Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Sunday, March 28, 2010

Anak2ku, Ini Suara Hati Abahmu!!!

Jam sudah menunjukkan satu pagi. Mata pula masih segar. Mungkin terkesan dengan tidur menjelang tengahari siang tadi. Balik saja dari Program Motivasi Anak dan Hari Permuafakatan di sekolah mereka, tubuh rasa letih betul dan mata pula mengantuk sangat. Entah bila terlelap langsung tak ingat. Bila terkejut jam sudah menunjukkan hari sudah petang. Tapi masih belum lewat untuk solat zohor. Anak-anak juga terlentuk tidur. Kejutkan mereka semua supaya mandi, solat dan makan tengahari..petang dah pun. Sejuk sudah masakan yang dimasak oleh isteri saya yang tinggal sendirian sewaktu kami ke program permuafakatan sekolah anak2 tadi.

Teringat kepada hasil pertemuan dengan guru-guru kelas anak siang tadi, masing-masing memberi maklum balas segala sikap dan aktiviti anak-anak sewaktu di sekolah khususnya dalam kelas baik di kala berlangsungnya P&P ataupun sesudahnya. Apapun masih boleh dibanggakan. Apa yang menjadi catatan guru dalam semua buku rekod anak saya ialah terlalu pendiam...seorang pendiam, dua pendiam, tiga pendiam....sudah keturunan pendiam nak buat macamana... cuma bapanya yang "banyak mulut", jadi anak2 belum masuk dalam zon banyak mulut ini...kata orang mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...

Rata2 anak masih lemah dalam bidang sains dan bahasa inggeris... saya pun lemah dalam bidang ini...

Namun saya masih berpegang kejayaan sentiasa menjadi milik orang yang rajin berusaha... kegagalan anak menjadi muhasabah kepada ibubapanya. 

Setelah hilang penat kerana ketiduran tadi, saya dan isteri mula berfikir untuk mengatasi masalah anak2. Namun kelas tusyen belum menjadi pilihan saya. Saya masih mendidik anak saya supaya respek guru kelas dan guru matapelajarannya di sekolah bukan guru tusyennya. Yang mahu berjaya buka gurunya tapi pelajarnya. Jadi saya perlu memastikan yang belajar ialah anak saya... suasana dan persekitarannya perlu mendokong usahanya. Jadi saya perlu bertegas dalam perkara ini. Saya perlu memastikan anak saya benar2 belajar dan faham apa yang dipelajarinya. Saya perlu menemani perjalanan pencariannya dalam mendapatkan maklumat dan ilmu. Perlu selalu menyokong dan mendokongnya....

Dalam pada itu saya cuba memastikan anak saya juga tidak mengabaikan tuntutan agama..solat, mengaji quran dan di hujung minggu saya cuba memastikan mereka menghafaz ayat2 mudah daripada al-quran. Setakat ini mula daripada ayat2 lazim dahulu. Muqaddam.

Saya berdoa kehadrat Allah SWT agar anak-anak saya sentiasa sedar akan tugas dan peranan mereka dan menjadi anak yang dengar kata orang tua dan membesar menjadi insan soleh dan berbakti kepada ibubapa dan masyarakatnya , insya Allah. Amiin ya Rabbal 'Aalamiin!!!

Wednesday, March 24, 2010

Gambar Terkini : Keluarga Ustaz Mohd Isa Daud, Sibu Sarawak

Terima kasih banyak-banyak budakli.com kerana merakam gambar kami sekeluarga di Sibu setelah singah bermalam di rumah beberapa hari yang lalu sebelum kembali ke Terengganu. Inilah gambar terkini keluarga buat tatapan keluarga dan teman-teman. Syukurlah kami semua sihat sejahtera dan bahagia selalu....



Sunday, March 21, 2010

Usahlah Curiga

Atas keikhlasan ku kenapa masih kau curiga. Aku mengaku bahawa aku ada buat silap, ada buat salah. Aku bukannya apa-apa.Bukan siapa-siapa. Hanya manusia biasa.

Aku sebolehnya tidak mahu silap lagi... tapi kau masih curiga lagi. Cuma maaf kupinta agar kau tidak curiga lagi. Moga kemaafanmu dapat menghilangkan rasa curiga yang bersarang di hati mu.

Aku bukan janji tapi sebenarnya aku jujur dan tiada apa-apa yang patut kau curigai. Apapun terserahlah kepadamu sama ada mahu percaya atau sebaliknya.

Sebelum terlena dan terpejam mata, maaf kupinta. Semoga aku tidak terus merasa berdosa atas beban dosa kesilapan lalu yang terus memburuku. Jika ada kemaafanmu, maka itulah hadiah berharga buatku.

Hanya itu yang kupinta darimu....

# catatan ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. jika ada kesamaan, itu adalah kebetulan semata-mata.

Friday, March 19, 2010

Sahabat; Engkau Tetap Sahabat Biar Siapapun Kamu

Sekadar Buat Renungan Bersama Dalam Bersahabat. Semoga Kita Dapat Bernaung Di Bawah Naungan Bayangan Allah Di Mahsyar Nanti Kerana Kita Ikhlas Dalam Bersahabat

Monday, March 15, 2010

Rumah Oh Rumah

Malam ni emak dan ayah mertua telefon mereka memancing dekat rumah saya di kampung. Singgah sekali dekat rumah tu.










  Catatan : Rumah sewaktu dalam proses akhir pembinaan. Sekarang sudah siap sepenuhnya.

Bilalah agaknya kami ni pula dapat tinggal di rumah sendiri???? Bilakah suasana begini berulang kembali? Sekadar hujung tahun sajalah agaknya. Tahun ni belum tentu lagi kerana kena jaga periksa SPM pula. Entahlah???

Sekadar mengenang peristiwa berada di rumah ini hujung tahun 2009. Sehari sebelum datang semula ke Sibu.

Sunday, March 14, 2010

Masa Untuk Bersama Keluarga

Alhamdulillah cuti sekolah datang lagi... rasanya nak gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk bersama keluarga. Tugasan luar kena dikurangkan. Cuma ada satu dua kuliah. Nak hentikan pun rasanya tak patut juga kerana sudah dalam jadual yang dipersetujui sebelum ini. Lagipun kuliah biasa yang dekat saja.

Inilah masanya saya nak masak dan bantu orang rumah, ambil tahu soal anak-anak. Cuti kali ni lama juga, 9 hari. Rasanya cukup untuk saya bersama mereka. Dari mulanya saya sudah beri tugasan supaya cuti kali ini anak-anak mesti hafaz ayat2 lazim dari Muqaddam. Nanti saya nak uji mereka.

Rasanya hari persekolahan sangat padat pengisiannya. Bukan saja tugasan sekolah, tugasan dalam JaPS juga. Saya harap saya dapat membantu rakan2 dalam JaPS dengan sebaik mungkin sebagaimana yang diamanahkan.

Beberapa tugas yang diletakkan atas bahu saya menuntut kepada pengorbanan masa untuk bersama keluarga. Ada hal berkaitan pelajar, ahli masyarakat dan keluarga. Saya seringkali meletakkan persoalan keluarga diakhir sekali. Kekadang isteri saya merungut juga tapi syukurlah dia dan anak-anak sentiasa faham dengan diri saya.

Cuma cuti kali ini saya tidak boleh pergi jauh, kerana anak sulung akan menduduki UPSR dan kelas tambahan sepanjang cuti ini. Harapnya cuti sempena Good Friday nanti dapat sertai ahli BADAI dalam lawatan ke Kuching. Boleh bawa keluarga bersama. Lama sudah saya tidak ke Kuching. Jangkanya 2 April - 4 April. Dua malam cukuplah tu.

Saya tidak boleh pergi lama sebab 5 hb April ada cabutan undi MTQ di SK Abang Ali dan pertandingannya pada 7-8 hb April.

Lagipun masih ada kuliah yang perlu saya hadir pada masa cuti ini. Sudah ada dalam jadual.

Namun saya akan pastikan masa untuk keluarga akan saya manfaatkan sebaik mungkin.

Friday, March 12, 2010

Tugas Rasul Membersihkan Umat Daripada Syirik

Dua tiga hari ini saya bagai kekeringan idea untuk menulis. hari2 adalah perjalanan yang biasa-biasa saja. tiada yang menarik untuk ditintakan di sini. kerja.. kerja... kerja... itu rutin biasa yang tidak payah dicerita...

Hari ni saya dijemput menyampaikan khutbah jumaat di Masjid al-Huda, Masjid SMK Agama Sibu. Lama sudah saya tidak berkhutbah di sini. Masjid lain sementelah lagi... Ada satu masjid tu takut mahu menjemput saya berkhutbah, maklumlah pernah kena gam di JAIS, Sibu. Tahun ni saya pun tidak tahu apakah saya masih digam.. sebenarnya saya ni digam daripada menyampaikan khutbah di Masjid an-Nur, Sibu setelah saya menyentuh isu sekular dan mengekalkan pemimpin sekular tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada Islam dan umat Islam. Kebetulan pada masa itu PM terkini baru dilantik. Jadi isulah....

Hari ini khutbah saya menyentuh tentang ingatan kepada kelahiran Rasulullah SAW. Rasanya belum terlambat kepada saya untuk terus menyentuh persoalan maulidur rasul dalam khutbah memandangkan ketidak-mudahan saya mendapat peluang berkhutbah mutakhir ini.

Saya mengajak para jamaah bukan saja mengingati Rasulullah pada hari tertentu sahaja sementara lupa kepada baginda pada hari-hari yang lain. Saya mengajak kepada ahli jamaah agar memahami tugas sebenar seorang nabi dan rasul. Menghayati tugasannya lebih bermakna daripada mengingati tarikh lahirnya saja. Dari situ kita lebih faham akan tugas dan peranan kita pula selaku umatnya di masa kini. saya memetik ayat 2, surah Al-Jumuah sebagai landasan khutbah hari ini.

Firman Allah ; " Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." (al-Jumuah; 2)

Saya menyebut tentang orang yang menyambut maulidur rasul sekadar gembira dengan kelahirannya saja tanpa penghayatan sebenar kepada asas iman dan aqidah sehingga menjadikan seseorang itu yakin kepada Allah SWT sebagai tuhannya, yakin kepada ajaran rasulNya, mereka tidak ubah seperti Abu Lahab yang gembira dengan kelahiran baginda tetapi menentang ajarannya sehingga Allah SWT mencerca Abu Lahab dan apa yang telah diusahakannya sehingga hari kiamat.

Watak-watak Abu Lahab akan sentiasa ada sepanjang zaman jika mereka ini terus meniru apa yang dilakukan olehnya. Kecelakaan demi kecelakaan akan menimpa biarpun kita sambut maulidur rasul setiap tahun.

Saya melebarkan khutbah saya dengan memperihalkan tentang tugas dan peranan utama nabi selain menyampaikan wahyu, nabi dan rasul dituntut mengajak umatnya supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT dan menentang Taghut. Sebesar-besar Taghut ialah Syirik kepada Allah SWT. Taghut itu melampau, mengikut syaitan dan mengadakan hukum, undang2 dan peraturan sendiri dengan menolak hukum Allah SWT.

Syirik sangat bahaya sehingga membatalkan iman dan amal yang soleh. Sebab itu tugas rasul itu membersihkan aqidah manusia daripada syirik kepada Allah SWT. FirmanNya : "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (Al-Kahfi;110)

Masyarakat Arab Jahiliyyah yang rosak akhlaknya dan tidak ada aqidah menjadi manusia yang dipuji oleh allah sebagai umat terbaik kerana mereka yakin dengan ajaran yang dibawa oleh baginda sehingga sanggup meninggalkan agama datuk dan moyang mereka. Mereka mulia kerana mereka menghayati kehidupan beragama dengan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah SWT.

Dipenghujung khutbah saya menghuraikan beberapa petikan ayat dari surah Al-Kahf dari ayat 103-106.

Renungan : " Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.  (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. " (al-kahfi; 103-106)

Semoga ahli jamaah dapat mengambil faedah daripada khutbah hari ini.

Wednesday, March 10, 2010

Bertukar Posisi

Jika 10 tahun dahulu saya datang ke Sarawak untuk berkhidmat di sini, orang kampung saya merasa kehilangan, kini Allah SWT menggantikannya dengan orang Sarawak datang berkhidmat ke Kampung saya.

Ustaz Rashidi Bin Abdullah yang asalnya bukan Islam kini gigih berdakwah di negeri saya. Beliau merupakan anak jati Serian, Kuching, Sarawak. Ustaz bukan saja datang ke Terengganu tetapi telah memilih orang Terengganu sebagai isteri dan pendampingnya. Harap ustaz terus gigih berdakwah di kampung saya.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

Tuesday, March 09, 2010

Solat Hajat Minta Bencana Sesama Umat

Islam Tidak Ajar Sembahyang Minta Bencana Kepada Sesama Umat - Jamil Khir .  Begitu tajuk berita yang di siarkan dalam beberapa akhbar. Saya memetik kenyataan beliau di utusan.online atau di bernama.

Beliau juga tidak mahu meletakkan kelemahan kepada kerajaan dan undang-undang yang ada atas kegagalan menangani isu gejala sosial seperti pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak, sebaliknya meletakkan kesilapan mereka yang terlibat dengan gaya hidup bebas.

"Ia berjangkit dari budaya barat termasuk hubungan songsang lelaki dan perempuan. Ia berkembang dengan subur dan semakin dahsyat.

"Dalam soal ini masyarakat tidak boleh dipersalahkan kerana undang-undang yang adapun tidak dapat mengawal perlakuan sumbang golongan yang tidak kuat agama," katanya.

Saya tertarik apa yang dikatakan oleh Pak Karamu dalam blognya, Jamil Khir belajar agama separuh tiang. Saya setuju sekali dengan pendapat itu.

Betapa menyamakan isu berdoa supaya mendapat hidayah kepada penduduk Thaif yang menyakiti baginda dengan isu khianat kepada parti adalah jauh daripada tepat sama sekali. Dangkal sungguh caranya berhujah. Sama ke diantara dua isu ni? Penduduk Thaif tu kafir dan pengkhianat parti ni muslim... Apa kaedah syarak kepada orang yang khianat kepada perjuangan? Bukankah seorang pengkhianat itu boleh dihukum bunuh?

Berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT memberi keputusan kepada mereka yang melompat parti dan khianat kepada amanah pengundi adalah cara penyelesaian yang tepat. Kita berdoa agar Allah SWT menunjukkan jalan agar golongan seperti mendapat pelajaran atas apa yang telah dikerjakannya. Macam kita solat hajat kepada pencuri agar Allah SWT membalas kerja mencurinya.... katakanlah pencuri itu seorang muslim, tidak bolehlah kita solat hajat agar dia pecah perut kerana makan hasil curi?

Kita berdoa agar orang Islam yang khianat mendapat pelajaran dan pengajaran. Agar orang Islam lain juga dapat pengajaran dan pelajaran yang sama. Agar maruah dan air muka orang Islam tidak tercemar. Agar Islam itu dipandang mulia. Rosaknya agama dan pandangan negatif orang lain terhadap agama adalah kerana adanya mereka yang rosak ini....

Monday, March 08, 2010

Amalan Gotong Royong Dan Amal Jamaie Masih Subur Dalam Masyarakat Kampung Saya

Sewaktu berada di kampung, saya sempat bersama-sama ahli qaryah melaksanakan amal jamaie. Pada pemerhatian saya budaya amal jamaie ini masih subur dalam masyarakat desa seperti amalan bergotong-royong jika ada kenduri-kendara.

Amalan seperti ini sudah kian terhakis walaupun di desa kerana zaman sekarang ramai orang sudah ada sedikit kemampuan dan perasaan keakuan itu kian menebal. Ramai yang memilih jalan tidak perlu bersusah payah beramai-ramai sehingga habis satu kampung. Jika duit banyak, ramai yang memilih hotel, menempah catering tertentu. Lebih grand dan mudah. Asal duit ada saja.

Namun amalan amal jamaie ini masih bertahan dan subur di kampung saya jika dibandingkan dengan suasana di bandar. Amalan bergotong royong dalam sesuatu perkara masih menjadi budaya setempat. Syukurlah.

Peristiwa 1 : Kenduri Kahwin

Bayangkanlah pada masa tu musim tengkujuh, hujan turun tidak berhenti-henti. seingat saya Terengganu mengalami beberapa kali banjir. Namun semangat kekitaan ahli qaryah menyebabkan kerja-kerja memasak menjadi mudah walaupun bergenang air. Untuk menyembelih 2 ekor lembu hari itu, saya sembelihkan dalam air yang bergenang, kerja-kerja memasak pula dalam tanah yang basah dan becak. Sementara itu hujan turun dengan mencurah-curah dengan lebatnya....



 

 


Peristiwa 2 : Kem Remaja

Lebih daripada 300 orang remaja dapat dikumpulkan dalam mengisi masa cuti mereka. Remaja lelaki dan perempuan di asingkan di dua lokasi. Saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah motivasi sebagai slot pertama di sebelah pagi.

Apa yang menjadi fokos saya, ialah sikap masyarakat kampung saya yang masih menjalani kehidupan secara amal jamaie dalam setiap aktiviti mereka. Ketika para remaja dididik dalam dewan masjid, di luar orang dewasa sibuk menyiapkan makan-minum untuk mereka.

  

  




3. Peristiwa 3; Bergotong Royong Menyediakan Masakan Untuk Program Makan Sambil Menderma.

 

  

  

 

Semoga ruh amal jamaie dan semangat bergotong-royong ini terus hidup dalam nadi masyarakat kita... Semangat ini harus dipupuk dan disemai ke dalam jiwa anak-anak muda kita agar warisan ini terus kekal sebagai budaya masyarakat yang suci dan luhur.
Catatan : Gambar-gambar di atas adalah rakaman yang saya buat semasa saya pulang bercuti di kampung saya hujung tahun 2009 lalu.

Sunday, March 07, 2010

Erti Sepi dan Diam

Hari ini hanya memerapkan diri dalam rumah saja. Urusan hari ini, hanya hal-hal yang berkaitan dalam rumah. Tapi bila "ada yang merajuk" rasa macam bosan pula berada di rumah. Jadi diam itu adalah yang terbaik buat saat dan ketika ini. Kalau nak cakap pun yang penting dan perlu saja.

Sepatutnya waktu terluang berada di rumah ini dapat dimanfaatkan bersama ahli keluarga. Tapi hari ini lain jadinya. Kata orang; " Laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.."

Kalau duduk dekat-dekat semuanya diam. Tonton televisyen bersama tapi diam. Makan bersama tapi diam. Bermain bersama dengan anak-anak tapi diam... Bercakap dalam hati je le... maksudnya lidah dan mulut diam tapi hati saling berbicara... ha..ha.. hebat juga bicara sebegini. Biarpun anak-anak bising dan berkejaran ke sana-sini, hati tetap merasa sepi....

Yang merasa sepi itu bukan suasana tapi hati menjadi kosong dan kekosongan itu menjadikan kita merasa sepi... apa pun keadaan begini membuka ruang untuk kita masing-masing bermuhasabah diri.

 Ia memberi ruang untuk saling membetulkan diri dan memperbaiki kesilapan.

Jadi apa erti sepi? Jawabnya.... sepi itu indah.

Jadi apa erti diam? Jawabnya.... diam itu berfaedah.

JK Surau Tidak Sensitif Soal Makan Minum

Semasa dengar kuliah Ustaz Azhar Said malam Sabtu (5/3/2010) mendedahkan bagaimana tidak sensitifnya pihak pengurusan sebuah surau (di Sibu) yang memberi tender masakan bagi satu ceramah Maulidur Rasul sehingga ramai para jamaah malam itu meninggalkan majlis tanpa "mau makan" jamuan selepas program tersebut.

Bayangkan rupa penyedia-penyedia makanan yang seksi, tidak menutup aurat dan tidak tahu agama lagaknya. Orang bimbang makanan yang disediakan sebarangan sahaja. Halal ke haram apa dia orang peduli...

Jangan ambil mudah saja perihal makan minum ni.... ia jadi darah daging yang menyebabkan amalan kita diterima atau ditolak oleh allah SWT. Kalau haram nanti tubuh kita jadi bahan bakar api neraka sebagaimana ditegaskan oleh Nabi kita.

Dan orang yang nak makan pun dia nak makan makanan yang suci sebab mereka buat ibadat, mereka nak ibadat mereka itu diterima Allah.

Semua orang Islam kena sensitiflah sikit tentang soal ini bukan  fikir nak isi perut saja. AJK surau sepatutnya arif. Tapi sayang sekarang ini AJK masjid ramai yang jahil kerana mereka ada di situ bukan kelayakan agama tetapi kuat politik... Itulah hasilnya.

Saturday, March 06, 2010

Kahwinlah Kerana Agamanya

Dahsyatnya Monohara Pinot? 

Klik Kat Link tu nak tengok lebih. Tak tengok lagi baik...

Bagaimana anak raja boleh terpikat dengan wanita sebegini?

Sebab tu nabi sarankan bila nak kahwin cari yang beragama.

Dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara; hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya, carilah yang beragama nescaya memuaskan hati kamu.

Ambillah iktibar....

Masak Nasi Kawah

Masa balik kampung hujung tahun lepas (2009), sempat tengok orang kampung masak kawah. Saya cuma jaga api je... Gambar2 ni menunjukkan langkah2 memasak nasi kawah... Terima Kasih Tok Bilal Muda kerana beri tunjuk ajar...

 

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

 
 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |