Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Showing posts with label Uslub Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Uslub Dakwah. Show all posts

Friday, May 30, 2014

Teknik Dakwah Bersumberkan Wahyu

Oleh :[Isa Daud Al-Maranji]

Dakwah diambil daripada kata dasar دعا يدعو : minta tolong, ajak , jemput, panggil, seru, laung, pandu.

Dakwah dari segi istilah syarak ialah mengajak manusia dengan cara bijaksana kepada jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kemuliaan mereka di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT; Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk ~ Surah An-Nahl; Ayat 125.

Dalam suasana mengajak dan menyeru sudah tentu seseorang yang melibatkan diri dalam bidang dakwah ini menempuh pelbagai ujian dan dugaan daripada kumpulan sasarnya iaitu mad'u.

Seorang Daie mesti memiliki jiwa besar kerana tugas mengajak manusia kepada jalan Allah bukannya kerja kecil dan mudah. Mereka mesti memiliki ilmu pengetahuan yang cukup, semangat waja, keberanian, jiwa tawadhuk, sentiasa bersikap benar dan istiqamah dalam perjuangan.

Untuk memantapkan usaha-usaha dakwah, para daie perlu pintar menyesuaikan diri dengan kumpulan sasarnya seperti mempunyai kefahaman yang mendalam tentang isi Dakwah iaitu pengetahuan sedia ada bagi memberikan semaksima mungkin ilmu pengetahuan kepada orang yang didakwah (mad’u). Juga berkaitan kefahaman yang mendalam tentang selok belok sasaran dakwah seperti psikologi mereka, kebudayaan, kepercayaan, keadaan sosial dan kemampuan berkomunikasi dengan mereka.

Berbicaralah dengan kumpulan sasar ini mengikut kadar kemampuan akal mereka itu sendiri supaya dakwah yang disampaikan menjadi lebih berkesan dan mudah diterima oleh mereka.

Di sini saya cuba mendalami secara ringkas beberapa petunjuk Rabbani dalam menjayakan dakwah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul.

Di antaranya Allah SWT merakamkan keterangan sebagaimana dalam Surah An-Nahlu bermula dari ayat 125 -128.

Pertama : Seruan Allah agar menyeru dan mengajak dengan cara terbaik; berhikmah, nasihat yang baik dan berbahas dengan mengemukan hujah ilmu dengan ilmu juga, bukan mengikut emosi dan api kemarahan.

Firman Allah SWT; [ ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ] [سورة النحل 125]
Maksudnya; "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik".

Kedua : Bersikap Adil Dan Pemaaf; Membalas kejahatan dengan balasan yang sama adalah biasa, membalas kejahatan dengan kebaikan adalah luar biasa.
Firman Allah SWT; وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِين
Maksudnya; "Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) Sesungguhnya Yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar."

Ketiga : Para Daie mesti bersikap Sabar atas ujian, Tidak Bersedih, Sempit Dada dan Putus Asa. Sebaliknya banyak-banyak bergantung harap kepada Allah SWT. Para Daie adalah penyeru dan penyampai sebagaimana para ambiya' dan mursalin. Yang memberi taufiq serta hidayah adalah Allah SWT.
Firman Allah SWT; (وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ )
Maksudnya; "Dan Bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah Engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah Engkau bersempit dada disebabkan tipu daya Yang mereka lakukan."

Dan saranan terakhir dalam ayat 128 dalam surah yang kita perhatikan ini ialah ; Para Daie Mesti Yakin Mendapat Pertolongan Allah SWT.
FirmanNya; ( إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ )
Maksudnya; " Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

Disaat merasakan dakwah tidak kesampaian, para Daie sebaliknya kena banyak bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan. Jika matlamat kita betul boleh jadi pendekatan kita tidak tepat atau sebaliknya.

Lihatlah kepada saranan Allah SWT pula dalam ayat yang lain pula. Dalam ayat ini Allah SWT memberi isyarat supaya Berdialog Dengan Cara Terbaik walau kepada ahli kitab apatah lagi sasaran dakwah kita itu sesama Islam yang tidak berkemampuan ilmu dalam memahami saranan-saranan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka” ~Surah Al-Ankabuut;46.

Berdialog Dengan Lemah Lembut juga dipesankan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa dan Nabi Harun as ketika diarahkan bertemu dengan Fir'aun yang zalim.

FirmanNya yang bermaksud; "Kemudian hendaklah kamu ( Musa) berkata kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut" ~ Surah Tha Haa; ayat 44.

Wa Bil-Laahit Taufiiq Wal Hidaayah. Wallaahu A'laam.

Tuesday, December 28, 2010

Damping Masyarakat : Memasyarakatkan Ustaz & Ustazah

Catatan; pandangan ini adalah pandangan peribadi hasil pengamatan kasar dan soal jawab dengan beberapa ahli qaryah / jamaah surau sepanjang ana hadir menyampaikan kuliah, bukan analisis terperinci dengan angka-angka yang tepat.

Annuar Rapaee : "Saya berdoa keadaan akan berubah di Sibu pada masa akan datang. Saya di fahamkan Ust2 yang bertauliah dari segi latar belakang pendidikan agama ada seramai lebih dari 150 di Sibu. Sepatut nya tenaga mereka ini di manfaatkan oleh masyarakat dan kepimpinan setempat untuk meninggikan syiar Islam di Sibu"


Mohd Isa Mat Daud mengulas komen Annuar Rapaee ; Ada dua situasi dkt sini. Satu ustaz, satu lagi masyarakat.


1. Ustaz tidak suka ke masjid/surau dan kurang minat bermasyarakat.

~Masyarakat pun tak tahu pun ada ustaz dekat situ. atau masyarakat tidak perlukan ustaz sbb mereka buat kerja selama ini pun tidak dibantu oleh ustaz2. Mereka pun buat kerja cara mereka, kalau masuk ustaz kena pusing 360 darjah pula.

2. Masyarakat yang kosong jiwa agama. Atau lemah penghayatan. Nak tunggu mereka ini kuat dan ada kesedaran sendiri nak jemput ustaz sampai bila pun tak berlaku.

Bagi ana, para ustaz bisulah yang perlu diletakkan tanggungjawab dalam permasalahan ini. Mereka nanti akan menjawab setiap satu soalan di hadapan RabulJalil. Mereka ada amanah ilmu yang wajib mereka sampaikan.

Jadi ustaz kena rajin berjumpa masyarakat, nak ubah masyarakat bukan kerja sehari. mesti berani hadapi segala macam risiko. mesti sabar dan istiqamah baru orang percaya ada ustaz dekat situ.

Kalau 150 orang ada pun tak guna kalau masing2 bersembunyi macam tikus dalam beras je... kepada ustaz2 jangan marah le...ambil kata ana ni secara positif. Sebab itu yang realiti sekarang ini.

Apapun yang rajin bermasyarakat ana ucap syabas dan tahniah. kalian banyak membantu tapi bilangan kalian jauh sedikit daripada angka yang diletakkan oleh doc tadi. Terima Kasih, ana sayang anda semua. Anda pejuang agama...

Terima kasih juga kepada pihak NGO dan badan2 Islam seperti HIKMAH ada membantu.

Mungkin mereka yang baki2 tu, jihad mereka lebih ikhlas, tak tonjol apa yang telah mereka buat, sehingga orang tak nampak.

Ana ronda beberapa surau sepanjang cuti akhir tahun ni, banyak surau langsung tak ada program kuliah walau sekali seminggu sepanjang tahun ni kecuali ada ceramah agama sekali sekala sempena bulan tertentu. Aktiviti surau berlegar dalam lingkungan baca yaa siin dan tahlil malam jumaat saja...

Renungkanlah angka 150 itu dengan kesunyian dan kelesuan rumah ibadat orang Islam di sini... Siapa nak bertanggungjawab? JAIS apa khabar? JAKIM apa khabar? Pengerusi dan Imam yang dah tua2 apa khabar? Kreativiti dah daya fikir dah habis baterinya.

Ana berharap tahun 1432H adalah tahun ustaz/ustazah kita bangkit dari lena yang panjang. Kesibukan kerja sekolah bukan alasan. Bangkitlah. atau kita semua terpalit malu yang besar. Wallahu A'lam.

