Cepatnya masa berlalu. Ramadhan telah pergi dan Syawal sudah masuk hari yang ke 7.
"SELAMAT HARI RAYA ~ Maaf Zahir & Batin"
Tahun ini sekali lagi menyambutnya di Sibu , Sarawak. Tiada lg kesedihan . Kata orang; "alah bisa tegal biasa".
Sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengimam dan berkhutbah solat sunat Aidil Fitri di Surau Darul Firdaus, Sibu.
|
Khatib Raya ~ Terima Kasih Surau Darul Firdaus, Sibu |
Lepas solat sunat berjamaah, hanya beraya di rumah-rumah penduduk setempat . Ada juga rakan-rakan dari Semenanjung yang tidak berpeluang balik kampung.
|
juadah yang disediakan oleh sahabat ketika beraya dirumahnya. |
Semoga gambar-gambar ini akan menggamit kenangan beraya di rantau orang suatu hari nanti.
|
anak-anak dengan pakaian raya di hari pertama |
|
Beraya rumah rakan anak. |
|
kek lapis menu mesti ada atas setiap meja |
|
kenangan Arfah beraya bersama abah & ummi ~ 3 bln umur Arfah |
|
Bersama Pak Yusuf Kpg Bahagia Jaya, Teku. Sebenarnya banyak berziarah di hari raya ke dua. |
|
rakan-rakan dalam PAS datang berziarah. |
Hari ini banyak lagi rumah mahu diziarahi. Di Sarawak ini raya sakan..... puasa sebulan , raya pun sebulan... he...he...