Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Monday, May 14, 2012

Naik Malas Sudah!!!

Sejak mutakhir ini, rasa malas benar-benar menguasai diri. Malas menulis di blog maupun di laman Facebook dan Tweeter. Boleh jadi dek kerana kesibukan diri dengan tugasan dan pekerjaan. Amanah yang dipikul menjadi keutamaan. Malas saya ni bertempat dan munasabah.

Bila cerita perihal naik malas ni, nak cerita sedikit perasaan saya terhadap media arus perdana ni. Buka TV tu tidaklah malas tapi rasa nak tonton berita itu yang jadi saya naik malas. Dengan sedikit kesibukan yang ada, kesempatan menonton itu dikala sudah lewat malam. Berita di TV1, TV2 dan TV3, sudah lama tidak saya endahkan. Lagi pun akhir-akahir ini khabarnya berita tu tiada lain, penuh dengan cerita politik dan dipersembahkan dengan cara yang menjadikan orang naik muak dan memualkan. Dengar khabarnya begitu. Betul. Lama sudah tidak menonton siaran berita TV. Media internet lebih mesra kepada saya buat masa mutakhir ni. Macam saya kata tadi, boleh jadi kesuntukan masa untuk berada di hadapan TV.

Satu lagi. surat khabar arus perdana rasanya tidak payah beli untuk membacanya kerana ada bekalannya di tempat kerja tapi rasa untuk membacanya itu berat sikit. Kalau saya membelek helaiannya pun, lebih diruang belakang. Bahagian sukan sajalah. Setidaknya belek sambil lalu kalau-kalau ada sesuatu yang berfaedah dan berguna khususnya jika ada info berkaitan kerjaya.

Disebalik naik malas menonton TV tu, naik rajin pula saya ke majlis yang bermanfaat dan berguna. Usrah, Kuliah , Masjid dan Surau serta majlis keraian rasanya tidak keciciran. Dari situ saya dapat maklumat dan berita. Sahabat-sahabat yang rajin membaca banyak memberi pandangan dan komentar dalam pelbagai isu. Rasanya itu lebih bermanfaat daripada menonton TV dengan laporan berita yang berat sebelah. Dari sini apa yang saya baca di saluran internet ni ada imbangan dan imbalannya.

Saya sedar masyarakat hari ini jauh lebih bijak dan lebih kritikal. Tidak mudah menerima sesuatu berita dan dan tidak mudah pula untuk menolaknya begitu sahaja. Dengan cara berbincang dan berkongsi pendapat, saya rasa sesuatu berita itu dapat disemak statusnya adakah ia boleh diterima dan boleh ditolak sebegitu sahaja.

Saya mengharapkan bahawa saya akan rajin semula menonton dan membaca bila saya dapat yakin kembali dengan isi berita yang disampaikan. Jika sekadar berita kosong rasanya saya tidak mahu membazirkan masa saya dengan hal yang sedemikian itu.

Kekadang sesuatu berita tu buat kita naik angin, tidak semena-mena emosi kita terganggu. Jadi lebih baik, abaikan!!! Tidak baik untuk kesihatan.

Berita yang orang sedang tunggu saat ini ialah bila PRU13 akan diumumkan... lain-lain berita orang baca dan tonton sambil lalu saja...



No comments:

Post a Comment

 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |