aktiviti yang sama.

Mengurus juadah yang dibawa untuk makan bersama

Kalau dulu untuk sampai ke Belawai terpaksa menggunakan laluan sungai dan ferri, kini perjalanannya kian mudah setelah siapnya jambatan dan jalan dari Sibu ke Belawai. Lebih daripada 20 jambatan yang sempat dibilang oleh anak-anak saya; ada jambatan panjang dan ada yang pendek.. itulah berkat pembangunan dan usaha kerajaan yang memerintah dalam merealisasikan kehendak rakyat Sarawak. Jarak yang jauh menjadi dekat, yang sukar berhubung sebelum ini menjadi mudah.

Berikut sebahagian aktiviti yang sempat dirakam oleh anak-anak saya....

Melayan anak sambil bersembang
Di Sibu mana ada pantai; seronok bermain air laut
Leka bermain pasir
Ibu bapa sibuk menyiapkan tempat berehat dan makan

Alhamdulillah!!! Syukur ke hadrat Allah SWT kerana perjalanan kami hari ini selamat pergi dan balik....

Tuesday, December 28, 2010

Damping Masyarakat : Memasyarakatkan Ustaz & Ustazah

Catatan; pandangan ini adalah pandangan peribadi hasil pengamatan kasar dan soal jawab dengan beberapa ahli qaryah / jamaah surau sepanjang ana hadir menyampaikan kuliah, bukan analisis terperinci dengan angka-angka yang tepat.

Annuar Rapaee : "Saya berdoa keadaan akan berubah di Sibu pada masa akan datang. Saya di fahamkan Ust2 yang bertauliah dari segi latar belakang pendidikan agama ada seramai lebih dari 150 di Sibu. Sepatut nya tenaga mereka ini di manfaatkan oleh masyarakat dan kepimpinan setempat untuk meninggikan syiar Islam di Sibu"


Mohd Isa Mat Daud mengulas komen Annuar Rapaee ; Ada dua situasi dkt sini. Satu ustaz, satu lagi masyarakat.


1. Ustaz tidak suka ke masjid/surau dan kurang minat bermasyarakat.

~Masyarakat pun tak tahu pun ada ustaz dekat situ. atau masyarakat tidak perlukan ustaz sbb mereka buat kerja selama ini pun tidak dibantu oleh ustaz2. Mereka pun buat kerja cara mereka, kalau masuk ustaz kena pusing 360 darjah pula.

2. Masyarakat yang kosong jiwa agama. Atau lemah penghayatan. Nak tunggu mereka ini kuat dan ada kesedaran sendiri nak jemput ustaz sampai bila pun tak berlaku.

Bagi ana, para ustaz bisulah yang perlu diletakkan tanggungjawab dalam permasalahan ini. Mereka nanti akan menjawab setiap satu soalan di hadapan RabulJalil. Mereka ada amanah ilmu yang wajib mereka sampaikan.

Jadi ustaz kena rajin berjumpa masyarakat, nak ubah masyarakat bukan kerja sehari. mesti berani hadapi segala macam risiko. mesti sabar dan istiqamah baru orang percaya ada ustaz dekat situ.

Kalau 150 orang ada pun tak guna kalau masing2 bersembunyi macam tikus dalam beras je... kepada ustaz2 jangan marah le...ambil kata ana ni secara positif. Sebab itu yang realiti sekarang ini.

Apapun yang rajin bermasyarakat ana ucap syabas dan tahniah. kalian banyak membantu tapi bilangan kalian jauh sedikit daripada angka yang diletakkan oleh doc tadi. Terima Kasih, ana sayang anda semua. Anda pejuang agama...

Terima kasih juga kepada pihak NGO dan badan2 Islam seperti HIKMAH ada membantu.

Mungkin mereka yang baki2 tu, jihad mereka lebih ikhlas, tak tonjol apa yang telah mereka buat, sehingga orang tak nampak.

Ana ronda beberapa surau sepanjang cuti akhir tahun ni, banyak surau langsung tak ada program kuliah walau sekali seminggu sepanjang tahun ni kecuali ada ceramah agama sekali sekala sempena bulan tertentu. Aktiviti surau berlegar dalam lingkungan baca yaa siin dan tahlil malam jumaat saja...

Renungkanlah angka 150 itu dengan kesunyian dan kelesuan rumah ibadat orang Islam di sini... Siapa nak bertanggungjawab? JAIS apa khabar? JAKIM apa khabar? Pengerusi dan Imam yang dah tua2 apa khabar? Kreativiti dah daya fikir dah habis baterinya.

Ana berharap tahun 1432H adalah tahun ustaz/ustazah kita bangkit dari lena yang panjang. Kesibukan kerja sekolah bukan alasan. Bangkitlah. atau kita semua terpalit malu yang besar. Wallahu A'lam.

Thursday, December 16, 2010

Berhati-hati Dengan Golongan Yang Bijak Pandai Tapi Jahat

Mohd Isa menulis;

"jahat dan pandai (bijak) ni kekadang datang sekali gus, jahat ini selalu dilihat pandai. Kita kena tahu bahawa orang jahat selalu dilihat pandai apabila dia pandai untuk mengolah perkara salah sehingga orang anggap benda itu betul. berhati2lah dengan golongan ini."




Pada hari Isnin yang lalu saya ada meletakkan penyataan ini di status fb saya kerana kesempitan masa untuk menulis perihal ini. Dan Alhamdulillah saya nampak status saya itu dicopy &paste oleh beberapa orang rakan fb dan mendapat komen yang baik difb mereka itu, maknanya orang bersetuju dengan pandangan ini. Saya memang ingin sekali membuat komentar perihal ini tapi tugasan rasmi masih berjalan dari pagi sampai petang dan sebelah malam pula ada kuliah fiqh di masjid dan surau. Sebelah malam memang tidur awal kepenatan.

Dengan sedikit ruang yang ada ini saya ingin memanjangkan sedikit memperihalkan persoalan ini.


Kita Sering Tertipu

Saya menulis sedemikian kerana kerapkali berdepan dengan manusia sebegini. Suka bersedekah, selalu mendepani isu-isu masyarakat dan seringkali muncul di khalayak ramai sebagai pembawa watak yang cukup memikat sebagai pemimpin berwibawa atau "hero" dan cepat ambil tahu perihal orang bawahannya dan orang ramai umumnya. Yang lebih hebat lagi selalu muncul sebagai orang kuat beragama malangnya agama itu diperkudakan untuk dirinya bukan untuk menegakkan agama Allah SWT itu sendiri.

Pada hal kita tahu disebalik segala kebaikan itu tersimpan banyak kezaliman dan penindasan yang dilakukannya demi menjaga status dan kedudukannya. Mana-mana orang yang dirasakan mengancamnya akan ditindasnya termasuk rakan-rakannya dan mereka yang hampir kepadanya sekalipun. Bahkan kerakusannya itu melewati orang-orang jujur dan ikhlas, yang tidak berkepentingan apa-apa. Mereka juga dimangsakan. Sebagai contohnya dalam usahanya membangunkan kampung, masjid surau tetapi dalam masa yang sama dia mengkhianati para imam , para ustaz yang ingin menyampaikan ilmu dan peringatan kepada masyarakat dihalangnya. Dengan kedudukannya dia menghalang orang lain agar tidak terus memberi ilmu kepada masyarakatnya.

Kenapa dia sangat terkesan dengan mereka ini? Mereka yang jujur ini? Kerana dia bimbang berkembangnya ilmu dan kesedaran dalam masyarakat, maka berkembanglah kesedaran ahli masyarakat dan dibimbangnya segala serakah dan kejahatannya disedari oleh orang ramai dan kebathilannya terbongkar. Maka dengan jiwa yang busuk, dia sedari awal lagi semampu boleh cuba mengekang segala bentuk kesedaran agar dia terus berkuasa dan mampu menipu maanusia lagi... Semuanya dilakukan untuk meneruskan cita-cita besarnya dan terus berada dipersada singgah sana. Apatah lagi dengan berada di tampuk yang mampu menguasai kedudukan dan kekayaan hasil mahsul di bumi ini maka bermaharajalelalah dia dengan kekuasaannya itu.

Kebaikan yang ditabur hanya semata-mata untuk terus mendapat sokongan dan seterusnya mengekalkan kedudukan diri dalam hati manusia yang lemah.

Untuk mengenal orang yang ikhlas memang susah kerana keikhlasan itu milik hati yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Cuma kita selaku manusia dapat meneka hati orang melalu pengalaman percakapan dan pergaulan sahaja. Kita hanya menghukum apa yang zahir (nyata), sementara Allah SWT mengurus dan mengetahui apa yang tersembunyi dan bersifat batin.

Namun dunia ini adalah tempat yang penuh "GHARUR", penuh dengan lakonan dan tipudaya. Sesiapa yang dapat memanfaatkan kebijaksanaannya dengan sifat buruk ini akan menjadikannya orang yang sentiasa dipandang elok dan nampak baik di mata orang lain. Dengan cara ini keburukkan seseorang itu menjadi kecil dan kadang-kadang orang langsung tidak percaya akan adanya kejahatan yang dilakukan itu. Kebijaksanaanya menipu dan memperdaya tadi menjadikannya menjadi insan baik sepanjang masa dan sukar orang mempercayai akan keburukkannya.

Apatah lagi kita selalu disuruh supaya menutup keaiban orang lain dan tidak mendedahkannya. Jadi sesetengah orang yang bijak mereka memanfaatkan perihal ini sebaik mungkin. Sebab itulah ramai orang buat amal kebajikan untuk menutup kejahatan yang dilakukan. Orang tahu kejahatannya tapi orang kabur dengan kebaikan yang telah dilakukan... akhirnya orang tutup mata, telinga dan mulut. selamatlah dia di dunia...

Beginilah caranya syaitan dan kejahatan nafsu dalam diri menipu dan memperdayakan kita semua. Sebab itu saya berpesan agar kita semua sentiasa peka dengan golongan berkepentingan seperti ini. Mereka ini sangat licik dan biasanya menggunakan kekayaan, kekuasaan untuk menutup segala kebobrokkannya. Mereka cuba untuk membeli jiwa orang lain dengan wang-ringgitnya.

Oleh sebab itu kita umat Islam mesti ada keberanian menentang kemunafiqkan golongan ini kerana mereka sebenarnya musuh Allah SWT dan selalu mempergunakan orang lain untuk kepentingannya semata-mana. Mereka adalah musuh kita juga yang mesti kita menentangnya. Mereka adalah golongan menaja kemungkaran dan ahli maksiat kepada Allah SWT. Kita nampak kemungkarannya tapi ramai orang berpura-pura tidak nampak kerana terpedaya dengan kekayaan dan kekuasaannya.

Kenapa kita tidak berani memperbetul dan lebih tinggi tahap daripada itu dengan menentangnya? Ini semua kerana kita berada dalam keadaan lemah aqidah dan kejahilan, lemah ekonomi dan tidak ada kedudukan dari segi politiknya.

Tiga faktor ini orang yang bijak dan jahat selalu mempergunakannya untuk berkuasa dan menindas yang lain. Jadi oleh itu kita mesti keluar daripada kejahilan dengan belajar, gigih menuntut ilmu, jika kita tidak berkemampuan ke tempat berbayar dan institusi yang tinggi, kita keluar ke masjid dan surau atau mana-mana tempat dan medan yang diizinkan kita untuk mendapatkan ilmu dan penjelasan; kita keluar. Kita berjihad sedikit untuk memperolehi ilmu kerana itu saja yang mampu kita ubah golongan ini agar mereka yang bijak dengan kejahatan tadi sedar diri dan memperbetulkan keadaan. Kita gunakan kuasa diri kita untuk menunjukkan sikap penentangan kita terhadap golongan berkepentingan seperti ini. Jika tidak kita selamanya diperkotak-katikkan oleh mereka buat selamanya.

Fikir-fikirkan dan sudak sampai masanya kita menetukan sikap terhadap mereka ini. Perhatikanlah kepada apa yang digambarkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman yang maksudnya;

" Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)? "- ayat 4 ; Surah al-Munaafiquun.

Allah SWT sifatkan mereka sebagai kayu sandar sahaja kerana sifat mereka yang buruk meskipun tubuh mereka bagus-bagus dan mereka pandai berbicara, akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tak dapat memahami kebenaran.

Wallahu A'lamu Bis Sowaab.

Monday, November 01, 2010

Usahaku Adalah Usaha Dakwah Biarpun Di Pentas Pembangkang

Dua tiga minggu ini , saya rasakan bagai berkejar dengan masa. Selain kerja-kerja harian yang kian menuju akhir tahun, ada kerja-kerja tambahan baik diperingkat jabatan maupun khidmat masyarakat. Semalam saja dalam satu hari ada 4 kuliah dari pagi sampai ke malam. 4 kuliah ini melibatkan empat tempat iaitu di masjid, di markaz Tarbiyah PAS, Sibu, di Tadika Kanak-Kanak dan di sekolah. Dalam masa yang sama kerja-kerja gotong-royong membaikpulih dalaman masjid An-Nadwah sedang berjalan yang insya Allah akan siap pada minggu ini juga. Lagi pun ianya perlu disiapkan sebab hari Jumaat nanti akan digunakan untuk Solat Jumaat.


Teringat dua hari lepas ada satu mesej daripada siapapun tak tahu, sebab nombor yang naik ke handphone saya tu nombor orang yang tidak saya kenali bertanya apakah PAS akan bertanding di Dun Nangka? Dalam keadaan bertanya itu dia memberitahu bahawa kawannya orang kuat dalam PBB memberitahunya bahawa khabarnya parti PBB telah senaraikan DUN ini sebagai kawasan panas, yang sebelum ini mereka selalu mengganggapkan DUN ini adalah DUN yang selamat.

Saya mahu beritahu bahawa saya tidak ambil tahu pasal politik orang tempatan (Sibu) sehingga ke dalam kain mereka. Siapa nak jadi wakil dalam satu-satu DUN tu jauh daripada pengetahuan saya. Saya pun tidak pernah hadir dalam menyuarat mereka. Saya ni orang pendatang, kerja saya melebarkan usaha-usaha dakwah Islam agar ahli masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.


Oleh kerana kerja dakwah tidak boleh dilakukan sendirian, saya perlu menggabungkan diri dengan mana-mana kesatuan yang ada di Sibu tidak kira yang pro kerajaan atau pembangkang. Matlamat saya jelas, saya berdakwah dengan wadah yang jelas dan tidak dikongkong oleh sesiapapun. Sebab itu saya pernah di"gam" daripada membaca khutbah dan sebagainya dua tahun yang lalu.

Walaupun saya hadir dalam majlis anjuran PAS contohnya, saya hadir sebagai penceramah atau pemberi tazkirah sesuai saya sebagai ahli PAS berdaftar sejak tahun 1997 dahulu lagi. Sebenarnya saya ni bukan bekerja untuk mana-mana ahli politik, saya hanyalah pendakwah yang berceramah , berkuliah untuk menyebarkan Islam, saya akan memberi kerjasama saya kepada mana-mana pihak yang memerlukan khidmat dan menjemput saya. Walaupun saya ini adalah ahli PAS, tetapi saya bukan bekerja untuk satu parti sahaja.

Selama bertahun-tahun saya berada di Sibu, saya membawa agenda Islam untuk disampaikan kepada ahli masyarakat. Sekian lama saya diterima baik di sini. Saya tidak bermasalah dengan sesiapa pun melainkan mereka yang bersifat pendengki dan mereka yang berfikiran sempit yang di kategorikan oleh seorang yang ada "nama" juga di Sibu ini sebagai "golongan bodoh sombong".

Jadi kepada mereka yang berusaha mahu mencungkil rahsia kalau-kalau saya tahu itu dan ini, saya beritahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang percaturan politik orang sini. Siapa nak bertanding, parti mana nak bertanding , saya tidak ambil pusing langsung. Saya rasa ada pihak nak tahu dan nak mencungkil rahsia, kalau-kalau saya terlibat dalam pakatan rakyat di sini.


Sungguh kelibat saya di pentas pembangkang adalah sebagai tetamu yang memberi tazkirah dan penceramah atau pemberi kuliah saja. Saya menganggap siapa saja memberi peluang kepada saya, itulah peluang saya berdakwah. Oleh kerana peluang ini biasanya tidak disediakan oleh pihak kerajaan maka ruang saya di pentas pembangkang itu lebih besar. Apa salahnya saya isikan. Anda tidak mahu, maka ada orang yang mahu dan memberi peluang maka saya patut mengambil peluang itu.

Walaubagaimanapun jika anda mengajak saya bersekongkong dengan kerja-kerja kebathilan, maaflah saya tidak berminat....
 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |