Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Sunday, September 14, 2008

Aurat : Tidak Pakai Tudung , Tidak Hina Islam Ke?

Oleh isma daud

Raja Petra tulis pasal tudung mengancam keselamatan agama dan negara. Terus pihak tertentu buat report dan tindakan terus diambil. Tapi yang ni harap pihak yang sama tu buat report juga supaya tindakan dapat diambil. Atau yang pakai macamni tidak boleh dikira bukti, bertulis saja dianggap ada bukti.

Dah tahu pakai tudung itu wajib mengikut Islam, bila nak pakai ni..... atau tidak cukup lagi nak hina Islam.

Kepada yang suka hina Islam tu bertaubatlah, Hidup ni bukan lama sangat pun. Bulan Ramadhan ni elok buat muhasabah diri. Allah SWT itu Maha Adil. Ingat-ingatlah.


Gambar 1: Ketua Wanita UMNO



Gambar 2: Isteri PM( Penghulu Islam Hadhari. Ada gak nampak la ni ada pakai selendang nampak jambul)



Gambar 3: Isteri Ketua Pemuda UMNO / Isteri Menteri Pelajaran



Gambar 4 : Ketua Puteri UMNO (akhir-akhir ni nampak ada pakai juga; harap istiqamah...)


Gambar 5 :Dan lain-lain.... macam kak azalina

azalina othman 02



Gambar 6 : atau tidak pun macam kak marina tun det



dan (wife tun det)....... Cukuplah tu.... Kalau ada pihak tertentu boleh buat statistik berapa ramai agaknya rakyat Malaysia sudah menutup aurat kalau pemimpin mereka pun masih tidak lakukannya... Masih belum dapat hidayat atau sengaja degil dengan nafsu sendiri.

Monday, September 01, 2008

Al-Hikmah Adalah Permata Orang Mukmin Yang Hilang

Oleh isma daud

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Marilah kita menjernihkan jiwa kita dalam bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan zikrullah dan amalan yang soleh. Caranya dengan memperbetulkan niat kita supaya ianya benar-benar ikhlas kerana Allah SWT dan dalam masa yang sama kita pastikan amalan kita benar-benar menepati syarak sebagaimana yang diajarkan oleh nabi kita Muhammad saw. Jika ini kita lakukan insya Allah SWT amalan yang kita lakukan akan menjadi sebenar-benar ibadah yang akan mendapat mardhatillahi SWT.

Apa yang menarik perhatian saya kali ini ialah apa yang dipaparkan oleh Harakahdaily tentang ucapan KM Pulau Pinang bahawa konsep "amar makruf, nahi mungkar" adalah konsep yang baik dan mampu mengekang maksiat dan mampu mendidik manusia menjadi orang yang betul dan berguna.

Terfikir saya bahawa sudah lama para ulama kita di Malaysia bercakap tentang konsep ini tetapi ia tidak dapat dinilai oleh manusia dengan baik kerana konsep itu tinggal dalam "kotak konsep" sahaja tanpa mampu diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan. Orang Islam semacam tidak percaya dengan gagasan yang diunjurkan oleh Allah swt. Beberapa pihak pula macam sinis menyebut "amar makruf dan nahi mungkar" kerana pihak ini tidak pernah bersungguh-sungguh melaksanakannya biar pun sekian lama memerintah negara. Sifat tidak beriman , suka bermain dengan hukum Allah SWT menzahirkan lagi sifat nifaq yang ada dalam jiwa mereka apa bila kita lihat perkataan dan tindak tanduk mereka yang "menzahirkan lagi perasaan "sinis" mereka dengan gagasan ini.

Ya, atas sifat mereka itulah hari ini kita lihat negara kita sedang di ambang kemurungan dan kerosakan. Negara yang mencapai kemerdekaan ini sejak 51 tahun dahulu hilang serinya walau bermacam kosmetik sedang disolek diwajahnya tetapi ketara sekali murungnya. Kenapa? Kerana terlalu sarat negara ini menanggung penderitaan rakyatnya yang sedang dihimpit oleh kebejatan, kerosakan dan kecelaruan pemimpin yang memimpin dan keruntuhan nilai rakyatnya yang dihinggapi pelbagai penyakit sosial dan moral.

