Panoramic Slideshow Blog Widgets

Sila klik Blog Malaysiakita (BM)

[Widget by AdieStudio.com]
  • PRU 2008 : Fakta-fakta Menarik Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu..Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.

    Menariknya, jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif yang lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi di di negara ini.

    Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 80. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

    Calon termuda ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

    Calon tertua ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu . Beliau hilang wang pertaruhannya.

    56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga hilang wang pertaruhan setelah gagal memperolehi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira..

    Majoriti undi terbesar dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

    Majorit terkecil ialah 14 undi yang diterima oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

    Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam semuanya berjaya iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

    Calon teramai ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding , termasuk 5 orang calon Bebas.

    Blogger terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakuka melalui blognya - berjaya di palimen Jelutong untuk DAP.

    Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan ) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).Aktivis masyarakat Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

    Tamparan Hebat Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan..Menteri S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya), Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat), Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan), Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar), Timbalan Menteri Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan), G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat), Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri), V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna), S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran), Donald Lim (Kementerian Pelancongan), Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri), M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri), Setiausaha Parlimen Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat), P Komala Devi (Kementerian Pelajaran), Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan), Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi) , S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan), Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri) Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkanYew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan), Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya..

    Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.

    Pemangku Presiden Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang, Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.

    more
  • BEDAH SIASAT PRU 2008 16 Sedekahku untuk UMNO

    Posted on Wednesday, March 12 @ 13:22:17 MYT

    by greenboc

    Oleh fairuzhafeez


    Anwar Ibrahim Masih Relevan Malahan Semakin Advance

    Anwar masih dilihat sebagai bakal Perdana Menteri yang cukup karisma. Rakyat melihat dia sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat sementelah lagi dia pernah dimalukan, ditumbuk, dibogelkan, dihina dan dipenjara. Penderitaan yang dialami memberikannya gambaran relatif yang jelas terhadap nilai keselamat, keamanan dan kemakmuran.

    Rakyat masih memikirkan Anwar patut menerima “bayaran hutang” yang telah dinafikan walaupun tinggal setapak lagi. Bukti bahawa Anwar tidak bersalah amat jelas setelah dia dibebaskan dan pengakuan Dr. M bahawa dia pernah menganiaya Anwar.Tiada Perubahan Yang SignifikanPeniaga merasakan keuntungan semakin kurang. Golongan muda yang belum mampan ekonominya ingin satu lonjakan ekonomi. Penganggur pula dambakan pekerjaan untuk sesuap nasi. Yang miskin kekal dengan dangau yang atapnya bocor dan lantainya reput.


    Duit yang Mengecil

    Duit yang semakin merosot nilainya menbebankan rakyat hampir keseluruhannya. Di kota-kota besar, mempunyai dua kerja adalah perkara yang biasa. Keluarga yang ramai masih bersekolah pula seperti diperkotak-katikkan apabila masih perlu menyediakan duit yang banyak walaupun menteri mendakwa telah memansuhkan yuran persekolahan.


    Kosmetik, Kosmo dan Kos

    Kerajaan begitu ghairah dengan projek-projek mega yang tidak nampak akan menguntungkan rakyat untuk jangka masa panjang apatah lagi untuk jangka masa pendek. Kerajaan yang dulunya menganggap pembangkang seperti roket rindukan bulan akhirnya turut mengimpikan roket untuk ke bulan. Tidak dinafikan projek kosmo ini menjadi penyuntik semangat kepada generasi muda namun sebahagian rakyat menganggap belum sampai masanya untuk “indah khabar dari rupa”.

    Diskriminasi dan Intergriti

    MIC dan MCA dilihat gagal memainkan peranan untuk membela kaum yang diwakili. Intergriti yang dilaung-laungkan juga nampaknya masih jauh untuk direalitikan (hanya ketara pada orientasi IPTA tempatan). Sensitiviti kaum lain tidak dijaga apatah lagi pemimpin Melayu menghunuskan keris tak bersarung sewenang-wenangnya.

    Komunikasi yang Gagal

    Walaupun Pak Lah mengatakan sudi untuk mendengar realiti walaupun pahit namun hakikatnya semua yang di bawahnya hanya berani memberitahu benda yang indah-indah sahaja.

    Ketidaktegasan Pak Lah dalam isu-isu besar dan kegagalannya mengawal orang-orang bawahannya menyebabkan rakyat melihat Pak Lah kurang kredibiliti. Pak Lah juga menganggap tidak perlu lagi mendengar nasihat dari orang yang menyerahkan kuasa kepadanya. Kritikan pembangkang pula hanya didengar sebagai satu usaha untuk menyalahkan dan mengajar kerajaan sedangkan kerajaan sudah ada cerdik pandainya sendiri.

    Barisan hadapan UMNO juga tidak menghargai sepenuhnya pandangan veteran-veteran UMNO yang dianggap sudah “pencen” sedangkan mereka orang yang lama makan garam dan gula.

    Rakyat Sudah Penat

    Rakyat sudah bersuara secara aman tetapi suara mereka dianggap sebagai pencemaran bunyi. Apabila merasakan pemimpin bukan lagi menjadi wakil bagi rakyat maka rakyat menafikan BN melalui pilihanraya. Bagi mereka itu adalah cara terbaik untuk mengajar BN.

    Layanan Tidak Memuaskan Semua Kaum

    Kekurangcerdikan pemimpin utama BN dalam menyelesaikan isu-isu sensitif seperti Shi Ciu (betulkan jika namanya silap) dan juga Hindraf menjadikan isu itu dilihat menggambarkan kelemahan layanan kerajaan terhadap golongan-golongan tertentu.


    Media yang Meloyakan

    Tiada ruang yang selayaknya untuk pembangkang malahan pembangkang dilanyak sebanyak-banyaknya. Iklan untuk memenangkan BN dan memalukan BR dimainkan saban jam.
    Kepimpinan bersih Kelantan diperburukkan. Tonggak utama PAS cuba diaibkan sebaik mungkin. Segala “kesilapan” Nik Aziz dan Hadi dicari seterusnya proses cut & paste pun digunakan bersama olahan berita secukup rasa. Keterdesakan untuk mencari bahan untuk mengaibkan terlalu ketara. Gamaknya jika Nik Aziz terkentut satu rancangan khas tentang itu akan disiarkan di RTM selama setiap malam mengantikan slot berita.

    SPR yang Celaru

    Sekejap mati setem, sekejap tidak. Masa untuk mematikan setem pun amat tidak logik apabila arahan diterima pembangkang pada hari Khamis sedangkan di sesetengah negeri, Jumaat merupakan hari cuti. Sekejap pakai dakwat, sekejap tidak. Setelah kabinet dan majlis fatwa membenarkan isu keselamatan digunakan apabila SPR mendakwa ada pihak yang membeli dakwat tersebut yang hingga ke hari ini tidak diketahui siapakah orangnya.

    Satu perkara yang memeranjatkan apabila umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan dari 55 kepada 56 tahun. Tindakan ini didakwa sebagai penerusan kuasa dengan melanjutkan kuasa kepada pengarah SPR untuk terus mengarah SPR. Kerahsiaan kertas undi yang mempunyai nombor siri dan telus relevannya undi pos terus diperkatakan.


    Yakin Melampau dan Cakap Besar

    BN dibuai mimpi indah setelah PRU 11 mencatatkan kejayaan yang lebih baik daripada era Mahathir. Mereka menganggap keputusan itu akan kekal selama bertahun-tahun sehingga PRU 12 dan ada di kalangan pemimpin mereka bercakap besar dengan kekuatan mereka.


    Pemimpin Korup

    Ini sebenarnya yang menjadi duri dalam daging dalam BN. Semangat Pak Lah selepas baru mendapat mandat hanya tinggal kenangan. Najis rasuah atau bahasa lembutnya politik wang masih memainkan peranan dalam perebutan dan pengekalan kuasa pemimpin-pemimpin BN. kalau si ayah kencing berdiri sudah tentu si anak kencing berlari.

    Manakala para MB, YB dan seterusnya JKKK dilihat tidak memainkan peranan yang sejujurnya kepada masyarakat. Seringkali kepentingan politik diutamakan dari kepentingan rakyat keseluruhan tanpa mengira parti. Sikap ini terus menjengkelkan golongan pembangkang dan menyebabkan mereka geli untuk mendekati pemimpin kawasan mereka.

    Rakyat Sudah Matang dan Berani Berubah

    Apabila tiada ruang untuk pembangkang di medai massa, rakyat mencari-cari maklumat pembangkang dari sumber lain seperti internet. Mencari maklumat berbeza dengan diberi maklumat kerana maklumat yang diberi kerana apabila sesuatu itu dicari, maklumat itu akan menjadi beharga bila dijumpai.

    Boleh dikatakan majoriti kaum Cina dan India sanggup berubah dan menghadapi risiko dengan memberikan undian kepada pembangkang namun kaum Melayu masih lagi menganggap UMNO adalah warisan yang harus dipertahankan.

    Protes Dalaman

    Sudah menjadi budaya dalam UMNO apabila pangkat dicari maka tidak menjadi kehairanan apabila “musuh dalam selimut” sentiasa ada di mana-mana peringkat. Dendam berdendam demi politik survival adalah lumrah.

    Politik Perkauman Tidak Relevan Lagi

    Setelah 50 tahun merdeka, politik assabiyyah tidak lagi diterima kerana bila hipokrit di hadapan bangsa lain, bangsa sendiri mengata, bila jujur, bangsa lain akan boikot.
    Fahaman assabiyyah telah ditolak oleh Islam. Contoh terdekat dan nyata ialah bangsa Yahudi yang tidak dapat menerima nabi daripada bangsa lain. Secara realitinya, seseorang tidak boleh mengubah status bangsanya tapi boleh mengubah status agamanya sesuka hati.


    Bloggers

    Jika anda membaca dari mula hingga ke bahagian ini bermakna peranan penulis blog tidak harus dipandang ringan. Mungkin ungkapan “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang” bila diterjemahkan didalam versi siber menjadi “Ketukan papan kekunci lebih kuat dari letupan gunung berapi”.

    KONKLUSI

    Jika hendak dicari punca kekalahan BN, 7 hari 7 malam tidak mencukupi. Apa yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada sebabnya. Bagi saya tidaklah perlu menampal bocor di kapal yang lama sedangkan kapal yang baru yang lebih laju dan cantik dapat menerima penumpang kapal yang lama. Ingat, MCA dan MIC sudah tidak relevan untuk kaum Cina dan India cuma UMNO sahaja yang masih mendapat sebahagian sokongan kaum Melayu. Sekali lagi diingatkan untuk orang Melayu, kalau tidak mahu “mabuk laut” sila naik kapal baru ! Jom sama-sama bercuti di tengah laut menyaksikan biru langit dan indahnya bulan !


    Ketukan Papan Kekunci
    Mohd Fairuz Mat Zin http://fairuzhafeez.com/

    more
  • Munajat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
    "WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."


    "Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami".


    "Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami".


    "Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."


    "Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik",


    "Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."


    "Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat",


    "Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah."



    "Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri",



    "dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,


    "Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."


    "Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

    more

Dedikasi Dan Penghargaan

Blog ini adalah himpunan tulisan politik semasa daripada blogger-blogger politik di seluruh tanahair. Sekadar mencari fikrah yang berbeza. Sudut-pandang yang berbeza. Diolah mengikut citarasa penulisnya sendiri dan tidak semestinya menunjukkan pandangan penyusun blog ini. Seribu penghargaan kepada semua blogger yang terpilih tulisan mereka di sini.

Blog ini disusunatur dan dikemaskini oleh Mohd Isa Daud.

Mengenali Diri Hamba

View my complete profile

My Photo

MOHD ISA BIN MAT DAUD

Anak Watan Kg Tok Dir, Marang, Terengganu.

...insan biasa yang dikenali sebagai "Ustaz Rosli Dhoby" atau nama penanya "isma daud", seorang pendidik dan pendakwah pada jalan Allah... Sesiapa yang sudi berhubung dengan saya, gunakan e-mel: ismaani@gmail.com atau ismadaud@yahoo.com.

Artikel terkini Di Ustaz Rosli Dhoby

Artikel Terkini Di Blog GPI

Link Pilihan