Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Showing posts with label Pindah. Show all posts
Showing posts with label Pindah. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Aku Bukan Bola Untuk DiSepak Ke Sana-Sini

Dalam masa tiga minggu; isu pindah saya berlegar dari Terengganu ke Johor dan kembali ke SMKRD (Sarawak). 

Dua hari lepas, pihak Johor sudah warning kerana sudah cukup 2 minggu masih belum melapor diri di sekolah baru. "Ustaz sudah ingkar arahan berpindah, jika dalam tempoh dua minggu masih tidak melapor diri" kata pihak tersebut melalui telefon. Dalam pada masa sama Bahagian Pengurusan Sekolah Menengah (Putrajaya) memaklumkan perpindahan saya dibatalkan, kembali ke sekolah asal. "surat berkaitan sudah dihantar ke JPN, Sarawak". Bila saya hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bhg Sekolah Menengah, JPN Sarawak, mereka jelaskan belum terima lagi surat daripada KPM.

Kalau kita dibuat macam bola, nak bergerak pun susah, banyak pihak susah, sebeb kita bergerak kena ada surat arahan. Kalau dalam tiga minggu, tiga tempat pergi surat berjalan laju macam tu juga ke? Yang (pihak)Johor marah sebab saya tidak lapor diri, salahkah saya? Siapa yg patut buat s/k atau maklum kepada pihak Johor ni? Saya sendiri baru terima surat. Bayangkan; surat arahan tiba 8 Jun, 11 Jun baru sampai ke tangan saya. Dalam surat itu menyatakan tarikh lapor diri 1 Jun 2012. Keputusan online 19 Mei kata permohonan asal terima, 26 Mei berita penempatannya ke sebuah sekolah di Muar, Johor. 29hb Mei buat surat rayuan batal perpindahan. Sekarang baru dapat maklum batal perpindahan tersebut. Surat rasmi belum terima lagi.

Cara pegawai dekat Johor itu bercakap dengan saya telah mematikan terus rasa saya niat ke Johor, terus saya cakap; "Encik ingat saya nak ke Johor ke? Saya minta Terengganu, tidak dapat, saya sedia balik ke Sibu".

Sekurang-kurangnya pihak tersebut tidak bersikap mahu tunjuk kuasa. Beliau boleh guna budi bahasa seperti bertanya; "Apa masalah ustaz belum melapor diri, sudah masuk 2 minggu ni?" Ni nak bercakap undang-undang dengan saya. Kalau cakap dengan elok pasti kita rasa dialu-alukan ke Johor. Dia orang buat kita sudah tidak ada pilihan, terdesak sangat mahu pergi ke Johor.

Saya dapat maklumat; saya menggantikan tempat seorang ustaz dari sekolah itu balik Terengganu. Kerana sudah belasan tahun di Johor. Dan saya sudah belasan tahun di Sarawak. Pada hemat saya , mereka beranggapan asal ustaz ni balik Semenanjung saja, tidak mengapa. Siapa ganti siapa ni??? Inilah kalau masing-masing tidak lagi menurut lunas peraturan dan guna kuasa ikut suka. Orang yang minta berpindah mengikut aturan menjadi mangsa.

Cukup memberi ibrah kepada saya, Allah nak tunjuk kepada saya betapa kerja-kerja yang tidak jujur dan amanah berlaku dan saya telah mempelajarinya secara amali.

Saya bukan pindah keseorangan, tapi satu keluarga. Bukan senang mahu mengurus satu-satu. Jangan buat orang lain macam bola, itu tidak berperikemanusiaan. Orang biasa merantau ini dia ada satu niat saja. Balik Kampung.

Saya minta balik ke Terengganu atas alasan keluarga. Sebab keluarga saya semua yang tua-tua sudah meninggal. Bapa kandung, bapa tiri, ibu saudara dan keluarga terdekat baik sebelah saya dan isteri satu-satu meninggal dunia, kita hanya dapat ziarah tanah kubur sahaja. Masa sakitnya kita hanya berdoa dari jauh. Betapa sakit dan bebanan hati yg menanggung. Tinggal ibu saya yang masih ada, umur dah mencecah 76 tahun. Apakah saya akan kehilangannya tanpa sempat bersama diakhir usia emasnya??? Mereka sudah tua tidak mahu kemana-mana lagi.

Saya juga ada keluarga mertua, ada harta untuk diurus. Tanah tumpah darah, kampung halaman sendiri. Di situ kita ada segala-galanya. Sebab itu saya nak balik negeri. Seburuk mana tempat kita, kita nak balik kampung halaman kita. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri".

Rasulullah SAW sendiri menggenggam tanah Mekah ketika mahu berhijrah ke Madinah. Kasih kepada tempat tumpah darah kita.

Wallahu Musta'aan, Insya Allah!!!



Thursday, May 31, 2012

Aku DiMangsakan??? Isu Pindah Ke Terengganu Air Mataku Mengalir

1.       Permohonan saya untuk perpindahan antara negeri bagi JUN 2012  ialah Sarawak Ke Terengganu melalui laman web Kementerian e-GTukar , no. permohonan Y20121379 pada 11 April 2012  adalah ke negeri  asal saya; TERENGGANU. Dan saya bersetuju dipindahkan melalui mana-mana PPD yang berada di Terengganu.

2.          Saya amat keliru dan rasa dukacita apabila permakluman asal kelulusan berpindah pada 19 Mei 2012  melalui laman e-gTukar menyatakan bahawa permohonan anda berjaya; TAHNIAH!!!  Jadi pada pemahaman saya pertukaran tersebut adalah untuk ke negeri asal yang saya pohon iaitu TERENGGANU. Tetapi malangnya apabila saya menyemak semula laman web berkenaan pada kali kedua didapati saya ditempatkan ke Negeri Johor.

3.          Rasa gembira saya benar-benar menjadi dukacita dan mengecewakan kerana setelah hampir 13 tahun saya memberi komitmen, kesungguhan dan segala pengorbanan membantu alam pendidikan di Sarawak tanpa memohon pindah walaupun sekali dalam tempoh tersebut, perasaan saya dipermainkan sebegitu rupa. Bukan perasaan saya saja yang terjejas tetapi perasaan isteri, anak-anak  dan keluarga saya keseluruhannya. Keputusan yang disiarkan pada 26 Mei 2012 berbunyi : “Permohonan pertukaran anda ke JOHOR diluluskan dan ditempatkan di SMK DATO’ SRI AMAR DI RAJA (INTEG) JLN TUNKU BENDAHARA, KG. DATO’ SRI AMAR , 84000, MUAR, JOHOR”. (Gambar di bawah ni)

Klik gambar untuk paparan lebih jelas
4.        Persoalan saya ialah pada ayat “permohonan pertukaran anda ke JOHOR”, sedangkan permohonan saya yang sebenarnya adalah ke “TERENGGANU”. 

5.           Ada permainan kotorkah dalam isu pindah saya ini???   Pada hemat saya keputusan awal itu benar ke Terengganu tapi telah ditendang ke Johor.

6.         Atas nasihat KS Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; minta saya buat penolakan berpindah dan kembali ke stesyen asal, Sibu. "Anta masih diperlukan di sini".

7.             Isu pindah ini , air mataku mengalir... Sabarlah!!! Mungkin ini satu lagi ujian Allah SWT kepada insan seperti aku. Terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat yang memberi sokongan dan nasihat dalam menghadapi situasi dan mehnah ini. Allah SWT sahajalah yang berhak membalasnya. Terima Kasih semua.

 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |