Panoramic Slideshow Blog Widgets

Sila klik Blog Malaysiakita (BM)

[Widget by AdieStudio.com]
  • Akibat kemaruk kuasa, BN rentap Speaker Sivakumar keluar Dun Perak

    Blog Asal : sanggahtoksago.com


    SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi direntap dan angkut keluar dari Dewan oleh anggota polis dengan biadap. Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar juga dari tempat duduknya sehingga beliau terjatuh.

    Hal ini kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis. Kerusi yang didudukinya pun juga dibawa keluar. Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat. Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.

    Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan. Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku. Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.

    Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui. Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang. Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah. Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi.

0 comments:

Dari Siapa Kepada Siapa?

Di Sini; tuan blog tak da tulis apa-apa. Saya postkan mana-mana artikel yang pada fikiran saya boleh buka minda sesiapa saja. Sama ada ada yang suka atau ada yang tidak suka bukan persoalannya. Anda setuju anda sokong, anda tidak setuju anda boleh bangkang... Seeloknya tulislah komentar anda di blog asalnya tapi nak komplen dekat blog ni pun boleh... Silakan.

Kredit juga kepada mana-mana penulis artikel dan bloggers yang saya telah saya postkan tulisan mereka di sini. Terima Kasih.

Link Pilihan

Dedikasi Dan Penghargaan

Blog ini adalah himpunan tulisan politik semasa daripada blogger-blogger politik di seluruh tanahair. Sekadar mencari fikrah yang berbeza. Sudut-pandang yang berbeza. Diolah mengikut citarasa penulisnya sendiri dan tidak semestinya menunjukkan pandangan penyusun blog ini. Seribu penghargaan kepada semua blogger yang terpilih tulisan mereka di sini.

Blog ini disusunatur dan dikemaskini oleh URD - Ustaz Rosli Dhoby - isma daud.

Anjung TV

Sumber Buletin Online

Artikel terkini Di Ustaz Rosli Dhoby

Artikel Terkini Di Blog GPI

DUN BUKIT PAYONG ( YB KampungKu)

Komentar Awam Di kww.com

Perujuk