Entah mengapa sejak akhir-akhir ni saya mudah terasa, terasa dengan sikap sesetengah orang yang dekat dengan saya.
1. Saya terasa bila kematian ibu saudara saya tidak dimaklumkan kepada saya, biarpun saya jauh tidak sepatutnya saya tidak dimaklumkan. Saya sewaktu di kampung hujung tahun lalu, berkali-kali saya ziarah ibu saudara saya, cari dukun dan bomoh yang mengamalkan rawatan secara Islam untuk merawat penyakit yang dideritainya. Akhirnya dia telah pergi buat selamanya. saya redha tapi saya terkilan dengan sikap anak-anaknya....
2. Saya terkilan dengan PK1 tempat saya bekerja. Saya cukup terkilan dengan cara dia berinteraksi dengan kami. Betul ke dia ni? Rasa tidak patut sangat dia berada di situ. Kami ni bukan nak apa sangat. Kami cuma nak orang atas tu ambil berat kebajikan dan kebersamaan dalam bekerja dengan kami. Kalau tak mahu buat kerja lebih patut serahkan kepada orang yang lebih berhak dan amanah. Jangan buat malu orang Islam saja...
Dia patut tahu orang bawah ni tiada kerja lain, yang Islam , yang bukan Islam...asyik duduk kutuk dia je setiap hari. Naik meluat dah telinga ni mendengarnya.... Sepatutnya dia tahu....
3. Terkilan juga dengan sesetengah ustaz yang berkira sangat kudrat dan kemampuan yang mereka ada tapi berkira sangat nak menyumbang kepada orang lain. Sampai ada yang sumpah dan kata kepada saya sebagai "bengong". Salahnya kerana ajak bersama dalam program Penyelaras Juara Al-Quran. al-maklumlah kena turun hujung2 minggu. Seharian suntuk pula tu... Sepatutnya saling menawar khidmat untuk membantu apatah lagi sudah dijemput untuk turut serta. Kalau tidak dapat datang pagi, boleh datang petang... bukankah sudah dimaklumkan kerja amal jariah...
4. Terkilan juga dengan setengah orang yang salah ertikan kebaikan kita. Beri betis nakkan peha. Saya yang mudah percayakan orang , asyik "kena main" je... Saya ni kalau orang beritahu kesusahannya rasa tidak senang kalau tak menolong, mula hubung sana, hubung sini. Menyusahkan orang juga. Itulah kelemahan saya. tapi ada yang salah-ertikannya, ada yang ambil kesempatan atas kelemahan saya...
Mengapa ya...??? Hati ni mudah terkilan sekali. Semoga Allah SWT membantu dan memberikan hati yang bahagia buat saya dan orang sekeliling saya... amiin!!!
::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak:: |
|---|
Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua
“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]
Posting Teratas Blog Ini
-
Oleh isma daud "Walaupun berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama larangan Allah SWT diteruskan juga, contohny...
-
Terima kasih banyak-banyak budakli.com kerana merakam gambar kami sekeluarga di Sibu setelah singah bermalam di rumah beberapa hari yang la...
-
Hari ini, suara masih serak, masih batuk-batuk. Mujurlah tugasan ceramah di surau atau masjid tidak ada untuk tiga hari ini. Harap pagi Ahad...
-
Pantang 44 hari telah berakhir. Kata isteriku ingin berpantang sampai 100 hari. In Shaa Allah... Dalam entri yang lalu ; saya be...
-
Catatan: 6/6/2012. Walaupun tiada dalam jadual cuti pertengahan tahun ini untuk ke Bintulu, apabila diajak oleh Al-Fadhil Ustaz Zamzuri Bin...
Thursday, March 04, 2010
Friday, January 01, 2010
Laman Shoutbox Dan Hiburan Alternatif
Channel Prima
Di Sini Kita Bertemu, Atas Nikmat Kita Serumpun, Demi Islam Kita Bersatu, Segala Salah Silap Harap Diampun
Adab Bertandang. Berilah Salam!!! Terima Kasih.
Shoutbox Aku Punya
Sembang Kelab GB
Karpet Hijau Kelab GB
Rukun Islam :
Mengucap dua kalimah Syahadah iaitu mengaku bahawasanya Allah Tunggal dan Nabi Muhammad S.W.T itu RasulNya, Menunaikan Solat lima waktu sehari semalam, Membayar Zakat, Menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan dan Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.
Rukun Iman :
Percaya kepada Allah, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada Kitab, Percaya kepada Nabi dan Rasul Allah, Percaya kepada hari Akhirat dan Percaya kepada Qada dan Qadar
RUKUN NEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, Memelihara cara hidup demokratik, Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama, Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak,Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Ikrar:
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan
MELAYU DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Menurut Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, "MELAYU" ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan lahir lahir, sebelum Hari Merdeka ( 31 Ogos 1957 ), di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah bermastautin di Persekutuan atau di Singapura; dan ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Tazkirah Aurat : ALAHAI MUSLIMAT
Baju nipis nampak bayang, Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang, Dah tentu boleh tunjuk terang-terang.
Baju ketat seluar sendat, Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat, Disudut agama pun gaya tak berkat.
Tudung jarang baju nipis, Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis, Bila kena kutuk, kenapa menangis.
Lengan pendek blaus gantung, Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung, Agama tak suruh berbungkus macam pocong.
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah, Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah, Mata yang memandang boleh keluar darah.
Kebaya ketat, kain terbelah, Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah, Tapi Islam sebenarnya indah.
Tutup aurat bukan suruh berselubung, Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung, Taklah bersungut mulut pun muncung.
Dah kalau mula minat nak bertudung, Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’, Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung.
Bertudung itu bukan satu paksaan, Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan, Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan.
Asal menutup aurat itu tuntutan, Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan, Tu yang berjela-jela mencipta alasan.
Menutup aurat satu syariat, Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat, Didunia selamat, di akhirat hebat.

Subscribe to:
Posts (Atom)