Anda boleh menyelami pelbagai isu : sosio-politik, ekonomi, perbankan, resepi masakan, wanita, blog cintan dan lain-lain lagi dengan lebih pantas, pelbagai sumber dan terkini di sini @ terus ke alamat ini: http://abodaily.blogspot.com/2009/04/abo-daily-al-banjari-dengan-400-blog.html. Sumber cerita di hujung jari Anda..
Anda disyor menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox atauGoogle Chrome ketika melayari laman blog ini untuk mendapatkan paparan yang tersusun dan terbaik.
Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.
Baru-baru ini Ibrahim`Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban).
Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.
Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'.
Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihan raya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.
Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah`Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini.
Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.
Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun. -wfauzdin
Di Sini; tuan blog tak da tulis apa-apa. Saya postkan mana-mana artikel yang pada fikiran saya boleh buka minda sesiapa saja. Sama ada ada yang suka atau ada yang tidak suka bukan persoalannya. Anda setuju anda sokong, anda tidak setuju anda boleh bangkang... Seeloknya tulislah komentar anda di blog asalnya tapi nak komplen dekat blog ni pun boleh... Silakan.
Kredit juga kepada mana-mana penulis artikel dan bloggers yang saya telah saya postkan tulisan mereka di sini. Terima Kasih.
Garis panduan isu kerjasama perlu -Pemuda
-
Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 7 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa
kepimpinan parti meletakkan garis panduan yang jelas berhubung isu tahaluf
dengan par...
Seminar Kukuhkan PAS & PR, 5 Resolusi Dicapai.
-
*KUALA LUMPUR, 7 Nov:* Selepas seminar berakhir, PAS yakin parti itu akan
semakin kuat dan bertekad akan lebih proaktif dalam memperkukuhkan parti dan
jug...
Kecewa dengan gelagat penyokong sendiri
-
Bomba terpaksa mengawal keadaan akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh
penyokong-penyokong pasukan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia
2009 malam...
Ulasan Seminar Pas
-
*Pintu Masalah Pas Telah Ditutup Kemas*
KELENDAR 2009 akan ditutup kira-kira 40 hari sahaja lagi. Dengan tertutupnya
kelendar ini maka terbungkuslah segala...
Tuntut Bonus dituduh tidak bermoral ?
-
Oleh : MN Bashah
Kenyataan balas najib terhadap tuntutan bonus tahunan oleh CUEPACS dianggap
melampau oleh rakyat Malaysia. Tindakan Kongres Kesatuan Pekerj...
Seminar politik PAS: Pintu UG dikunci ketat
-
[image:
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/sidangmediaseminar.jpg]“…PAS
wajar segera menegaskan kepada semua peringkat, kepada ahli-ahl...
Era Najib Altantuya : Katak Ada Dalam PAS.
-
Seminar Memperkasakan PAS pada hari semalam mendedahkan banyak perkara.
Positif dan negatif.
Seminar yang telah menggantikan Muktamar Khas yang dicadangkan...
Jika Benar Kajian Dr Abu Hasan...
-
Berdasarkan kajian terkini oleh Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi...
Hoi Hishamudin Rais...buatlah filem ini...!
-
*Kisah isteri* PMNajib bercuti atas kapal mewah milik kerabat diRaja Saudi
semasa bercuti kat Perancis kemudian berjumpa satu kotak milik tuanpunya
kapal ...
JAIS, jangan berfikir sempit: Dr Asri
-
Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengkritik lagi Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) dan menasihatkannya agar tidak berfikiran sempit berhubung
isu t...
ADUN Bukit Payong Ketua Pemuda PAS Terengganu baru
-
Selepas pemilihan seramai 13 orang AJK DPP Terengganu yang baru, maka AJK
yang terpilih bermesyuarat untuk memilih AJK tertinggi ialah
Ketua Pemuda : YB U...
6 months ago
Dedikasi Dan Penghargaan
Blog ini adalah himpunan tulisan politik semasa daripada blogger-blogger politik di seluruh tanahair. Sekadar mencari fikrah yang berbeza. Sudut-pandang yang berbeza. Diolah mengikut citarasa penulisnya sendiri dan tidak semestinya menunjukkan pandangan penyusun blog ini. Seribu penghargaan kepada semua blogger yang terpilih tulisan mereka di sini.
0 comments: