Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Saturday, October 16, 2010

"Seluar Dalam" Dalam Maknanya Bila Disebut Dalam Bajet 2011

Sewaktu perbentangan Bajet 2011 oleh PM, saya dalam perjalanan ke Kabong, sempat dengar sikit-sikit sahaja kerana siaran radio yang terputus-putus. Namun saya sempat menangkap beberapa intipati bajet yang menampakkan kelibatan isteri PM dalam bajet ini walaupun saya tidak menonton di television. Walaupun hanya di radio. Nampak kelibatannya. Kuat sungguh auranya. Apakah bajet ini bajet RM??? Sehingga terdengar dari corong radio bahawa 300 barangan harian seperti pewarna rambut, beg, seluar dalam dan kelambu ....dimansuhkan duti importnya, telah menenggelamkan isi bajet lain. Sesampai di Kabong, seluar dalam juga melekat di kepala saya... Bajet "Seluar Dalam". Harap pembaca tidak memahaminya sebagai maksud tersurat.

Oleh kerana kedatangan ke Kabong ini adalah bertujuan ziarah sahabat yang sakit, saya tidak memikirkan lagi persoalan bajet itu. Oleh kerana sampai ke Kabong sudah malam, saya dan keluarga bermalam di rumah sahabat saya ini. Apabila berkumpul ramai-ramai, isu seluar dalam lebih diminati untuk diperkatakan oleh orang yang sama berziarah. Dan nama isteri PM terus berlegar dalam perbualan. Ramai berkata kebajikan RM (Rosmah Mansor) terlalu nampak dalam perkiraan bajet kali ini. Paling ketara ialah pengumuman PM dalam bajet kali ini dengan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Saya yang sedikit keletihan bekerja dan memandu pula sebelah petang tadi terlelap awal tanpa memperdulikan perbualan orang ramai. Bila terjaga, semua orang sudah beredar. Jam 1:20 pagi. Saya segera solat yang tertangguh.

Dan sedikit masa yang terluang di lewat malam yang masuk pagi ini, saya mengambil sedikit peluang membaca pelbagai komentar di sesawang internet baik di blog atau FB, nampak sekali orang ramai berminat isu seluar dalam yang disebut PM dalam bejet yang dibentang tadi...

Rasanya kali pertama bajet yang berpengaruh sehingga seluar dalam pun termasuk dalam isi kandungan bajet... dan ia melekat sekali. Ada penulis blog sifatkan bajet kali ini sebagai gula-gula pilihanraya yang dekat dan tidak kurang menyifatkan sebagai  Bajet Seluar Dalam.

"Seluar Dalam???"
"Seluar Dalam" ini adalah perkara tersirat daripada yang tersurat, memberi  bermacam tafsiran dan pelbagai makna. Semacam ada gangguan dalaman kepada perbentangan bajet. Ini dari sudut rasa bukan nyata. Ini yang tersirat bukan yang tersurat. Sehingga Malaysiakini pun menulis ; Nama Rosmah juga diheret dalam Bajet 2011.
Gambar yang dipaparkan di Malaysiakini
Dalam satu FB seorang kawan beri komentar tentang hairannya jika penglibatan sang isteri begitu ketara dalam pekerjaan suami. Cuba bayangkan jika seorang pengetua bekerja di sekolah, bila buka  pintu bilik pengetua mesti ada isteri pengetua bersama pengetua.??? Begitu hairannya. 

Jadi isu seluar dalam ini ada maknanya dalam bajet kali ini. Kalau tidak tersurat pun tersirat maknanya... Apa pun tahniah PM kerana PM respon kepada rakyat seperti elaun kepada Pengerusi JKKK, imam, guru KAFA yang dapat imbuhan tambah dalam usaha mereka berkhidmat kepada masyarakat. Semoga ikhlas tidak ada unsur "seluar dalam" terhadap golongan ini.

No comments:

Post a Comment

 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |