Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Monday, August 01, 2011

Ramadhan Karem 1432H ~ Mendidik Nafsu Taatkan Allah SWT

Oleh isma daud

"Walaupun berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama larangan Allah SWT diteruskan juga, contohnya; ramai yang berpuasa tetapi tidak mendirikan solat fardu, masih tidak menutup aurat, tidak berhenti daripada kerja-kerja jahat dan membuat fitnah, masih kedekut dan bakhil membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sebaliknya suka membazirkan wang pada jalan sia-sia dan tidak berfaedah..... maksudnya puasa itu tiada mengesan pada hati dan dirinya sedikitpun. Malah puasanya tidak mampu mendidik dirinya untuk taatkan Allah SWT sebaliknya nafsunya itu terus bermaharajalela menguasai dan mencengkam dirinya. Biarpun Syaitan sudah terbelenggu dalam bulan Ramadhan, namun asuhan syaitan dan cengkaman syaitan pada hati dan nafsunya amat berjaya sekali."


Bulan Ramadhan yang mulia datang lagi. Ia datang dengan membawa hidangan rahmat dan keampunan Allah SWT. Kandungan Ramadhan yang utama ialah puasa selama satu bulan. Matlamatnya melahirkan insan bertaqwa kepada Allah SWT.

Tarbiyah utama dalam bulan Ramadhan adalah untuk mendidik nafsu kita agar taat akan Allah SWT. Penanda aras kejayaan kita samada berjaya atau tidak dalam melepasi ujian Allah SWT tiada lain kecuali kita mampu mendidik nafsu kita menjadi jinak kepada segala yang disuruh oleh Allah SWT. Dalam masa yang sama kita mampu meninggalkan segala larangan Allah SWT. Jika gagal mencapai penanda aras ini bermaksud kita gagal mencapai matlamat bertaqwa kepada Allah SWT dan meneruskan kegagalan buat sekian kalinya dalam bulan Ramadhan ini kerana terus tunduk kepada kehendak dan kemahuan nafsu kita yang tiada batas itu walaupun dijelaskan kepada kita bahawa Allah SWT telah membelenggukan Syaitan yang menjadi nakhodanya.

Sesiapa yang masuk bulan Ramadhan dan gagal memperolehi rahmat dan keampunan Allah SWT, bermaksud dia orang yang tertipu dan terpedaya. Kenapa??? Sebabnya orang yang beriman akan berusaha memperolehi seberapa banyak kurniaan Allah SWT dalam bulan yang mulia ini sedangkan orang yang hanya berharap mendapatkan rahmatnya tetapi tidak pula beramal di dalamnya dan berangan-angan dengan rahmat dan ampunan tuhan, itulah tipuan namanya.

Hal ini terjadi kerana nafsu tidak dijaga dan dikawal dengan rapi. Walaupun berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama larangan Allah SWT diteruskan juga. Contohnya; ramai yang berpuasa tetapi tidak mendirikan solat fardu, masih tidak menutup aurat, tidak berhenti daripada kerja-kerja jahat dan membuat fitnah, masih kedekut dan bakhil membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sebaliknya suka membazirkan wang pada jalan sia-sia dan tidak berfaedah..... maksudnya puasa itu tiada mengesan pada hati dan dirinya sedikitpun. Malah puasanya tidak mampu mendidik dirinya untuk taatkan Allah SWT sebaliknya nafsunya itu terus bermaharajalela menguasai dan mencengkam dirinya. Biarpun Syaitan sudah terbelenggu dalam bulan Ramadhan, namun asuhan syaitan dan cengkaman syaitan pada hati dan nafsunya amat berjaya sekali. Masakan tidak 11 bulan menurut kata nafsu dan komandernya, syaitan manakan mampu mencabut tujahan dan terjahan syaitan serta merta.

Namun kita jangan berputus asa. Semoga sebulan berpuasa ini akan memberi kejayaan baru kepada kita apabila kita mampu memacukan nafsu kita mengikut acuan Allah SWT. Insya Allah ia akan cenderung untuk melakukan kebaikan mengatasi kejahatan.

Sesungguhnya nafsu itu adalah amanah Allah SWT kepada pemiliknya agar ia diasuh dan didik supaya taatkan Allah SWT sepanjang masa. Barulah apabila ia dipicitkan dengan rasa lapar dan dahaga ia menjadi lembut dan mudah dilentur. Oleh sebab itu marilah kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita bermujahadah diri agar ia terbina sebagai hamba yang kenal penciptanya dan selalu taat akan Dia.

Semoga kita semua umat Islam berjaga memperolehi rahmat dan berkat daripada Ramadhan tahun ini dan ibadat puasa yang terkandung di dalamnya. Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERTANDANG KE LAMAN BLOG INI. AHLAN WA SAHLAN, YA RAMADHAN!!!

3 comments:

  1. Kita diberitahu bahwa dalam bulan Ramadhan syaitan2 dirantai...tetapi kenapa masih ada perbuatan yg mungkar dilaku oleh umat Islam?

    ReplyDelete
  2. Camelia; umat Islam masih melakukan hal-hal yang mungkar walaupun Iblis dan Syaitan telah dirantai dalam bulan Ramadhan adalah disebabkan oleh serakah nafsu manusia yang tiada batasannya.... sebab itu penanda aras kepada kejayaan puasa seseorang sejauh mana seseorang itu berjaya mendidik nafsunya tunduk kepada penciptaNya. selagi nafsu jahat tidak kenal tuhannya selagi itu nafsu mengangkat dirinya sebagai "tuhan palsu". begitulah buruknya natijah seseorang yang mengambil nafsu sebagai tuhan yang lain daripada Allah SWT. secara tidak langsung nafsu menjadi berhala dalam diri seseorang.

    Orang Islam mesti mengasuh dan mendidik nafsunya supaya menjadi baik dan sukakan yang baik. Firman Allah SWT, "Demi Nafsu dan penciptaannya, maka Allah SWT mengilhamkannya dengan kejahatan dan ketaqwaan, demi sesungguhnya beruntunglah mereka membersihkannya (daripada syirik dan maksiat), dan rugilah mereka yang tenggelam dalam kekotorannya". Orang yang gagal mengawal nafsu dia akan terperosok ke dalam bahana dan fitnah nafsu yang jahat dan buruk yang mendatangkan mudarat yang sangat dahsyat kepada tuannya sebagaimana firman allah SWT; "Sesungguhnya nafsu itu mengarahkan tuannya dengan kejahatan".

    Jadi tidak hairanlah dalam bulan Ramadahan ini walaupun syaitan di rantai, masih ramai orang terus-menerus melakukan kejahatan dan maksiat. Semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang berjaya dengan ibadat puasa , insya Allah untuk mendidik diri kita dan nafsu kita agar tunduk kepada kehendak dan perintah Allah SWT. Wallahu A'lam Bis Sawab...!!!

    ReplyDelete
  3. shukran atas penjelasan ya Ustaz

    ReplyDelete

 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |