Membaca laporan yang dipetik dalam akhbar berita harian online tidaklah banyak bezanya dengan mana-mana berita lain mengenai rompakan. Saban hari kita dilaporkan tentang rompakan bank-bank ternama, kedai emas dan lainnya. Al-kisahnya bank dan kedai emas itu memang dirompak. Yang jelasnya bila ia dirompak tidak selamatlah bank itu untuk kita menyimpan dengan bank tersebut. Tidak ada pula usaha pihak akhbar mengulas bahawa tidak selamatnya kita menyimpan wang di bank tersebut. Tidak pula pihak akhbar cuba mengikis keyakinan masyarakat supaya rasa tidak selamat untuk terus menyimpan dalam bank.
Maka; soalannya apa motif laporan yang menyelitkan penyataan ini?
Pagi ini, pajak gadai itu diserbu ramai pelanggannya yang ingin mengetahui mengenai ganti rugi kepada mereka.
“Saya pun dah takut nak simpan emas di sini lagi kerana tahap keselamatannya rendah,” kata Wan Azizah Wan Rashid, 47. — Bernama
Nampak sangat ada motif jahat pihat yang cuba menamamkan perasaan takut kepada sistem Islam kerana sekali ia dirompak. Tiada berita lainkah yang lebih elok untuk dipeti dan ditulis sebagai berita sehingga usaha cuba memburuk dan menakutkan kepada satu-satunya sistem kewangan pajak-gadai berasaskan Islam yang diusahakan oleh Kerajaan Kelantan ini.
Harap orang ramai tidak cepat hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Ar-Rahn yang terbukti membantu umat Islam dalam terdesak dan memerlukan kewangan segera selama ini. Bahkan terbukti Ar-Rahn memberi sumbangan besar kepada ummat Islam dalam negara kita.
Berikut petikan yang dilaporkan oleh Bernama;
Ar-Rahn bayar semua kerugian pelanggan
KOTA BHARU: Permodalan Kelantan Berhad (PKB), agensi kerajaan negeri yang mengendalikan pajak gadai Islam Ar-Rahn Satu, akan menampung semua kerugian yang dialami pelanggannya berikutan kecurian di pajak gadai itu, semalam.
Pengarah Eksekutif PKB, Wan Yahya Wan Salleh, berkata pembayaran dibuat setelah senarai nama pemajak dapat diperoleh melalui sistem komputer yang kini tertangguh akibat kejadian itu.
“Wang baki dari jumlah nilai yang digadai akan dipulang kepada semua pelanggan selepas dua minggu setelah senarai nama mereka dapat dikeluarkan dari komputer,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Dalam kejadian semalam, beberapa pencuri menebuk bahagian atas bangunan tiga tingkat yang menempatkan pajak gadai itu dan melarikan sejumlah besar barang kemas.
Wan Yahya berkata jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.
Beliau berkata semua urusan gadaian boleh dilakukan di Ar-Rahn Dua dan Ar-Rahn Wakaf Che Yeh, di sini.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninjau premis itu, berkata beliau mendapati rompakan itu dilakukan oleh penjenayah profesional.
Pagi ini, pajak gadai itu diserbu ramai pelanggannya yang ingin mengetahui mengenai ganti rugi kepada mereka.
“Saya pun dah takut nak simpan emas di sini lagi kerana tahap keselamatannya rendah,” kata Wan Azizah Wan Rashid, 47. — Bernama