Hadirnya tahun 1432H sangat bermakna bagiku. Entah mengapa aku merasakan kehadiran tahun ini penuh berpengertian sekali. Setiap hari dapat kurasakan betapa aku cukup bersemangat menghadapi siangnya dan mengharap lagi akan datang lagi hari-hari yang penuh ceria dan beerti.. Bagaikan lorong gelap yang kutempuh buat beberapa tahun mutakhir ini seakan-akan cerah disimbahi cahaya. Banyak kedukaan di dalam hati bagaikan terubat. Segalanya berlaku kerana aku ingin sekali memiliki hati yang ada "Siraj". Hati yang bersinar terang bercahaya, bukan sahaja ada cahaya bahkan mampu menerangi sekitarnya.
Firman Allah SWT;
[فأما الذين ءامنوا فزادتهم إيمنا وهم يستبشرون وأما الذين فى قلوبهم مرض فزادتهم رجسا إلى رجسهم]
(Adapun orang-orang yang beriman, telah meningkatkan iman mereka, dan mereka bersukacita. Akan tetapi , mereka yang hatinya ada penyakit, akan menambahkan lagi kotoran dan lagi kotoran dalam jiwa mereka.) (9:124-125)
Sesungguhnya semua hari yang datang itu sama, cuma hati kita yang mencoraknya menjadi ceria atau sebaliknya. Namun hati itu banyak rupa dan coraknya, sentiasa berbolak-balik dalam jiwa manusia.
Kekadang ia bersalut kufur bagai ada tutupan melingkarinya, biarpun ia bercahaya namun cahaya itu tidak mampu merembas keluar dan memberi terang kepada sekelilingnya. Di dalam al-Quran disebut sebagai "Ghalfun" atau "Ghilaafun" beerti tutupan. Ini kerana cahaya yang ada bukan cahaya iman sebaliknya cahaya kekufuran. Kekufuran menyebabkan jiwanya yang bersih tidak mampu menyelamatkan diri dan kehidupannya. Segala kebaikan dan amalan baiknya tidak mampu menampung kekufuran walaupun dia berbelanja dengan segala isi dunia untuk menebus kekufurannya itu. Sebab itu kekufuran merupakan kezaliman yang besar kerana ia benar-benar satu pengkhianatan kepada diri sendiri. Biarpun tuannya berusaha mencari kebaikan, kebaikannya akan terhapus dek kekufurannya. Jelasnya hati yang kufur tidak diterima Allah dan seluruh amalan kebaikannya akan tertolak. Maka aku berdoa agar diriku, keluargaku dan saudaraku kaum muslimin dan muslimat bebas dari hati kufur dan syirik ini kerana ia menjadi punca kezaliman dalam hidup kita.
Ada juga hati yang sakit dan mati, yang merosakkan tuannya. Hati yang disebutkan sebagai "AlMankuus" yakni hati yang terbalik . Ia menjadikan tuannya seorang yang hipokrik dan memperdaya. Hati yang penuh Nifaq dan Pura-pura. Memilikinya menjadi seseorang itu lupa kepada hakikat dan hanyut serta alpa dengan dunia yang sementara ini. Bersarang sikap ego kerana ia tahu kebenaran tapi ia menolaknya. Hati ini sangat bahaya kerana banyak sangka buruknya dan prasangka. Lebih dahsyat hati jenis ini tidak mengenal tuhannya, sahabat dan orang sekelilingnya kerana yang dia kenal adalah kepentingan dirinya sendiri. Maka aku memohon kepada Allah SWT menjauhkan aku dan orang beriman daripada terkena penyakit hati ini.
Dan tidak kurang juga jenis hati itu bak air yang berkeladak yang bercampur-baur diantara jernih dan keruh. Jika tersaring jernihlah dia dan jika terbiar lama, berkeladaklah dia. ini hati orang biasa-biasa. Di dalam hadis hati ini dipanggil "Al-Mushfah". Dibaca dengan Shad. Jika imannya meningkat dia berbuat kebaikan maka jernihlah hatinya dan jika imannya berkurangan, ia akan berbuat maksiat maka bersalut noda dan kotorlah jiwanya. Jika dia ingat, dia bertaubat kembali jernihlah ia. Moga kita semua selamat dari bala bencana yang di datangkan Allah SWT akibat dosa-dosa dari kaki dan tangan kita, kesan daripada angkara kebejatan dan maksiat yang kita lakukan yang akhirnya menjadikan hati kita kotor dan mengundang kemurkaan daripada Allah SWT. Hidup kita penuh dengan kegelisahan dan penderitaan. Biarpun kita berbuat amal kebajikan, ia tidak mampu menghilangkan segala kesakitan dan penderitaan hati sehingga ia benar-benar dirawat dengan kebersihan dan keikhlasan iman kepada Allah SWT.
Itulah rupa hati. Begitulah bayangan hatiku sejak sekian lama. Hati seorang yang lemah dan mudah terpaut kepada dosa. Namun kehadiran tahun 1432H ini aku berazam ingin memiliki hati bersinar lagi suci yang memiliki "siraj", hati yang bukan saja bercahaya bahkan mampu memberi cahaya dan menerangi kehidupan dan persekitaran.

No comments:
Post a Comment