Monday, November 01, 2010

Usahaku Adalah Usaha Dakwah Biarpun Di Pentas Pembangkang

Dua tiga minggu ini , saya rasakan bagai berkejar dengan masa. Selain kerja-kerja harian yang kian menuju akhir tahun, ada kerja-kerja tambahan baik diperingkat jabatan maupun khidmat masyarakat. Semalam saja dalam satu hari ada 4 kuliah dari pagi sampai ke malam. 4 kuliah ini melibatkan empat tempat iaitu di masjid, di markaz Tarbiyah PAS, Sibu, di Tadika Kanak-Kanak dan di sekolah. Dalam masa yang sama kerja-kerja gotong-royong membaikpulih dalaman masjid An-Nadwah sedang berjalan yang insya Allah akan siap pada minggu ini juga. Lagi pun ianya perlu disiapkan sebab hari Jumaat nanti akan digunakan untuk Solat Jumaat.


Teringat dua hari lepas ada satu mesej daripada siapapun tak tahu, sebab nombor yang naik ke handphone saya tu nombor orang yang tidak saya kenali bertanya apakah PAS akan bertanding di Dun Nangka? Dalam keadaan bertanya itu dia memberitahu bahawa kawannya orang kuat dalam PBB memberitahunya bahawa khabarnya parti PBB telah senaraikan DUN ini sebagai kawasan panas, yang sebelum ini mereka selalu mengganggapkan DUN ini adalah DUN yang selamat.

Saya mahu beritahu bahawa saya tidak ambil tahu pasal politik orang tempatan (Sibu) sehingga ke dalam kain mereka. Siapa nak jadi wakil dalam satu-satu DUN tu jauh daripada pengetahuan saya. Saya pun tidak pernah hadir dalam menyuarat mereka. Saya ni orang pendatang, kerja saya melebarkan usaha-usaha dakwah Islam agar ahli masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.


Oleh kerana kerja dakwah tidak boleh dilakukan sendirian, saya perlu menggabungkan diri dengan mana-mana kesatuan yang ada di Sibu tidak kira yang pro kerajaan atau pembangkang. Matlamat saya jelas, saya berdakwah dengan wadah yang jelas dan tidak dikongkong oleh sesiapapun. Sebab itu saya pernah di"gam" daripada membaca khutbah dan sebagainya dua tahun yang lalu.

Walaupun saya hadir dalam majlis anjuran PAS contohnya, saya hadir sebagai penceramah atau pemberi tazkirah sesuai saya sebagai ahli PAS berdaftar sejak tahun 1997 dahulu lagi. Sebenarnya saya ni bukan bekerja untuk mana-mana ahli politik, saya hanyalah pendakwah yang berceramah , berkuliah untuk menyebarkan Islam, saya akan memberi kerjasama saya kepada mana-mana pihak yang memerlukan khidmat dan menjemput saya. Walaupun saya ini adalah ahli PAS, tetapi saya bukan bekerja untuk satu parti sahaja.

Selama bertahun-tahun saya berada di Sibu, saya membawa agenda Islam untuk disampaikan kepada ahli masyarakat. Sekian lama saya diterima baik di sini. Saya tidak bermasalah dengan sesiapa pun melainkan mereka yang bersifat pendengki dan mereka yang berfikiran sempit yang di kategorikan oleh seorang yang ada "nama" juga di Sibu ini sebagai "golongan bodoh sombong".

Jadi kepada mereka yang berusaha mahu mencungkil rahsia kalau-kalau saya tahu itu dan ini, saya beritahu bahawa saya tidak tahu apa-apa tentang percaturan politik orang sini. Siapa nak bertanding, parti mana nak bertanding , saya tidak ambil pusing langsung. Saya rasa ada pihak nak tahu dan nak mencungkil rahsia, kalau-kalau saya terlibat dalam pakatan rakyat di sini.


Sungguh kelibat saya di pentas pembangkang adalah sebagai tetamu yang memberi tazkirah dan penceramah atau pemberi kuliah saja. Saya menganggap siapa saja memberi peluang kepada saya, itulah peluang saya berdakwah. Oleh kerana peluang ini biasanya tidak disediakan oleh pihak kerajaan maka ruang saya di pentas pembangkang itu lebih besar. Apa salahnya saya isikan. Anda tidak mahu, maka ada orang yang mahu dan memberi peluang maka saya patut mengambil peluang itu.

Walaubagaimanapun jika anda mengajak saya bersekongkong dengan kerja-kerja kebathilan, maaflah saya tidak berminat....
 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |