Pahitnya di"gam" pernah saya rasai, bukan kena gam itu yang pahit tetapi FITNAH yang datang bersama dan tersembunyi didalamnya itu lebih pahit. Respond saya kpd orang popular spt Ustaz Zambri Manthop kena "gam". Jadi apalah sangat ujian yang kita terima ini berbanding dengan apa yang telah dilalui oleh mujahid dan mujahidah terdahulu. Sesungguhnya kita ini hanya insan kerdil kepada Allah SWT yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa. Usah sedih, rezeki dalam tanganNya.
gambar ini diambil di blog ini; N'N@Blog , terima kasih. |
Kerajaan BN bukan puak yang mesra kepada ulama yang benar atas kebenaran. Mereka hanya ingin memperalatkan golongan ulama selama mereka boleh diperguna dan diperkudakan. Jika mereka ini menegakkan kebenaran, mereka tidak ubah macam anjing yang ditendang dan dihina tanpa belas kasihan bahkan tiada harga lagi. Tidak kira anda siapa, nasibnya sama. Itulah nasib berbaik dengan puak-puak duniawi ini. Hanya Allah SWT sahaja yang akan menentukan nasib malang mereka yang taghut ini sebagaimana Allah SWT telah berbuat kepada kaum-kaum yang dibinasakanNya terdahulu seperti kaum 'Aad, Thamud dan Fir'aun.
Masanya akan tiba, tidak lama, sabarlah Ustaz.
Hidup penuh misteri dan panca roba bersabarlah menghadapi dn bertawakkal
ReplyDelete