Sekitar jam 2:00 petang 19 Jun; saya bertolak dari rumah ke sebuah bengkel kereta milik seorang warga Muslim Sibu kerana kereta saya mengalami sedikit masalah. Bengkel ni terletak tidak berapa jauh daripada Kampung Dato' Sibu.
Setelah kedengaran azan asar dari Masjid Lama Sibu , saya bergegas berjalan kaki untuk solat asar berjamaah. Di kala para jamaah bersedia menunaikan solat berjamaah ketika itu kedengaran riuh rendah hon kereta dan suara orang ramai. Selesai solat baru para jamaah sedar, rupa-rupanya satu kebakaran telah berlaku.
Masa itu api sudah marak dan menjulang tinggi. Saya mendekati orang ramai yang melihat api yang menggila itu, sekitar lima buah rumah telah hangus terbakar. Ia bermula dari sebuah rumah berhampiran sungai. Setelah itu para jamaah mula bergerak ke arah perumahan penduduk kampung. Saya hanya memerhati dari jarak jauh sahaja kerana api yang besar.
Masa itu api sudah marak dan menjulang tinggi. Saya mendekati orang ramai yang melihat api yang menggila itu, sekitar lima buah rumah telah hangus terbakar. Ia bermula dari sebuah rumah berhampiran sungai. Setelah itu para jamaah mula bergerak ke arah perumahan penduduk kampung. Saya hanya memerhati dari jarak jauh sahaja kerana api yang besar.
Kampung Dato' Sibu hangus dijilat api. Besar sungguh api menjilat dan membaham deretan rumah yang rata-ratanya diperbuat daripada kayu. Dalam tempuh dua jam sahaja , menjadikan sebuah kampung yang membarisi sungai bagaikan padang jarak padang tekukur dan mangsa kebakaran kebanyakannya hanya tinggal sehelai sepinggang.
Kedudukan rumah kayu yang berdekatan, cuaca panas kering serta angin kencang menyebabkan orang ramai tidak boleh berbuat apa-apa selain menyelamatkan diri dan keluarga. Syukurlah tiada korban nyawa walaupun harta benda habis musnah.
Kedudukan rumah kayu yang berdekatan, cuaca panas kering serta angin kencang menyebabkan orang ramai tidak boleh berbuat apa-apa selain menyelamatkan diri dan keluarga. Syukurlah tiada korban nyawa walaupun harta benda habis musnah.
Dalam keadaan hiruk pikuk itu laungan azan bergema bersama maraknya api. Mangsa-mangsa yang terlibat hanya pasrah kepada Allah SWT. Namun amat malang dan menyedihkan kerana bantuan pasukan penyelamat atau bomba lambat sampai.
Inilah kesan daripada kebakaran yang ditangkap gambarnya oleh seorang hamba Allah. Saya sendiri hari itu tidak membawa kamera atau smartphone yang biasanya saya bawa ke mana saja.
Pandangan dan suasana kampung melayu Sibu yang saya selusuri setiap hari kini hanya tinggal kenangan. Sekitar 50 buah rumah terlibat dalam kebakaran ini dengan 700 orang lebih menjadi mangsa. Mangsa-mangsa kejadian telah ditempatkan di Bangunan Lakis, Masjid An-Nuur, Sibu. Sebahagian besar mereka menumpang di rumah sanak saudara yang lain.
Sungguh hebat ujian Allah SWT ini kepada mereka apatah lagi menjelangnya bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Semoga semua pihak bermurah hati memberi bantuan dalam apa bentuk sumbangan sekali pun untuk meringankan beban mereka.
"Inilah tapak rumah ibu kami" ~ kata seorang anak mengenang rumah ibunya habis hangus terbakar |
Perasaan saya saat itu sangat sedih dan pilu melihat musibah kebakaran yang menimpa saudara-saudara seIslam dan keluarga rakan-rakan saya di Kampung Datuk, Sibu. Semoga semua yang terlibat dengan musibah ini bersabar kerana Allah SWT sedang menguji hamba-hambanya. Semoga Allah SWT memberi kesabaran dan ketabahan menghadapinya kepada semua yang terlibat.
Firman Allah SWT; "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."-Surah At-Taghaabun; Ayat 11.
Kesan Selepas kebakaran di Kpg Datuk Sibu. (foto ehsan daripada rakan FB) |