Jam sudah menunjukkan satu pagi. Mata pula masih segar. Mungkin terkesan dengan tidur menjelang tengahari siang tadi. Balik saja dari Program Motivasi Anak dan Hari Permuafakatan di sekolah mereka, tubuh rasa letih betul dan mata pula mengantuk sangat. Entah bila terlelap langsung tak ingat. Bila terkejut jam sudah menunjukkan hari sudah petang. Tapi masih belum lewat untuk solat zohor. Anak-anak juga terlentuk tidur. Kejutkan mereka semua supaya mandi, solat dan makan tengahari..petang dah pun. Sejuk sudah masakan yang dimasak oleh isteri saya yang tinggal sendirian sewaktu kami ke program permuafakatan sekolah anak2 tadi.
Teringat kepada hasil pertemuan dengan guru-guru kelas anak siang tadi, masing-masing memberi maklum balas segala sikap dan aktiviti anak-anak sewaktu di sekolah khususnya dalam kelas baik di kala berlangsungnya P&P ataupun sesudahnya. Apapun masih boleh dibanggakan. Apa yang menjadi catatan guru dalam semua buku rekod anak saya ialah terlalu pendiam...seorang pendiam, dua pendiam, tiga pendiam....sudah keturunan pendiam nak buat macamana... cuma bapanya yang "banyak mulut", jadi anak2 belum masuk dalam zon banyak mulut ini...kata orang mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...
Rata2 anak masih lemah dalam bidang sains dan bahasa inggeris... saya pun lemah dalam bidang ini...
Namun saya masih berpegang kejayaan sentiasa menjadi milik orang yang rajin berusaha... kegagalan anak menjadi muhasabah kepada ibubapanya.
Dalam pada itu saya cuba memastikan anak saya juga tidak mengabaikan tuntutan agama..solat, mengaji quran dan di hujung minggu saya cuba memastikan mereka menghafaz ayat2 mudah daripada al-quran. Setakat ini mula daripada ayat2 lazim dahulu. Muqaddam.
Saya berdoa kehadrat Allah SWT agar anak-anak saya sentiasa sedar akan tugas dan peranan mereka dan menjadi anak yang dengar kata orang tua dan membesar menjadi insan soleh dan berbakti kepada ibubapa dan masyarakatnya , insya Allah. Amiin ya Rabbal 'Aalamiin!!!
No comments:
Post a Comment