Hari ini hanya memerapkan diri dalam rumah saja. Urusan hari ini, hanya hal-hal yang berkaitan dalam rumah. Tapi bila "ada yang merajuk" rasa macam bosan pula berada di rumah. Jadi diam itu adalah yang terbaik buat saat dan ketika ini. Kalau nak cakap pun yang penting dan perlu saja.
Sepatutnya waktu terluang berada di rumah ini dapat dimanfaatkan bersama ahli keluarga. Tapi hari ini lain jadinya. Kata orang; " Laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.."
Kalau duduk dekat-dekat semuanya diam. Tonton televisyen bersama tapi diam. Makan bersama tapi diam. Bermain bersama dengan anak-anak tapi diam... Bercakap dalam hati je le... maksudnya lidah dan mulut diam tapi hati saling berbicara... ha..ha.. hebat juga bicara sebegini. Biarpun anak-anak bising dan berkejaran ke sana-sini, hati tetap merasa sepi....
Yang merasa sepi itu bukan suasana tapi hati menjadi kosong dan kekosongan itu menjadikan kita merasa sepi... apa pun keadaan begini membuka ruang untuk kita masing-masing bermuhasabah diri.
Ia memberi ruang untuk saling membetulkan diri dan memperbaiki kesilapan.
Jadi apa erti sepi? Jawabnya.... sepi itu indah.
Jadi apa erti diam? Jawabnya.... diam itu berfaedah.
::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak:: |
|---|
Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua
“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]
Posting Teratas Blog Ini
-
Catatan ; monolog ini saja wujudkan untuk merawat hati yang sedang sakit bukan bermakna saya sedang sakit hati...... Ada orang berkata kepad...
-
Oleh : isma daud Ajak kepada kebaikan, hanya sedikit yang datang Ajak kepada keduniaan, ramai pula yang boleh datang Ajak kepada kemaks...
-
Oleh isma daud Malam ke 13 Ramadhan, suasana berteraweh di Masjid An-Nadwah terus bersemarak. Malam ini disispkan sedikit tazkirah oleh ima...
-
Hari ini, suara masih serak, masih batuk-batuk. Mujurlah tugasan ceramah di surau atau masjid tidak ada untuk tiga hari ini. Harap pagi Ahad...
-
Usaha terancang mensyirikkan umat Islam di Malaysia melalui iklan Raya TV3 sangat dikesali walaupun pihak TV3 telah menarik balik siaran ikl...
Sunday, March 07, 2010
JK Surau Tidak Sensitif Soal Makan Minum
Semasa dengar kuliah Ustaz Azhar Said malam Sabtu (5/3/2010) mendedahkan bagaimana tidak sensitifnya pihak pengurusan sebuah surau (di Sibu) yang memberi tender masakan bagi satu ceramah Maulidur Rasul sehingga ramai para jamaah malam itu meninggalkan majlis tanpa "mau makan" jamuan selepas program tersebut.
Bayangkan rupa penyedia-penyedia makanan yang seksi, tidak menutup aurat dan tidak tahu agama lagaknya. Orang bimbang makanan yang disediakan sebarangan sahaja. Halal ke haram apa dia orang peduli...
Jangan ambil mudah saja perihal makan minum ni.... ia jadi darah daging yang menyebabkan amalan kita diterima atau ditolak oleh allah SWT. Kalau haram nanti tubuh kita jadi bahan bakar api neraka sebagaimana ditegaskan oleh Nabi kita.
Dan orang yang nak makan pun dia nak makan makanan yang suci sebab mereka buat ibadat, mereka nak ibadat mereka itu diterima Allah.
Semua orang Islam kena sensitiflah sikit tentang soal ini bukan fikir nak isi perut saja. AJK surau sepatutnya arif. Tapi sayang sekarang ini AJK masjid ramai yang jahil kerana mereka ada di situ bukan kelayakan agama tetapi kuat politik... Itulah hasilnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)