Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Friday, April 16, 2010

Hanya Berhenti Di Titik Ini, Hati Menjadi Tenang

Tidak mudah melupakan sesuatu yang sukar dan pahit dalam hidup. Sejarah hitam yang menjelajari dalam bilah-bilah kehidupan silam selalu saja bertandang. Setiap yang datang itu menggamit memori yang kelam dan suram. Perasaan sedih, kecewa dan marah silih berganti menguasai diri. Dan setiap kali aku cuba menafikannya, setiap kali itu juga perasaan itu bagai kukuh bertahan.

Hidup ini memang sukar. Jarang sekali ia menyebelahi dan adil untuk kita. Apa yang kita harap tidak mudah menjadi kenyataan, apa yang dirancang lain pula ketentuanNya. Ya...siapalah kita bila berada di hadapan pemilik sebenar kepada segala ketetapan dan ketentuan. Dia memiliki segalanya. Hanya berhenti dititik ini saja, hati menjadi tenang dan mampu menerima kenyataan.

Berada dititik ini barulah terbit rasa syukur dicelah kekecewaan, kesedihan dan kemarahan. Baru terasa akan hikmahnya akan setiap ketentuan yang berlaku biarpun bukan itu yang aku harapkan.

Ya Allah!!! Tolonglah aku dalam mendidik hati ini agar dapat melupakan segala detik hitam dalam sejarah kehidupan.

Setiap noda yang bersarang merosakkan kejernihan hati. Tidak mudah mendidik hati ini. Hati yang bersalut noda dan dosa menghitamkan jiwa. Dan jiwa itulah yang menimbulkan segala rasa resah dan gelisah. Merobek segala ketenangan yang ada. Mengubah keteguhan dan kewarasan. Menggoyahkan pendirian.

Hanya kepada Allah aku bermohon agar ketenangan dan ketenteraman kembali bertakhta di hati ini.

Friday, April 02, 2010

Gambar Keluarga Dalam Siri Ziarah Kuching

Bersiaran Sempena  Cuti Sekolah... gambar-gambar je le..malas nak bercerita..........

Singgah rehat dalam perjalanan

Santai depan Masjid Sri Aman


Bersama keluarga berehat menjelang solat Jumaat di Masjid Sri Aman


Hari Ke 2; Serikin ; beberapa keping gambar kenangan berada di Serikin.

 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |