Harta menjadi fitnah kepada yang hidup dan yang mati.
Harta dan anak-anak merupakan ujian kepada setiap insan. Demi anak-anak manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyediakan kelengkapan mereka berupa harta benda yang melimpah ruah. Rumah, kenderaan, kebun, ladang, sawah, emas, perak, kilang, saham dan pelbagai lagi asset kemewahan dan kesenangan kebendaan.
Harta yang menjadi hak milik si mati akan berpindah hak milik kepada mereka yang masih hidup sama ada anak-anak, suami atau isteri, bapa dan ibu, adik beradik kandung, sebapa dan seibu, bapa dan ibu saudara dan ahli-ahli keluarga terdekat yang lain dengan simati. Mereka terdiri daripada usul keluarga atau daripada furu’ (cabang) keluarga. Namun kejahilan dan tidak mengambil berat persoalan agihan harta mengikut hukum syarak menjadikan para waris berebut harta pesaka.
Membicarakan persoalan harta bagai mengejutkan seekor harimau dengan kehadiran mangsanya. Harimau mula menikus , mengeraskan diri dan mula matanya tajam dan tanpa belas kasihan menerkam mangsanya. Begitulah perumpamaan harta dan para waris yang memakai hukum rimba.
Islam telah menyusun dengan baik persoalan harta pesaka tanpa membiarkan manusia mencari-cari natijah sendiri dalam menentukan hak dan bahagian masing-masing apabila ada harta peningggalan si mati daripada ahli keluarga. Manusia tidak mampu untuk menentukan keadilan bagi diri sendiri. Sebab itu, Allah SWT menurunkan ayat-ayat muhkamat yang terang jelas bagi mengatur urusan harta pusaka ini.
Harta benda ini biasanya menjadi rebutan anak-anak dan para waris apabila seseorang telah meninggal dunia. Harta yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia dinamakan harta tarekah, warisan dan pesaka. Ilmu yang menbicara isu pembahagian harta pesaka ini dinamakan ilmu faraid atau ilmu mawaris.
Ilmu Faraidh atau Ilmu Al-Mawaris (Waris) adalah ilmu yang pertama kali dicabut Allah SWT dari diri manusia. Akibatnya akan timbul banyak perselisihan dalam kalangan umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman sehingga ada orang yang meragui keadilan Allah SWT… “Mengapa Tuhan memberikan hak lelaki dua kali ganda daripada hak wanita ?”
Sabda Rasulullah SAW; ““Pelajarilah ilmu faraidh dan ajarkanlah kepada orang ramai, kerana saya adalah seseorang yang akan mati, dan ilmu ini bakal diangkat dan akan timbul bermacam fitnah hingga berlaku dua orang yang bertengkar tentang pembahagian pusaka/waris maka mereka berdua tidak menemukan seseorang pun yang sanggup memfatwakan / menyelesaikan kepada mereka berdua”. (HR Ahmad, Nasai, Dan Al-Daaru Al-Qutni).
Ramai ahli masyarakat tidak tahu hak-hak harta si mati sebelum ianya diagihkan kepada para waris yang berhak menerimanya. Ada setengah ahli masyarakat yang menggunakan harta si mati mengikut sesuka hati seperti mengadakan tahlil, kenduri arwah dan mengagihkannya tanpa melihat tuntutan syarak terlebih dahulu. Sedangkan ketetapan harta yang ditinggalkan itu telah ada disisi Allah SWT. Bahkan Allah SWT menjanjikan ganjaran istimewa kepada yang mentaatiNya dan ancaman azab yang pedih kepada yang mengingkariNya.
Firman Allah SWT; مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (13) وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ.(14)
Maksudnya; “sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.” ~ Surah An-Nisaa’; ayat 12-14.
Berapa ramai umat Islam mengetahui tentang pengagihan dan pembahagian harta pesaka?
Berdasarkan ayat di atas dapatlah kita fahami bahawa setiap harta peniggalan si mati buka bermaksud boleh diagihkan terus kepada para waris. Ada beberapa hak harta yang mesti ditunaikan oleh para waris seperti pengurusan jenazah, membayar hutang-piutang si mati dan wasiat yang ditetapkan oleh simati. Jika semua ini telah ditunaikan mengikut hak yang sepatutnya barulah boleh diagihkan harta si mati kepada para waris yang berhak.
Hutang mesti dilangsaikan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan wasiat. Ini sangat bersesuaian dengan saranan Rasulullah SAW; “Jiwa seorang mukmin akan tergantung pada hutangnya sampai dia membayarnya” Hadis Riwayat Imam Ahmad.
