Oleh : isma daud
Umur...
Apa itu umur? Modal kehidupan? Waktu yang lebih berharga daripada emas? Penentu kematangan? Lebih dahulu makan garam?
Umur tidak seumpama emas yang ada nilai pasang surut di pasaran, emas bila hilang boleh ditempa, boleh dicari ganti. Sebaliknya umur kita, hilang tak berganti.
Umur ialah waktu yang pergi. Bila ia berlalu, tidak akan berulang lagi. Hari ini bila sudah jadi kelmarin kita tidak akan bertemu dengannya buat selamanya.
Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita.
Umur bukan persoalan siapa dulu yang hidup, lama atau singkat kehidupan. Pengalaman yang diulang2 walau hidup puluhan tahun sebenarnya kerugian kerana ia hanya sesuatu yang singkat.
Maka panjangkan umur kita dengan iman, ilmu, pesanan dan amal yang soleh. Walau kita sudah mati, segala kebaikan yang kita tinggalkan terus hidup selagi ada langit dan bumi.
Bermuhasabahlah dengan umur kita, kita hanya memiliki masa yang sekarang.
Mati sudahlah pasti, hidup in sya Allah. Mati adalah pasti, hidup in sya Allah!!!

No comments:
Post a Comment