Sekali lagi kenapa? Jawabnya kerana negara kita hari ini dipimpin oleh mereka yang tidak yakin dengan gagasan "amar makruf dan nahi Mungkar" yang diajar oleh Allah SWT. Dan rakyat pula memahami konsep ini dalam rupa yang celaru sekali. Pernah dipaparkan dipapan-tanda kempen anti dadah di tulis "Jauhi maksiat ; Tanpa Dadah Keluarga Bahagia". Dibawahnya dipaparkan gambar orang lelaki dan perempuan yang bahagia tanpa dadah tanpa pula si perempuan itu menutup aurat. Dadah dilihat maksiat tetapi buka aurat pula tidak dilihat sebagai maksiat. Inilah rupa bentuk nifaq dan kecelaruan dalam fikiran umat Islam kita dan kita sedang dijajah oleh kecelaruan ini.

Saya melihat apa yang diucapkan oleh KM Pulau Pinang ; Lim Guan Eng sebagai kalam hikmah orang Islam yang hilang yang ditemui oleh oarang bukan Islam. Tidak peliklah jika kita melancong ke luar negara kita dapati nilai Islam itu ada dalam masyarakat bukan Islam. Kenapa? Ini kerana mereka tidak faham Islam tetapi mereka percaya bahawa nilai yang baik boleh diamalkan oleh siapa sahaja. Tetapi umat Islam jika anda tidak percaya kepada ajaran wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT maka anda akan digantikan dengan umat lain untuk mempraktikkan hikmatullah itu.

Marilah kita semua menjernihkan hati kita dalam bulan Ramadhan ini untuk membaca Al-Quran dan Al-Hadis serta cuba memahami serta menghayati kedua-duanya agar kita dapat keluar daripada kotak penjajahan pemikiran dan kecelaruan minda ini. Keluarlah dari penjajahan nifaq yang ragu terhadap hukum dan ketetapan Allah SWT dan Rasulnya. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan berjuang atas kebenaran itu. Jauhilah diri kita daripada mereka yang melakukan kezaliman ini supaya kita nanti tidak disentuh oleh api neraka.

Fikirkanlah : "Musuh yang cerdik itu lebih baik daripada Kawan yang Bodoh".

Sebagai sendal saya siarkan apa yang dilaporkan oleh Harakahdaily...

Hanya 'Amar Makruf Nahi Mungkar' boleh cegah jenayah - Guan Eng

Mohd Sabri Said

Mon | Sep 01, 08 | 3:06:40 pm MYT

PERMATANG PAUH, 1 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan.

Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur.

"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat yang cintakan keharmonian, kesejaheraaan, keadilan dan ketamadunan sejagat.

Menurutnya, negara akan terus maju dengan sikap atau amalan tersebut kerana ia terbukti dengan pemerintahan secara Islam yang mementingkan kaedah berkenaan.



Guan Eng berkata, setelah mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semua petugas jangan bersikap sombong dan bongkak kerana sikap sebegitu boleh mengundang kemarahan orang ramai yang akhirnya menggagalkan matlamat Pakatan Rakyat. (Gambar - Lim Guan Eng berucap, hadir sama Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dato' Zaharin Hashim dan Ustaz Salleh Man).



Katanya, petugas atau pun ahli parti di parlimen Permatang Pauh hendaklah mengerakkan semua organisasi seperti biasa serta senantiasa bersiap sedia membantu masyarakat.

"Kita dah menang dan untuk menjagai kemenangan satu tugasan yang amat berat. Maka, ia perlu kerjasama yang baik daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Kerajaan negeri katanya, mengemukakan lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerinthan.

Pertamanya, pemerintahan mesti bersih. Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta.

Ketiganya,pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul,

Keempatnya pula, mengwujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa dan ke lima, perlu menegakan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki. - mr _

Monday, August 11, 2008

Apa Niat Bernama Bila Menulis: “Saya pun dah takut nak simpan emas di sini lagi kerana tahap keselamatannya rendah,”

Oleh isma daud

Membaca laporan yang dipetik dalam akhbar berita harian online tidaklah banyak bezanya dengan mana-mana berita lain mengenai rompakan. Saban hari kita dilaporkan tentang rompakan bank-bank ternama, kedai emas dan lainnya. Al-kisahnya bank dan kedai emas itu memang dirompak. Yang jelasnya bila ia dirompak tidak selamatlah bank itu untuk kita menyimpan dengan bank tersebut. Tidak ada pula usaha pihak akhbar mengulas bahawa tidak selamatnya kita menyimpan wang di bank tersebut. Tidak pula pihak akhbar cuba mengikis keyakinan masyarakat supaya rasa tidak selamat untuk terus menyimpan dalam bank.

Maka; soalannya apa motif laporan yang menyelitkan penyataan ini?

Pagi ini, pajak gadai itu diserbu ramai pelanggannya yang ingin mengetahui mengenai ganti rugi kepada mereka.

“Saya pun dah takut nak simpan emas di sini lagi kerana tahap keselamatannya rendah,” kata Wan Azizah Wan Rashid, 47. — Bernama


Nampak sangat ada motif jahat pihat yang cuba menamamkan perasaan takut kepada sistem Islam kerana sekali ia dirompak. Tiada berita lainkah yang lebih elok untuk dipeti dan ditulis sebagai berita sehingga usaha cuba memburuk dan menakutkan kepada satu-satunya sistem kewangan pajak-gadai berasaskan Islam yang diusahakan oleh Kerajaan Kelantan ini.

Harap orang ramai tidak cepat hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Ar-Rahn yang terbukti membantu umat Islam dalam terdesak dan memerlukan kewangan segera selama ini. Bahkan terbukti Ar-Rahn memberi sumbangan besar kepada ummat Islam dalam negara kita.

Berikut petikan yang dilaporkan oleh Bernama;

Ar-Rahn bayar semua kerugian pelanggan

KOTA BHARU: Permodalan Kelantan Berhad (PKB), agensi kerajaan negeri yang mengendalikan pajak gadai Islam Ar-Rahn Satu, akan menampung semua kerugian yang dialami pelanggannya berikutan kecurian di pajak gadai itu, semalam.

Pengarah Eksekutif PKB, Wan Yahya Wan Salleh, berkata pembayaran dibuat setelah senarai nama pemajak dapat diperoleh melalui sistem komputer yang kini tertangguh akibat kejadian itu.

“Wang baki dari jumlah nilai yang digadai akan dipulang kepada semua pelanggan selepas dua minggu setelah senarai nama mereka dapat dikeluarkan dari komputer,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, beberapa pencuri menebuk bahagian atas bangunan tiga tingkat yang menempatkan pajak gadai itu dan melarikan sejumlah besar barang kemas.

Wan Yahya berkata jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Beliau berkata semua urusan gadaian boleh dilakukan di Ar-Rahn Dua dan Ar-Rahn Wakaf Che Yeh, di sini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninjau premis itu, berkata beliau mendapati rompakan itu dilakukan oleh penjenayah profesional.

Pagi ini, pajak gadai itu diserbu ramai pelanggannya yang ingin mengetahui mengenai ganti rugi kepada mereka.

“Saya pun dah takut nak simpan emas di sini lagi kerana tahap keselamatannya rendah,” kata Wan Azizah Wan Rashid, 47. — Bernama

Sunday, July 27, 2008

Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz

post info

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa buat keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas habis memberi syarahan agama beliau. Moga Allah memelihara Malaysia dan rakyatnya agar jauh dari segala bala bencana dan bahaya fitnah.




ibnukhuzaimah***Julung kali senario politik tanah air kelihatan begitu rupa. Julung kali ini juga politik tanah air menuntut sesuatu yang amat berbeza. Sepanjang ingatan saya inilah kali pertama dalam sejarah politik tanah air, seorang Menteri Besar, seorang ulama’ seorang sahabat, mendoakan secara terbuka akan seorang sahabat.

Lewat pilihanraya umum yang lalu, ketika kerajaan Kelantan diasak bertubi-tubi, ketika pondok panas PAS/Pakatan sepi, Tuan Guru Nik Aziz berserah kepada Allah dan memohon doa agar diselamatkan Kelantan dari gerombolan UMNO.

Bukan Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang berdoa, malah seluruh rakyat yang mendukung cita-cita sebuah negara yang berteraskan keadilan perlu berdoa mengikut cara agama masing-masing.

Wednesday, May 21, 2008

P.Ramlee (Allahyarham) dah bagitau lama dah...

Oleh xnazrix

a"Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak adaAnalisis Isu masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.

"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"

Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.."


by Motro

Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli. Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang....Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.?

Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.
Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun.

Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikannya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul... tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.

"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"

Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan.

Pertaruhan...perjudian..dah tentu ada taukehnya..

Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan". Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.

"Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri .... hahaha.....

petikan dari : http://rainwonder.blogspot.com

Friday, March 07, 2008

Munajat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."


"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami".


"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami".


"Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."


"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik",


"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."


"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat",


"Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah."



"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri",



"dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,


"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."


"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."
 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |