Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Saturday, July 17, 2010

Menemani Anak-Anak Menyertai Pertandingan Melukis Anjuran Kelab Nuri Bank Rakyat

Oleh isma daud
17072010

Sejak seawal jam 7 pagi anak-anak sudah siap dengan pakaian dan peralatan masing-masing semata-mata untuk menyertai pertandingan melukis buat julung-julung kali penyertaan mereka dalam pertandingan ini.

Pertandingan melukis Kelab NURI anjuran Bank Rakyat ini diadakan bertempat di Dewan Suarah Sibu.

Di samping objektif program ini untuk memupuk minat menabung sejak kecil, ia dapat mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan meransang sikap positif seperti berani, yakin diri dan sanggup bersaing secara sihat dengan orang lain.

 Walaupun tidak mencapai apa-apa kemenangan, penyertaan mereka buat kali ini cukup bermakna, ini kali pertama mereka menyertai pertandingan seperti ini. Jangan putus asa dan cuba lagi....

Bukan sekadar menyertai pertandingan bahkan dapat memupuk rasa persaudaraan dengan kawan-kawan yang turut serta dalam pertandingan ini.

Bergambar kenangan dengan sumbangan Bank Rakyat dengan pakaian, beg dan alat-alat tulis.

No comments:

Post a Comment

 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |