Semasa dengar kuliah Ustaz Azhar Said malam Sabtu (5/3/2010) mendedahkan bagaimana tidak sensitifnya pihak pengurusan sebuah surau (di Sibu) yang memberi tender masakan bagi satu ceramah Maulidur Rasul sehingga ramai para jamaah malam itu meninggalkan majlis tanpa "mau makan" jamuan selepas program tersebut.
Bayangkan rupa penyedia-penyedia makanan yang seksi, tidak menutup aurat dan tidak tahu agama lagaknya. Orang bimbang makanan yang disediakan sebarangan sahaja. Halal ke haram apa dia orang peduli...
Jangan ambil mudah saja perihal makan minum ni.... ia jadi darah daging yang menyebabkan amalan kita diterima atau ditolak oleh allah SWT. Kalau haram nanti tubuh kita jadi bahan bakar api neraka sebagaimana ditegaskan oleh Nabi kita.
Dan orang yang nak makan pun dia nak makan makanan yang suci sebab mereka buat ibadat, mereka nak ibadat mereka itu diterima Allah.
Semua orang Islam kena sensitiflah sikit tentang soal ini bukan fikir nak isi perut saja. AJK surau sepatutnya arif. Tapi sayang sekarang ini AJK masjid ramai yang jahil kerana mereka ada di situ bukan kelayakan agama tetapi kuat politik... Itulah hasilnya.
::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak:: |
---|
No comments:
Post a Comment