Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Thursday, March 04, 2010

Entah Mengapa?

Entah mengapa sejak akhir-akhir ni saya mudah terasa, terasa dengan sikap sesetengah orang yang dekat dengan saya.

1. Saya terasa bila kematian ibu saudara saya tidak dimaklumkan kepada saya, biarpun saya jauh tidak sepatutnya saya tidak dimaklumkan. Saya sewaktu di kampung hujung tahun lalu, berkali-kali saya ziarah ibu saudara saya, cari dukun dan bomoh yang mengamalkan rawatan secara Islam untuk merawat penyakit yang dideritainya. Akhirnya dia telah pergi buat selamanya. saya redha tapi saya terkilan dengan sikap anak-anaknya....

2. Saya terkilan dengan PK1 tempat saya bekerja. Saya cukup terkilan dengan cara dia berinteraksi dengan kami. Betul ke dia ni? Rasa tidak patut sangat dia berada di situ. Kami ni bukan nak apa sangat. Kami cuma nak orang atas tu ambil berat kebajikan dan kebersamaan dalam bekerja dengan kami. Kalau tak mahu buat kerja lebih patut serahkan kepada orang yang lebih berhak dan amanah. Jangan buat malu orang Islam saja...
Dia patut tahu orang bawah ni tiada kerja lain, yang Islam , yang bukan Islam...asyik duduk kutuk dia je setiap hari. Naik meluat dah telinga ni mendengarnya.... Sepatutnya dia tahu....

3. Terkilan juga dengan sesetengah ustaz yang berkira sangat kudrat dan kemampuan yang mereka ada tapi berkira sangat nak menyumbang kepada orang lain. Sampai ada yang sumpah dan kata kepada saya sebagai "bengong". Salahnya kerana ajak bersama dalam program Penyelaras Juara Al-Quran. al-maklumlah kena turun hujung2 minggu. Seharian suntuk pula tu... Sepatutnya saling menawar khidmat untuk membantu apatah lagi sudah dijemput untuk turut serta. Kalau tidak dapat datang pagi, boleh datang petang... bukankah sudah dimaklumkan kerja amal jariah...

4. Terkilan juga dengan setengah orang yang salah ertikan kebaikan kita. Beri betis nakkan peha. Saya yang mudah percayakan orang , asyik "kena main" je... Saya ni kalau orang beritahu kesusahannya rasa tidak senang kalau tak menolong, mula hubung sana, hubung sini. Menyusahkan orang juga. Itulah kelemahan saya. tapi ada yang salah-ertikannya, ada yang ambil kesempatan atas kelemahan saya...

Mengapa ya...??? Hati ni mudah terkilan sekali. Semoga Allah SWT membantu dan memberikan hati yang bahagia buat saya dan orang sekeliling saya... amiin!!!

No comments:

Post a Comment

 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |