Subscribe Twitter Facebook

Bicara Isa Daud - http://khatibwalwaasi.blogspot.com

"corat-coret peribadi, bicara nurani sendiri"

::Jadual Solat Fardu Bagi Kawasan Sibu, Sarawak::

Firman Allah SWT Yang Bermaksud; "Dan Dirikanlah Solat kerana Sesungguhnya Solat Itu Adalah Kewajiban Kepada Orang2 Yang Beriman Beberapa waktu" -Surah An-Nisaa';ayat 103. Dan Sabda Rasulullah SAW; "Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan" -alHadis.
MASJIDIL HARAM MAKKAH ALMUKARRAMAH

Renungan : Aku Ingin Jujur Kepada Semua

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

Posting Teratas Blog Ini

Sunday, September 14, 2008

Aurat : Tidak Pakai Tudung , Tidak Hina Islam Ke?

Oleh isma daud

Raja Petra tulis pasal tudung mengancam keselamatan agama dan negara. Terus pihak tertentu buat report dan tindakan terus diambil. Tapi yang ni harap pihak yang sama tu buat report juga supaya tindakan dapat diambil. Atau yang pakai macamni tidak boleh dikira bukti, bertulis saja dianggap ada bukti.

Dah tahu pakai tudung itu wajib mengikut Islam, bila nak pakai ni..... atau tidak cukup lagi nak hina Islam.

Kepada yang suka hina Islam tu bertaubatlah, Hidup ni bukan lama sangat pun. Bulan Ramadhan ni elok buat muhasabah diri. Allah SWT itu Maha Adil. Ingat-ingatlah.


Gambar 1: Ketua Wanita UMNO



Gambar 2: Isteri PM( Penghulu Islam Hadhari. Ada gak nampak la ni ada pakai selendang nampak jambul)



Gambar 3: Isteri Ketua Pemuda UMNO / Isteri Menteri Pelajaran



Gambar 4 : Ketua Puteri UMNO (akhir-akhir ni nampak ada pakai juga; harap istiqamah...)


Gambar 5 :Dan lain-lain.... macam kak azalina

azalina othman 02



Gambar 6 : atau tidak pun macam kak marina tun det



dan (wife tun det)....... Cukuplah tu.... Kalau ada pihak tertentu boleh buat statistik berapa ramai agaknya rakyat Malaysia sudah menutup aurat kalau pemimpin mereka pun masih tidak lakukannya... Masih belum dapat hidayat atau sengaja degil dengan nafsu sendiri.

Monday, September 01, 2008

Al-Hikmah Adalah Permata Orang Mukmin Yang Hilang

Oleh isma daud

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Marilah kita menjernihkan jiwa kita dalam bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan zikrullah dan amalan yang soleh. Caranya dengan memperbetulkan niat kita supaya ianya benar-benar ikhlas kerana Allah SWT dan dalam masa yang sama kita pastikan amalan kita benar-benar menepati syarak sebagaimana yang diajarkan oleh nabi kita Muhammad saw. Jika ini kita lakukan insya Allah SWT amalan yang kita lakukan akan menjadi sebenar-benar ibadah yang akan mendapat mardhatillahi SWT.

Apa yang menarik perhatian saya kali ini ialah apa yang dipaparkan oleh Harakahdaily tentang ucapan KM Pulau Pinang bahawa konsep "amar makruf, nahi mungkar" adalah konsep yang baik dan mampu mengekang maksiat dan mampu mendidik manusia menjadi orang yang betul dan berguna.

Terfikir saya bahawa sudah lama para ulama kita di Malaysia bercakap tentang konsep ini tetapi ia tidak dapat dinilai oleh manusia dengan baik kerana konsep itu tinggal dalam "kotak konsep" sahaja tanpa mampu diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan. Orang Islam semacam tidak percaya dengan gagasan yang diunjurkan oleh Allah swt. Beberapa pihak pula macam sinis menyebut "amar makruf dan nahi mungkar" kerana pihak ini tidak pernah bersungguh-sungguh melaksanakannya biar pun sekian lama memerintah negara. Sifat tidak beriman , suka bermain dengan hukum Allah SWT menzahirkan lagi sifat nifaq yang ada dalam jiwa mereka apa bila kita lihat perkataan dan tindak tanduk mereka yang "menzahirkan lagi perasaan "sinis" mereka dengan gagasan ini.

Ya, atas sifat mereka itulah hari ini kita lihat negara kita sedang di ambang kemurungan dan kerosakan. Negara yang mencapai kemerdekaan ini sejak 51 tahun dahulu hilang serinya walau bermacam kosmetik sedang disolek diwajahnya tetapi ketara sekali murungnya. Kenapa? Kerana terlalu sarat negara ini menanggung penderitaan rakyatnya yang sedang dihimpit oleh kebejatan, kerosakan dan kecelaruan pemimpin yang memimpin dan keruntuhan nilai rakyatnya yang dihinggapi pelbagai penyakit sosial dan moral.

Sekali lagi kenapa? Jawabnya kerana negara kita hari ini dipimpin oleh mereka yang tidak yakin dengan gagasan "amar makruf dan nahi Mungkar" yang diajar oleh Allah SWT. Dan rakyat pula memahami konsep ini dalam rupa yang celaru sekali. Pernah dipaparkan dipapan-tanda kempen anti dadah di tulis "Jauhi maksiat ; Tanpa Dadah Keluarga Bahagia". Dibawahnya dipaparkan gambar orang lelaki dan perempuan yang bahagia tanpa dadah tanpa pula si perempuan itu menutup aurat. Dadah dilihat maksiat tetapi buka aurat pula tidak dilihat sebagai maksiat. Inilah rupa bentuk nifaq dan kecelaruan dalam fikiran umat Islam kita dan kita sedang dijajah oleh kecelaruan ini.

Saya melihat apa yang diucapkan oleh KM Pulau Pinang ; Lim Guan Eng sebagai kalam hikmah orang Islam yang hilang yang ditemui oleh oarang bukan Islam. Tidak peliklah jika kita melancong ke luar negara kita dapati nilai Islam itu ada dalam masyarakat bukan Islam. Kenapa? Ini kerana mereka tidak faham Islam tetapi mereka percaya bahawa nilai yang baik boleh diamalkan oleh siapa sahaja. Tetapi umat Islam jika anda tidak percaya kepada ajaran wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT maka anda akan digantikan dengan umat lain untuk mempraktikkan hikmatullah itu.

Marilah kita semua menjernihkan hati kita dalam bulan Ramadhan ini untuk membaca Al-Quran dan Al-Hadis serta cuba memahami serta menghayati kedua-duanya agar kita dapat keluar daripada kotak penjajahan pemikiran dan kecelaruan minda ini. Keluarlah dari penjajahan nifaq yang ragu terhadap hukum dan ketetapan Allah SWT dan Rasulnya. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan berjuang atas kebenaran itu. Jauhilah diri kita daripada mereka yang melakukan kezaliman ini supaya kita nanti tidak disentuh oleh api neraka.

Fikirkanlah : "Musuh yang cerdik itu lebih baik daripada Kawan yang Bodoh".

Sebagai sendal saya siarkan apa yang dilaporkan oleh Harakahdaily...

Hanya 'Amar Makruf Nahi Mungkar' boleh cegah jenayah - Guan Eng

Mohd Sabri Said

Mon | Sep 01, 08 | 3:06:40 pm MYT

PERMATANG PAUH, 1 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan.

Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur.

"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat yang cintakan keharmonian, kesejaheraaan, keadilan dan ketamadunan sejagat.

Menurutnya, negara akan terus maju dengan sikap atau amalan tersebut kerana ia terbukti dengan pemerintahan secara Islam yang mementingkan kaedah berkenaan.



Guan Eng berkata, setelah mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semua petugas jangan bersikap sombong dan bongkak kerana sikap sebegitu boleh mengundang kemarahan orang ramai yang akhirnya menggagalkan matlamat Pakatan Rakyat. (Gambar - Lim Guan Eng berucap, hadir sama Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dato' Zaharin Hashim dan Ustaz Salleh Man).



Katanya, petugas atau pun ahli parti di parlimen Permatang Pauh hendaklah mengerakkan semua organisasi seperti biasa serta senantiasa bersiap sedia membantu masyarakat.

"Kita dah menang dan untuk menjagai kemenangan satu tugasan yang amat berat. Maka, ia perlu kerjasama yang baik daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Kerajaan negeri katanya, mengemukakan lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerinthan.

Pertamanya, pemerintahan mesti bersih. Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta.

Ketiganya,pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul,

Keempatnya pula, mengwujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa dan ke lima, perlu menegakan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki. - mr _
 
| Borneo Post | The Star Online | Kosmo!Online | KLpos | mStar | Harakah Daily | Malaysiakini | Harian Metro | Berita Harian Online | Utusan Malaysia Online | NST Online | Tranungkite Online | Buletin Online | Detik Daily | TKOdaily | Terengganukini | Utara Online | Malay Mail Online | Sinar Harian Online | BERNAMA | The Malaysian Insider | Satu Umat | PAS Kawasan Miri | Beras Padu | KedahLanie | Sarawak Report | TVSelangor.com | Suara Keadilan | Free Malaysia Today |