Posting Teratas Blog Ini
-
Masa balik kampung hujung tahun lepas (2009), sempat tengok orang kampung masak kawah. Saya cuma jaga api je... Gambar2 ni menunjukkan langk...
-
Sekitar jam 2:00 petang 19 Jun; saya bertolak dari rumah ke sebuah bengkel kereta milik seorang warga Muslim Sibu kerana kereta saya menga...
-
post info By Anwar Ibrahim Categories: Anwar Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa buat keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepa...
-
Doa Tuan Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) "Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari ...
-
Tanpa perancangan rapi, beberapa rakan ustaz dan ustazah mengajak kami sekeluarga menyertai Hari Keluarga Ke 3 ke Pantai Belawai. Kali ini m...
Genap 39 tahun
Hari ini, suara masih serak, masih batuk-batuk. Mujurlah tugasan ceramah di surau atau masjid tidak ada untuk tiga hari ini. Harap pagi Ahad nanti ia kembali pulih. Kelmarin langsung hilang.
Apa pun hari ni genap usiaku 39 tahun. Tahun terakhir diusia angka 30an. Di FB ramai rakan-rakan ucapkan selamat dan doakan kesejahteraan saya. Terima kasih buat semua. Terima kasih.
Semoga ada sisa-sisa hari untuk saya meneruskan kehidupan di alam fana ini.
Alhamdulillah... syukur atas segala kurniaan dan nikmatMu, ya Allah.
39...dua angka keramat sebab tahun dpan angka 3 tu akan diganti dgn angka 4...saya dulu pada permulaannya agak sedih dan shahdu jugak tapi sekarang dah ok lagipun tahun depan dia akan bertukar lagi ke angka 5 pulak..saya akan jadi warga emas 50an..subhanaAllah
ReplyDeleteya, umur itu begitu pantas berlalu. Setiap hari yang datang, ia datang dengan detik waktu yang baru, setiap yang baru beerti ada sesuatu yang terlepas dan ditinggalkan. semuanya menjadi sejarah yang hanya mampu dikenang dan dijadikan teladan buat masa mendatang. syukur pada sisa umur yang dikurniakan oleh Allah SWT. Oleh itu, kita mesti memanfaatkan umur yang dikurniakan Allah ke jalan yang diredhaiNya.
ReplyDeleteNombor adalah angka... namun sungguh bermakna.
ustaz masih punya byk masa utk menmbah ilmu dn amal ibadah manakala sya sudah kehabisan lebih 10 tahun jika dibanding dgn ustaz..if only I could turn back the clock..hahaha
ReplyDeleteAllah SWT tidak menilai pada angka banyak atau sedikit, tetapi bagaimana seseorang itu memanfaatkan masa yang seseorang itu ada. masa yang lepas tidak dapat diputarkan lagi walau seberapa banyak usaha kita untuk kembali kepadanya. semoga kita semua beroleh petunjuk Allah SWT dalam meniti hari yang berbaki. Imam Ghazali pernah bertanya kepada murid2nya; "apakah yang jauh kepada seseorang?", lalu dijawab; "negara yang jauh seperti negara China,,,," tapi Imam Ghazali menjelaskan, "yang jauh adalah usia/masa yang telah kita tinggalkan biarpun baru sedetik berlalu".
ReplyDelete