1433H. Lokasinya Marang, Terengganu.
Ketika aku memandu perlahan kereta, membelah deretan bukit di Bukit Kol dengan pandangan di kiri kanan yang indah, sedikit berkabus di awal pagi, cuaca redup bagai nak hujan, , keadaan jalan yang lengang dek cuti maal hijrah, anak-anak pula berada dengan datuk dan nenek mereka, hanya berdua dalam kereta, dengan lembut aku memegang tangan isteriku dan meramas mesra sehingga isteriku sedikit terkejut dengan kejanggalan itu.
Lantas isteriku bertanya; "abang ada bawa buku perakuan sijil nikah kita tak?"
Aku ketawa lucu. Maklumlah kalau suami isteri tu biasanya seorang memandu dan seorang lagi memandang keluar mengelamun sendiri atau berdengkur sahaja.
"Kenapa?" aku membalasnya.
"Biasanya pasangan yang tak kahwin saja "mesra semacam" dalam kereta" sapuknya.
"Habis kalau suami isteri yang halal tak boleh bermesra dalam kereta?"tanyaku balik...
"Boleh Tapi Pelek" katanya.
"Nantikan ada polis ke, JPJ ke kat depan bukan dia minta lesen memandu kereta je, lesen memandu satu lagi juga ditagihnya" tambah isteriku disambut dengan deraian tawa lucu kami berdua.
Mataku terus mengawasi perjalanan walaupun tangan memegang erat tangan lembut isteriku.
"Sayang! tahu tak apa azam tahun baru 1433 HIJRAH abang??".
"Boleh kongsi ke?, Cakaplah ayang nak tahu juga."
Aku diam seketika, bukan mahu mencari jawapan, tapi memberi rasa suspen kepada isteriku. Dia sabar menunggu.
Aku menjeling kepada isteriku dan berkata; "Abang mahu jadi suami yang punyai lebih masa dan lebih mengertimu sayang".
"Betul ke apa yang abang cakap ni? Syukur, Alhamdulillaaah!!!" .
"Betul" Balasku dengan hati yang ikhlas.
"kalau betul, ayang nak abang lebih ambil berat tentang solat dan mengaji Quran anak-anak dan lebih suka ke dapur".
"Ya, abang akan susun semula jadual kuliah dan kesibukan abang di luar. Terima kasih sayang kerana anak-anak lebih belajar dengan umminya daripada abahnya" jawabku.
Perbualan kami terhenti di situ. Kereta sampai ke simpang empat. Lampu traffik masih merah, sudah ada deretan kereta lain dan aku melepaskan tangan isteriku untuk menukar gear kereta....
Ada empat minit lagi perjalanan untuk sampai ke rumah, hanya kami berdua, masih banyak masa untuk menekuni isi azam baikku pada tahun ini... 1433H. Hari masih awal pagi dan cuaca pula bagai merestui kami....
2012. Lokasinya Sibu, Sarawak.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012... Masih dengan azam dan semangat yang sama dengan sedikit tambahan, "Aku akan terus mencintaimu kerana Allah".
ewah, memang mengagungkan...
ReplyDeletemashaAllah....Alhamdulillah..tahniah sang isteri punya suami yg romantik, warak, gah, superb and etc.etc..semoga Tuhan memakbulkan niat dan meredhai kalian sekeluarga..Aminnnn
ReplyDelete