1. Permohonan saya untuk perpindahan antara negeri bagi JUN 2012 ialah Sarawak Ke Terengganu melalui laman web Kementerian e-GTukar , no. permohonan Y20121379 pada 11 April 2012 adalah ke negeri asal saya; TERENGGANU. Dan saya bersetuju dipindahkan melalui mana-mana PPD yang berada di Terengganu.
2. Saya amat keliru dan rasa dukacita apabila permakluman asal kelulusan berpindah pada 19 Mei 2012 melalui laman e-gTukar menyatakan bahawa permohonan anda berjaya; TAHNIAH!!! Jadi pada pemahaman saya pertukaran tersebut adalah untuk ke negeri asal yang saya pohon iaitu TERENGGANU. Tetapi malangnya apabila saya menyemak semula laman web berkenaan pada kali kedua didapati saya ditempatkan ke Negeri Johor.
3. Rasa gembira saya benar-benar menjadi dukacita dan mengecewakan kerana setelah hampir 13 tahun saya memberi komitmen, kesungguhan dan segala pengorbanan membantu alam pendidikan di Sarawak tanpa memohon pindah walaupun sekali dalam tempoh tersebut, perasaan saya dipermainkan sebegitu rupa. Bukan perasaan saya saja yang terjejas tetapi perasaan isteri, anak-anak dan keluarga saya keseluruhannya. Keputusan yang disiarkan pada 26 Mei 2012 berbunyi : “Permohonan pertukaran anda ke JOHOR diluluskan dan ditempatkan di SMK DATO’ SRI AMAR DI RAJA (INTEG) JLN TUNKU BENDAHARA, KG. DATO’ SRI AMAR , 84000, MUAR, JOHOR”. (Gambar di bawah ni)
Klik gambar untuk paparan lebih jelas |
4. Persoalan saya ialah pada ayat “permohonan pertukaran anda ke JOHOR”, sedangkan permohonan saya yang sebenarnya adalah ke “TERENGGANU”.
5. Ada permainan kotorkah dalam isu pindah saya ini??? Pada hemat saya keputusan awal itu benar ke Terengganu tapi telah ditendang ke Johor.
6. Atas nasihat KS Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; minta saya buat penolakan berpindah dan kembali ke stesyen asal, Sibu. "Anta masih diperlukan di sini".
7. Isu pindah ini , air mataku mengalir... Sabarlah!!! Mungkin ini satu lagi ujian Allah SWT kepada insan seperti aku. Terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat yang memberi sokongan dan nasihat dalam menghadapi situasi dan mehnah ini. Allah SWT sahajalah yang berhak membalasnya. Terima Kasih semua.