Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Wednesday, October 13, 2010

Wajib Jaga Diri Ya Ustaz.!!!

Bukan senang menjadi seorang Ustaz atau Ustazah. Serendah mana pun peringkat ustaz atau ustazah seperti sekadar guru KAFA, Guru Quran, Pra Sekolah, Guru Tadika sehingga ke peringkat tertinggi; ustaz tetap ustaz, ustazah tetap ustazah. Ada kedudukannya yang tersendiri dalam masyarakat sebagai insan yang ada kelayakan dalam bidang agama.

Sekurang-kurangnya menjadi ustaz dan ustazah akan dipandang sebagai orang yang memiliki ilmu agama dan berlatar belakangkan pendidikan agama oleh ahli masyarakat. Mereka dihormati kerana ilmu dan sahsiah diri yang baik. Majoritinya ustaz dan ustazah adalah insan yang berjuang dengan ilmunya untuk mendidik anak bangsa dengan akhlak yang mulia.

Maka sewajarnyalah para asatizah kita menjaga tingkah laku dan batas pergaulan seharian. Jika ustaz dan ustazah sudah terbabas dalam tindakan bagaimana seseorang itu dapat menegur orang lain lagi. Bagaimana dia mampu menjadi ikutan kepada anak didiknya.

Seringkali saya dengar sang ustaz atau ustazah berpesan kepada muridnya; "buat apa yang saya cakap tapi jangan buat apa yang saya buat".

gambar ini sekadar hiasan.....
Ingatlah dalam dunia maklumat tanpa sempadan hari ini, orang awam dengan mudah memerangkap kita dan dengan sedar atau tidak akan memasukkan seseorang ke dalam fitnah yang akan merosakkan kewibawaan para asatizah kita.

Saya tidaklah bertujuan mengaibkan sesiapa (para asatizah) tetapi sekadar memberi peringatan bahawa jika kita tidak berhati-hati dan sentiasa memandang ringan kepada persoalan hukum maka tidak mustahil kita akan mudah terjebak dalam fitnah ini.

Jagalah Diri dan tingkahlaku kerana takutkan Allah SWT....Ingat di luar sana banyak mata memandang dan banyak kamera sedang memerangkap. Berhati-hatilah.

No comments:

Post a Comment

 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |