Pantang 44 hari telah berakhir. Kata isteriku ingin berpantang sampai 100 hari.
In Shaa Allah...
Dalam entri yang lalu; saya belum memberi nama kepada puteriku ini. Banyak nama yang dicadangkan oleh ahli keluarga, kakak dan abang-abangnya. Antaranya, Aisyah Sofiah, Adawiyyah, Najwa dan beberapa nama lagi. Saya pun mengambil masa untuk memberi nama kepada puteri saya ni.
Masa mengandung kami tidak berfikir pun untuk mengetahui apa jantina kandungan kali ini. Lelaki perempuan kami terima dengan redha. Jiran-jiran ada berkata macam kandungan lelaki. Jadi kami tidak terfikir untuk menyediakan sebarang nama.
Apabila puteriku lahir, saya lebih berfikir untuk balik melaksanakan PRU13 dan bergegas balik ke Terengganu. Hanya balik semula ke Sibu, Sarawak baru saya memikirkannya.
Sewaktu sahabat saya ; Ustaz Ali Supandi bertandang ziarah ke rumah dia bercerita bahawa adik-beradiknya ada seorang diberi nama Arfah. Banyak nama dicadang, tapi tetiba bapanya pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memberitahu muncul sahaja dibenaknya nama itu lalu di beri nama itu; Arfah.
Situasi yang sama juga berlaku hampir sama dengan saya. Puas saya berfikir, siapa nama anak ke 6 saya ni? Akhirnya muncul dibenak saya Arfah. Boleh jadi saya mengenangkan "'Arafa", yang memberi erti tahu atau kenal. namun saya masih meraikan juga pandangan anak-anak, isteri dan keluarga, maka saya namakan anak perempuan saya ke 6 ini sebagai; Nur Arfah Sofiah Binti Mohd Isa. Saya ingin meletakkan tanda "'Arfah" tetapi tidak dibenarkan oleh pihak pendaftaran.
Nur Arfah Sofiah semoga berkat namamu akan mendatangkan cahaya (nur) kebahagian kepada abah dan ummi, saudara-saudaramu dan ahli keluarga yang lain. Senang dikenali sebagai insan yang mudah dan berlapang dada serta suci dan bersih hatimu dalam kehidupan. Semoga Allah memberkati ahli keluarga kami semua , in shaa Allah.
Nur Arfah Sofiah semoga berkat namamu akan mendatangkan cahaya (nur) kebahagian kepada abah dan ummi, saudara-saudaramu dan ahli keluarga yang lain. Senang dikenali sebagai insan yang mudah dan berlapang dada serta suci dan bersih hatimu dalam kehidupan. Semoga Allah memberkati ahli keluarga kami semua , in shaa Allah.
Semoga anakku membesar bersama saudara-saudaranya yang lain dengan sihat wal'afiat. Bila besar nanti jadi anak yang soleh dan berguna kepada masyarakat. Amiin, Yarabbal Aalamiin.
Amiin...
ReplyDelete