Begitu juga wasiat, dilaksanakan sebelum diagihkan sebarang harta. Kerana wasiat adalah hak si mati yang terakhir yang diberikan Allah SWT untuk melakukan kebajikan bagi bekalannya di hari akhirat walaupun di saat hampir kepada sakaratul maut. Walaubagaimana pun wasiat hanya boleh dilaksanakan selagi tidak memudharatkan hak si waris seperti diwasiatkan melebihi atau kesemua harta. Wasiat juga tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta peninggalan si mati setelah ditunaikan hutang. Dan jika ada wasiat yang rosak atau fasad ianya tidak boleh dilaksanakan. Sabda Rasulullah SAW; “tiada wasiat kepada si waris” . Ini bermakna orang yang telah berhak menerima harta pusaka, tidak berhak menerima harta wasiat sekali lagi. Namun apa yang berlaku pengagihan harta berlaku diluar batas dan jauh daripada ketetapan syarak. Bahkan ada pihak yang melampaui batas dengan mengambil semua harta tanpa membuat agihan sewajarnya.
Hikmah didahulukan hutang atas wasiat;

- Hutang merupakan beban ke atas si mati baik masa dia hidup atau telah meninggal dunia
- Hutang adalah hak pemberi hutang ; dia berhak meminta dan menuntutnya kepada si mati dan warisnya sehingga selesai segala hutang.
- Wasiat (dalam ayat didahulukan sebutnya) adalah bertujuan pemberatan dari segi tuntutan tabarruk (amal soleh) dan tidak ada orang yang menuntutnya berbanding hutang. Apabila semua hak si mati telah ditunaikan oleh para waris, barulah boleh diagihkan kepada waris-waris yang berhak.
Diantara mereka yang berhak ialah;
- Waris Dengan Fard (suami, isteri, ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan, adik beradik seibu sebapa, adik beradik sebapa dan adik beradik seibu )
- Waris Dengan Ashabah (bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki ketika ketiadaan anak lelaki)
- Waris Dengan Radd (suami isteri tanpa waris fard, ashabah dan zawil arham)
- Waris Dengan Zawil Rahim (bapa dan ibu saudara sebelah bapa, bapa saudara dan ibu saudara sebelah ibu)
Urutan Pewaris ialah;
- Ashabul Fard
- Ashabul Nasab
- Zawil Furud
- Zawil Arham/Rahim
- Zawil Radd
- Al-Wala’ (Tuan Hamba Yang Membebaskannya)
- Baitul Mal
Berdasarkan pecahan ini dapatlah kita rumuskan ada 15 waris lelaki berhak menerima pusaka dengan ketetapan tertentu dan 10 waris perempuan berhak menerima pusaka dengan ketetapan tertentu pula.
15 Waris lelaki ialah;
- Anak
- Cucu
- Bapa
- Datuk
- Saudara Kandung
- Saudara Sebapa
- Saudara Seibu
- Anak Saudara Daripada Saudara Kandung
- Anak Saudara Daripada Saudara Sebapa
- Bapa Saudara Kandung
- Bapa Saudara Sebapa
- Anak Bapa Saudara Kandung
- Anak Bapa Saudara Sebapa
- Suami
- Hamba Yang dimerdekakan
10 Waris perempuan ialah;
- Anak
- Ibu
- Cucu
- Nenek Dari sebelah Bapa
- Nenek Dari sebelah Ibu
- Saudara Perempuan Kandung
- Saudara Perempuan Sebapa
- Saudara Perempuan Sibu
- Isteri
- Hamba Sahaya DiMerdekakan.
Hal ini bertepatan dengan keterangan Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim, Firman Allah SWT yang bermaksud; “Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan [1]; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua[2], maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." - Surah An-Nisaa'; ayat 11.
Keterangan;
[1]. Bagian laki-laki dua kali bagian perempuan adalah karena kewajiban laki-laki lebih berat dari perempuan, seperti kewajiban membayar maskawin dan memberi nafkah. (Lihat surat An Nisaa ayat 34).
[2]. Lebih dari dua maksudnya : dua atau lebih sesuai dengan yang diamalkan Nabi.
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud; “Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris)[3]. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun." - Surah An-Nisaa'; ayat 12.
Keterangan:
[3]. Memberi mudharat kepada waris itu ialah tindakan-tindakan seperti:
a. Mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka.
b. Berwasiat dengan maksud mengurangi harta warisan.Sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi hak waris, juga tidak diperbolehkan.
c. Berbohong pada hutang seperti satu pihak kata si mati ada hutang dengannya.
Bersambung....in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment